Nasihat & Prinsip Warren Buffet
Majalah Forbes baru sahaja mengeluarkan senarai Billionaire yang terbaru 2009. (Perasan tak.. dalam bahasa melayu.. tiada perkataan yang sama maksud dengan “billionaire”.. yang ada hanyalah “millionaire”= jutawan.. Erk?)
Baiklah, mari kita lihat senarai terkini Billionaire di dunia..
1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)
2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)

3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)
4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion - Oracle - AS)
5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)
6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion - Aldi - Jerman)
7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion - Petrokamia - India)
8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion - Besi - India)
9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion - Aldi - Trader Joe’s - Jerman)
10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion - Zara - Sepanyol)
11. Jim Walton (AS$17.8 bilion - Wal-Mart, AS)
12. Alice Walton (AS$17.6 bilion - Wal-Mart - AS)
13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion - Wal-Mart, AS)
14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion - Wal-Mart AS)
15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion - LVMH - Perancis)
16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion - Hong Kong)
17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion - Bloomberg, AS)
18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion - Hennes and Mauritz, Sweden)
19. Charles Koch, AS$14 bilion - Pembuatan, Tenaga - AS)
20 David Koch (AS$14 bilion) - Pembuatan, Tenaga - AS)
Nasihat Warren Buffet
Ok.. ini pula kata-kata Warren Buffet tentang pengurusan kewangan. Bagi mereka yang tidak mengetahui siapa itu Warren Buffet?.. Beliau ialah bapa saudara kepada sepupu jiran sebelah rumah mak saya 20 tahun lepas.. ok! ok!.. saya tahu.. tak lawak pun.. oh!
Warren buffet ialah orang kedua terkaya di dunia dan beliau adalah pemilik kepada syarikat pelaburan, Berkshire Hathaway. Purata % keuntungan yang diperolehi oleh syarikat beliau setiap tahun ialah sebanyak 34%. setahun Syarikat pelaburan beliau ini adalah syarikat pelaburan yang terbaik di dunia… (Itu yang saya hairan suatu ketika dulu.. macam mana syarikat pelaburan “swisscash” boleh beri keuntungan 300% setahun? Sedangkan syarikat pelaburan terbaik dunia pun hanya mampu beri 34% je.. oh!)
Berikut ialah nasihat dari Warren Buffet (setelah dialihbahasakan).
Bekerja Keras : Semua kerja keras akan membawa kepada keuntungan, tetapi jika “cakap sahaja” , akan membawa kepada kemiskinan.
Kemalasan : Orang yang tidur akan hanyut dibawa arus
Pendapatan : Jangan sesekali bergantung kepada hanya satu sumber pendapatan. Sekuang-kurangnya, buatlah pelaburan sebagai pendapatan kedua anda…
Perbelanjaan : Jika anda membeli sesuatu yang anda tidak perlukan, kelak, anda akan menjual sesuatu yang anda perlukan.
Simpanan : Jangan menyimpan apa yang tinggal selepas berbelanja. Berbelanjalah selepas apa yang tinggal selepas menyimpan.
Pinjaman : Si peminjam akan menjadi hamba kepada si pemberi pinjaman (Original : It’s no use carrying an umbrella, if your shoes are leaking)
Perakaunan : Tiada gunanya bawa payung jika kasut anda bocor.
Audit : Hati-hati dengan perbelanjaan kecil. Kebocoran kecil boleh menyebabkan sebuah kapal yang besar boleh karam di lautan.
Pengambil Risiko : Jangan sesekali menguji kedalaman sungai menggunakan kedua-dua kaki anda.
Pelaburan : Jangan masukkan semua telur anda dalam satu bakul. (telur disini bermaksud , telur ayam kepunyaan anda yer.. bukan telur anda.. oh!)

12 Komen:
i like this one =)
"Jika anda membeli sesuatu yang anda tidak perlukan, kelak, anda akan menjual sesuatu yang anda perlukan"
Best entri yang ni.. walaupun cara penyampaian agak lawak2.. tapi isi nya.. penuh makna..
tq pokli...
info yg berguna nie...
mcm contoh aku dulu asyik beli sport rim.tayar besar.upgrade audio sytem kereta abis dkt 10k..last2 takde duit kena jual kereta....dah la tak untung.rugi ada la
huu.bagus ni saya suka...nak simpan ayat2 ni..sepbaik bahasa melayu..
saya suka sumenya...em.lepas ni kne kerja keras...
sbb tu la kita kena buat silap dulu..dan belajar..kalau tak..start meniaga buat silap lg haru.mcm cth sifu chef li pun pernah buat silap..tp bangkit dr kesilapan
Kesilapan saya ialah berhutang banyak. Lepas tu pakai kereta nak hebat. Mujur kereta dah abis bayar. Dulu sebulan dekat RM2000 bayar kereta.
pkai BMW ke.
mhl nye bulan2 byr dekat 2k
Cerita lama sebagai panduan kawan-kawan. Mujur dah selesai hutang tu. Honda saja. Ikut pesanan pokli. Yang mahal-mahal beli kemudian, kumpul aset dulu.
hehehe.pokli pun mcm merdeka jgk skrg.byr kereta dkt rm2k...tp saya dah beli 2 thn lepas...sedap .nak jual rugi....sayang nak jual..so caranya tambah kolum aset kita...caranya beli rumah..beli emas..beli saham...penuhkan simpanan asb
Bab kereta dah selesai.Target sekarang bab kredit kad pula. Lepas tu tambah aset macam pokli.
saya pon sama gak...dlu masa blajar,loan blajar hbs kat keta je...pkai kancil je..hehe..tp upgrade punya upgrade..tup2..dkt 10k hbs...skrg dah nyesal...hua..ni kes kwn punya pasal..
Post a Comment