JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

17 September 2017

Bagaimana nak cari Rezeki Yang Berkat

Assalamualaikum wbt.

terima kasih pembaca blog yang sudi singgah blog pokli....tujuan utama blog adalah untuk berkongsi ilmu dan memberi manafaat kepada semua pembaca2 yang mencari dan dahagakan ilmu yg bermanafaat...saya pun bila nak cari ilmu akan berkelana mencari guru dan sifu..invest sedikit masa dan tenaga.... kewangan.....serata dunia...nak cari ilmu yang baik dan boleh dimanafaatkan

pada 15 sept 2017 berkesempatan mencuba pengangkutan awam ETS di malaysia.....jadi viral & trend bagi orang2 pantai barat nak ke hujung utara tanah naik ets selama 4-5 jam je...jadi saya berkesempatan nak cuba pengankutan awam yg efektif ini berkunjung ke kedah...

ada member cakap sejuk naik ets ni..tapi den malas nak pakai baju sejuk sebab lemak tebal nak cover kesejukkan tu....hehhehehee

tujuan berkelana adalah mencari ILMU yang boleh dikongsi untuk tuan2 dan puan2
harap bersabar membaca dan amalkan ilmu yang akan di kongsi


apabila travel lebih kurang 6 jam dari seremban...saya pun sampai ke alor setar.......tujuan utama adalah ke kuala nerang utk ke majlis perkahwinan anak saudara isteri dan jumpa dengan ulama tersohor di kuala nerang iaitu pok su mid....atau nama glamer beliau Tok Wali Haji Hamid Bukit Tembaga Kuala Nerang
perjalanan selama 6 jam dalam ETS tak terasa sebab kita boleh jalan2 ke setiap gerabak....solat di surau...dan pergi toilet.......kalau lapar boleh rasa keenakan makanan tempatan di gerabak C....ada kantin...atau nama glamer....Bistro....hehehehe
kat kantin ada jual pelbagai jenis makanan dan minuman.....tapi harga standard dalam transport ni mahal skit sbb kena byr kos operasi dan gaji stafff.... hehehe mcm makan dalam kapal terbang...tapi sedapp...ada seorang agent pokli kata......brahim yg bekalkan makanan utk ETS
ok......citer pasal makanan....baru saya teringat.....bagaimana nak cari rezeki yang berkat dan mencukupi....ramai orang dikalangan kita yang bekerja siang malam membanting tulang mencari rezeki...tapi...tak pernah2 cukup...tak pernah2 berkat....mana pergi hilangnya rezeki yg mereka cari selama ini.....huhuhuhuhu....jadi saya pun pergi mencari seorang ulama di kuala nerang bertanya pasal ini dan meminta ilmu bagaimana untuk merasakan rezeki yang sentiasa dapat tu rezeki yg berkat dan cukup

ini adalah wajah tok wali hj hamid...antara orang yang banyak ilmu2 agama dan mmg terrer dgn kitab2 dan kalam Allah Al Quran...pada sapa yang nak ilmu boleh datang berjumpa beliau......banyak ilmu yg boleh di kutip apabila berjumpa dgn beliau......

pada lawatan pertama saya di kuala nerang awal tahun 2017 saya dapat banyak ilmu dan saya amalkan...insha allah...antara ilmu pok su bagi suruh istiqmah letak Allah di hadapan kita apabila menjalan2 apa2 urusniaga dalam perniagaan kita......kerana dalam banyak2 Qalam Allah.....ada 6,666 ayat......ada 25 huruf...semua huruf2 adalah bengkang bengkok....tapi ada satu huruf yang betul dan luruh adalah huruf Alif....sbb tu alif jadi nombor satu....letak kat depan2 sekali.......dalam ilmu2 ini....ambil alif sebagai Allah.......sebagai panduan kita meletakkan Allah dalam segala apa ilmu yg kita ada...contoh...kita simpan emas banyak2 kerana Allah....lepas ni....cukup haul....85gram ke atas...boleh kita keluarkan zakat daripada simpanan kita tu...begitu juga perbanyakkan sedekah untuk mendapat lebih banyak peluang peluang dalam pelaburan dan perniagaan yg kita buat...
kunjungan saya kali kedua.....pak su bagi ilmu bagaimana nak rasai rezeki yang kita dapat tu berkat....terus beliau suruh saya buka Quran dan baca ayat Al Isra' ayat 1


سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

wow....dapat ayat ini saya pun kena kaji hadam...cari ustaz dan guru utk tafsifkan maksud....tersirat dan tersurat...tapi apa yg saya perasan...key word.....masjid Al Aqsa...antara destinasi yang saya akan pergi selepas ini....insha Allah jika diizinNya saya nak berkelana ke bumi palastin....nak belajar ilmu2 di sana....masjid al aqsa yang menjadi kiblat pertama orang ISLAM......


tapi apa kaitan dengan rezeki yang berkat........tapi saya nampak dalam 1 malam....rasulullah apabila di israk & mikraj memulakan perjalanan jauh dalam 1 malam....masa pendek.....tapi sampai......berkah....ajaib....wowowoo...dgn IzinNya semua boleh berlaku...poksu mid ada sebut pada duit DINAR...1000...pastu 1 dinar........wowowowo.......insha allah saya akan terjemahkan dan amalkan ....dalam ni ada cerita pasal Solat..... nak rezeki berkat kena Solat....jgn tinggalkan solat.....


nak best lagi....solat awal waktu......nak best lagi berjemaah dan dapat pahala 27..........ya allah...semoga ilmu ini saya dan anda amalkan........insha Allah apabila anda cukup solat 5 waktu.....awal waktu.......kita akan rasa ajaibnya rezeki itu berkat......walaupun sikit....walaupun 1 dinar...tapi mencukupi...
wallahua' lam

semoga mendapat ilmu bermanafaat
ada kesempatan lagi saya akan kongsi ilmu lain
antaranya bagaiman nak kusyuk dalam solat......


Read more...

13 September 2017

3 Rahsia Menjadi Kaya

Assalamualaikum w.b.t


Terima kasih sudi singgah ke blog pokli.....kesempatan ini saya nak kongsi rahsia iaitu ilmu yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Liew...antara ustaz yg banyak memberi motivasi dan memberi hati yg keras menjadi lembut.....insha Allah....pertolongan Allah dalam kehidupan kita menjadikan setiap amalan yang kita ...boleh amalkan ilmu ini untuk menjadi kaya...kaya milik Allah...kita minta dengan DIA

ramai yang nak jadi kaya kan?
ada emas banyak?
ada rumah banyak?
ada akaun asb penuh?
selalu bercuti keseluruh dunia?
pergi mekah dan madinah?
jalan...tidur...makan....mesti ramai nak kan? 
financial freedom?
hati yang tenang?
tanpa risau kekayaan di dunia?



ni antara ilmu yg saya nak recharge dan dokumenkan dari amalan yang dilakukan setiap hari

Semoga menjadi ilmu yang dimanafaatkan kepada anda
sebagai rezeki dan bekalan di akhirat kelak
Kaya sebenarnya di HATI ini...

antara amalan kekayaan oleh Allah ini adalah

Setiap hari amalkan baca

1. Amalan Pertama (3x pagi & petang)

Allahumakfini bi halalika ‘an haramika wa aghnini bi fadlika ‘aman siwak, 

“Ya Allah! Cukupkanlah bagiku rizki yg halal dariMu, jauhkanlah aku dari rizki yg Engkau haramkan. Dan berikanlah aku kekayaan dengan anugerahMu bukan selainMu (HR. Tirmidzi)

 Mengapa kita disuruh mencari rezeki yang halal ?
Supaya mendapat keberkahan dalam hidup kita. Sehingga apa yang kita makan, minum, pakai diberkahi Allah SWT. Kalau semuanya di berkahi maka kita akan mendapatkan kebahagiaan didunia dan diakhirat. Kerana tujuan hidup seorang muslim tidak hanya bahagia didunia tetapi juga bahagia diakhirat. Inilah yang membezakan kita dengan umat yang lain.
Contoh rezki yang diberkati adalah berapapun rezki yang kita terima banyak ataupun sedikit kita merasa puas dan boleh mensyukurinya. Maka dari sisi ini akan dilahirkan kebahagiaan hidup didunia dan di akhriat kelak.

REZEKI YANG HALAL,  SUMBER KEBAHAGIAAN. Minta dengan Allah agar mendapat rezeki yang HALAL. Jangan menipu, makan rasuah, kurang timbangan, khilaf


2. AMALAN KEDUA ( selepas solat 5 waktu)


الّلهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَ أَعُوْذُبِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرّجَالِ

ALLAHUMMA INNI A’UDZUBIKA MINAL HAMMI WAL HAZAN, WA A’UDZUBIKA MINAL ‘AJZI WAL KASALI, WA A’UDZUBIKA MINAL JUBNI WAL BUKHLI, WA A’UDZUBIKA MIN GHLABATID DAYNI WA QAHRIR RIJAAL

Ertinya : “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kesusahan dan kedukaan, aku berlindung kepada-Mu dari lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari takut (miskin) dan kikir, aku berlindung kepada-Mu dari banyaknya hutang dan paksaan orang-orang”

Disamping doa tersebut di atas, tambahkan  bacaan ini setiap solat sunnah fajr/qabliyah subuh (2 rakaat sebelum sholat fardhu subuh) ;

SUBHANALLAH WA BIHAMDI, SUBHANALLAH AL-AZHIM, ASTAGFIRULLAH 100x

(Maha Suci Allah dengan segala puji-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung, aku memohon ampunan-Mu)

Kemudian tangan kanan memegang dada sebelah kiri (jantung), dengan membaca

YAA FATTAH YAA RAZZAQ 70x

(Yang Maha Pembuka, Yang Maha Pemberi Rezeki)

Itulah doa dan amalan untuk lunas hutang dan rejeki lancar deras mengalir. Akan lebih afdhol jika anda imbangi dengan sedekah semampunya. 

kita cuma perlu pertolongan Allah sahaja...yakin perkara ini....


3. surah at taubah - ayat 128 & 129 - 7x pagi & petang.



Bacaan Rumi : Laqad ja akum rasulun min anfusikum 'azizun 'aalaihi maa 'anittum harisun 'alaikum bil-mu' minina ra uufur rahimFain tawallau faqul hasbiyallahu la ilaha illa hu(wa) 'alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul- 'arsyi 'azim (128, 129 At-Taubah)

Terjemahannya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. 

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."
RAHSIA & FADILATNYA SURAH AT-TAUBAH :-

1. Membaca Surah At Taubah akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.

2. Barangsiapa membaca ayat 111 dari surah At Taubah, di kedai atau di tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

3. Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah iaitu ayat 128 & 129 sebanyak 7 kali ulang sesudah solat fardu, atau sekurang-kurangnya selepas solat Subuh dan Maghrib, maka :-

       a. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat       
       b. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia            
       c. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan       
       d. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan       
       e. Terhindar dari sihir.     
       f. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya     
       g. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.       
       h. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat melangsaikan hutang-hutangnya.       
       
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” Riwayat al-Baihaqi

4. Ayat 128 – 129 hendaklah dibaca sekali setiap selesai melakukan solat fardhu, insyaAllah orang yang mengamalkannya akan memperolehi syafaat Rasulullah s.a.w. di hari perhitungan kelak.

5. Mengamalkan ayat 128 – 129 sangat baik kesannya untuk menolak sebarang penyakit.

6. Laits bin Sa’ad r.a. meriwayatkan: Ada seorang yang patah paha dalam satu kemalangan, mendapat mimpi seseorang menyuruhnya meletakkan jarinya di atas paha yang patah itu sambil membaca ayat 129 seratus kali. Setelah orang tersebut terbangun, dia melakukan sebagaimana yang dianjurkan mimpinya. Tidak berapa lama kemudian, dia merasakan pahanya yang patah itu sudah sembuh.

7. Ayat 129 adalah doa bertawakal kepada Allah SWT supaya mencukupkan keperluan diri dan keluarga. Amalkannya ayat ini dengan membacanya tujuh kali selepas Solat Subuh dan tujuh kali selepas Solat Maghrib dengan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang dapat memberi pertolongan. InsyaAllah, Allah SWT akan mencukupkan segala urusan dunia dan akhiratnya.

8. Ayat 129 ini adalah ayat pendinding.

9. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

10. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

11. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.


amalan utk lembutkan hati...amalkan ini
banyakkan menangis
banyakkan rasa bersalah dalam diri sendiri (sesalan)
maafkan saya jika selalu jumpa orang


4.AMALAN KEEMPAT istifar 100x




Istighfar yang paling utama adalah mengucapkan
‘Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih’

(Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, tiada tuhan selain Dia yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat pada-Mu).


Lalu nabi saw telah menjelaskan bahwa siapa yang membacanya,
"maka akan diampuni dosanya meski dosa itu berupa lari dari medan perang.”

(HR. Turmudzi, dengan sanad baik, dan disepakati oleh adz-Dzahabi).


"Subhanallah, Walhamdulillah Walaa ilaha illallah Wallahu akbar Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem."
(HR Muslim)


Salah Satu Doa Yang Sering Dibaca Nabi Muhammad Saw. 

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَ عَلَى طَاعَتِكَ

YAA MUQALLIBAL QULUUB, TSABBIT QALBII 'ALAA DIINIKA WA ‘ALAA THOO'ATHIK.
Artinya : Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu.


Semoga saya dan anda dapat manafaatkan ilmu ini


semoga kaya dan berjaya

dunia dan akhirat


Read more...

29 August 2017

Selamat Menunaikan Ibadah Haji & Umrah

Assalamualaikum wbt

Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut hari raya aidil adha dan melakukan ibadah qurban...setiap kali musim haji saya pasti terkenang kisah2 bagaimana melalukan rukan Islam yang ke lima ini. pengalaman tu akan saya ingat sampai mati...jadi disamping tu nak kongsi skit ilmu2 yang ada untuk anda...


setiap yang berlaku kena ada perancangan!!! apa yang saya nak share.... kita nak pergi haji dan umrah mesti bermula dengan perancangan dari mula2 kerja dah. asingkan duit bukan sekadar untuk membeli rumah Impian....kereta impian......percutian impian...dan sebagainya....apabila kita dah start merancang dalam minda......kita set sebagai contoh mula2 tabung 10% dari gaji untuk pergi haji....kena set....sebab ramai orang malaysia kurang terdedah dengan perkara2 ini.......apabila mereka grad dari belajar yag dikejar mereka adalah untuk capai macam2 impian dan letak pergi haji apabila dah tua...dah pencen.....mmmmmm.......kesian kan?? tapi harap2 anak2 muda sekarang mindset dah bertukar....dah berlumba2 nak capai impian tunai haji dalam umur 30 tahun...insha allah.....bukan umur 50-60 tahun baru nak pergi......kenapa? saya pergi haji umur 35 tahun.....masa umur 30an badan dan minda kita sangat kuat untuk melakukan ibadah haji yg memerlukan tenaga fizikal dan mental..
jadi saya sarankan adik2 yg baru habis belajar.....letak ibadah haji sebagai keperluan hidup yg mesti dibuat secepat mungkin....selain nak beli rumah impian dalam umur 30an...
di tabung haji kelana jaya.

Ok caranya bila dah set impian..kita boleh menabung paksa samada melalui simpanan dalam tabung haji dan juga dalam simpanan emas fizikal.....boleh start menyimpan 1gram sebulan...selama setahun ada 12gram.....apabila istiqmah menabung selama 5 tahun ada sudah memiliki 60gram.....wowowowoww sebenarnya jumlah 60gram tu sudah cukup untuk kos menunaikan haji kali pertama dengan tabung haji


apabila menjejak kami di bumi mekah, kita akan merasakan satu pengalaman yang tak dapat digambarkan dengan kata2..air mata menitis tanpa sedar.....betapa bersyukur dan kerdilnya kita......dengan nikmat yang Allah bagi selama ini yang kita tidak sedar..kalau tengok orang2 india..seawal umur muda dan mula2 bekerja dah diserap utk menabung pergi haji.....patut la ramai set set mereka di mekah......tapi alhamdulillah zaman saya ke mekah aritu pun ada satu flight orang2 muda ke mekah.....

selain dari perancangan.....persiapan pun kena ada......sentiasa hadiri majlis ilmu yg dibuat oleh pihak tabung haji kongsi ilmu haji di masjid atau pusat2 travel agent yang dibuat setiap minggu seperti di andalusia.....boleh pergi ambik ilmu.....

melontor di jamrah

mabit di mudzalifah
arafah
setiap kali musim haji, kaabah akan di angkat sedikit sehingga nampak putih belakang kiswah.
hotel tabung haji - land premium sejauh 1km dari masjid. kena berulang sejauh 1km pergi dan 1km balik....belum masuk semasa tawaf dan saei sejauh 7km......melontar di jamrah sejauh 7km pergi balik dari khemah orang malaysia.......wowowowow kena gi awal2 yer...masa muda..masa tu kuat
disaran orang malaysia melontar di jamrah waktu selepas subuh @ asar... bukan waktu puncak.....
saei di bukit safa & marwah
antara room mate di mekah & madinah......satu KT
apabila waktu di mina perbanyakkan zikir..suasana di sana sangat berkat....waktu mustajab doa....memerlukan kekuatan mental.maklula tidur...bangun..duduk di situ selama 3 hari...malam sejuk dan siang agak panas
pengalaman tidur di mina...terasa seperti tidur di alam barzakh....ngam2 badan kita je...bayangkan dalam kubur...nanti seorang diri nak tunggu hari dibangkitkan dari kubur.....
kedai favorite kitaorang...kedai pakistan......makanan kegemaran nasi beriani dan puri
di padang arafah....

semoga bermanafaat....anda tengok gambar2 ini dan set IMPIAN dalam hidup nak tunaikan haji dan umrah......set tahun....contoh 2020 saya ke mekah buat haji lagi....Insha Allah

Read more...

04 July 2017

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum wbt

Kesempatan ini Pokli ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin
kalau berkesempatan singgah wisma pokli boleh kita berhari raya sama2

sambutan hari raya tahun ini agak sederhana
maklumla buat apa nak membazir
sederhana dan meriah
semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa dan lepas raya sama2 buat puasa 6
sapa cukup puasa 6 nanti kita sambut raya sama2

yang best budak2 la raya ni
kita dah dewasa ini bergembira kerana selesai menunaikan ibadah sunat seperti bertarawih & mencari 10 malam terakhir lailatul qadar

best budak2 dapat duit raya....hehehehehe
dapt 1 gram seoragn pun dah OK apa
pada anak2 yang ada duit raya tu cepat2 tukar jadi emas
kalau tak mereka akan shopping beli mainan
kebanyakkan yg saya jumpa dapat duit raya beli mainan tak tahan lama..baru main seminggu dah rosak...dah buang begitu sahaja
tu budaya yang membazir
baik kita simpan emas
dapat duit raya cepat2 tukar emas
duit pun tak abis
bila anak2 besar nanti boleh guna untuk sambung pelajaran, buat modal perniagaan, buat bayar kos ilmu dsb.....

nak tukar duit raya boleh PM pokli yer
019-6645066
011-11514916
019-2282404
06-6030916
admin@pokli.com
atau whatsapp @ FB www.fb.com/pokli
alhamdulillah saya dah cuba didik anak2 saya suruh simpan duit raya mereka dan alhamdulillah bagi la 20% utk mereka beli apa yg mereka nak...insha ALLAH kalau ibu bapa bijak....anak2 pun akan follow next time dapat duit akan belanja 10-20% dan selebihnya akan menyimpan......bila simpanan dah banyak boleh guna utk tambah aset lain. semoga bermanafaat

p/s- insha allah kalau sempat kita plan nak buat open house. sapa yg berminat nak datang boleh la PM...buat kecik2 jer buat kawan2 dan keluarga pokli.... hehehehe selamat hari raya
nanti pm yer nak datang rumah...insha allah tali sillaturahim sentiasa terjalin sesama kita


Read more...

12 April 2017

Lama tak update blog

Assalamualaikum wbt
apa khabar?
maaf sebab saya lama tak update blog
macam2 perkara bersarang di minda dan dengan aktiviti kerja yang boleh tahan seronok dan mengujakan...

harini nak kongsi tips dan teknik yang saya selalu buat

apa yang membezakan seseorang itu dengan orang lain adalah kelaziman....
jadi kena ada aktiviri yang kita buat yang boleh memberi manafaat kepada kehidupan kita
kadang2 kita terlalu sibuk mencari harta di dunia
tapi kita tak sedar..... harta yang kita nak bawa bekal ke akhirat kita kurang
kita sibuk kerja siang malam.. nak selesaikan matlamat.....tapi kita lupa bekalan untuk diri kita sendiri

jadi kesempatan ini
saya pun pesan kepada diri sendiri supaya istiqamah dalam membawa bekalan ke akhirat....

antara amalan yang ringan tapi BESAR harta di akhirat adalah berzikir

Adakah dzikir yang ringan namun berat di timbangan amalan?
Ada, dzikir tersebut adalah bacaan ‘subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil ‘azhim’. Keutamaannya disebutkan dalam hadits berikut.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ ، خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Dua kalimat yang dicintai oleh Ar Rahman, ringan diucapkan di lisan, namun berat dalam timbangan (amalan) yaitu subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil ‘azhim (Maha Suci Allah, segala pujian untuk-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Mulia).” (HR. Bukhari no. 7563 dan Muslim no. 2694)

jadi antara amalan ini kita kena sama2 bawa amalan yang berat timbangannya ...semoga istiqamah kita melakukannya


selain itu saya nak share bacaan ayat2 Quran yang mana boleh di jadikan amalan setiap hari
insha Allah cara ini adalah kita bergantung kepada Allah swt dengan meminta dgnNya

antara Ayat2 Quran yang kita kena baca sebelum mati....kalau boleh katam Quran selalu tapi kalau kita masih bermula elok kita amalakan baca 4 surah ini

1. Al Baqarah
2. Al Kahfi
3. Al Waqiah
4. Al Mulk

pada mula saya dapat ilmu ini agak susah utk istiqamah membaca setiap hari...tapi...apabila kita meletakkan itu sebagai impian hidup kita...kita letak tekanan....alhamdulillah......ada tips tips yang senang kita nak capai banyak kejayaan di dunia dengan pilih akhirat sebagai tujuan hidup kita....seperti kata ulamak...... kejar akhirat...dunia akan ikut kita...cuba la....semoga anda kaya dan berjaya

p/s- baca ayat2 tu bahagi ikut waktu.....contoh awal pagi baca al baqarah dulu, lepas dhuha baca al -waqiah,.. lepas zohor amalkan al kahfi dan apabila nak masuk tidur..baca al mulk.....insha ALLAH semoga allah bagi kemudahan kepada anda untuk amalkan ilmu2 ini..... khasiat dia.......anda boleh bina istana di syurga kelak...

nanti nak coaching pasal pelaburan, perniagaan & pengurusan kewangan boleh roger2 pokli @ team
semoga bermanafaat

Read more...

02 March 2017

Cawangan Wisma Pokli Lembah Klang - KL Sentral

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih pada yang masih sudi singgah blog pokli
kadang2 masa tu terlalu sibuk sehinggakan nak kongsi di blog pun kadang2 tak sempat
24jam Allah bagi pun rasa macam tak cukup
tapi....insha Allah cuba luangkan sedikit masa utk kongsi ilmu dunia dan akhirat pada diri sendiri dan bagi manafaat pada orang ramai.

 
pada bulan febuari lepas pokli dah isteri baru balik dari tanah suci mekah....alhamdulillah diberi peluang oleh Allah swt utk menjadi tetamuNya...best pergi bulan feb...sejuk....pergi berdua.....pergi dengan banyak dosa....mohon agar Allah ampunkan semua dosa dan beri istiqamah menjadi muslim yang patuh pada perintah Allah swt. serta mempunyai perniagaan yang dapat memberi manafaat kepada ramai orang....bantu orang....tolong orang....insha Allah dan perniagaan yang tidak rugi!



syukur atas peluang dan ruang dapat mengabdikan diri kepada Allah dan berserah sepenuh2 pengharapan kepadaNya..... kita manusia apa yang boleh kita lakukan adalah memasang impian.... lepas tu berdoa kepada Allah agar impian yang nak dicapai tu terlaksana.......caranya kena ACTION.........



Sebagai contoh nak buka cawangan Wisma Pokli di seluruh malaysia antara impian yang tak pernah padam...kena ada ilmu, kewangan, pengalaman dan sebagainya......Impian nak buka kedai di Lembah Klang...insha Allah....bulan ini March 2017 telah selesai memberi deposit dan book unit di KL Sentral......insya Allah lepas ini akan beroperasi di Menara Allianz, Nu Sentral,  tingkat 32....huhuhuhuh yang best nya senang nak datang cawangan Wisma Pokli di KL Sentral... anda boleh datang dengan naik Public Transport....naik LRT.....Komuter....ERL....Monorel........ETS keretapi laju.......Bas...teksi....uber....grabcar dan sebagainya....owowowowoow....saya nampak budaya KL yg jem menyebabkan ramai guna pengangkutan Awam....jadi senang anda terus ke


Cawangan Wisma Pokli KL Sentral di Alamat

Cawangan KL Sentral
Tingkat 32, Menara Allianz Sentral, 203 Jalan Tun Sambathan, 50470 Kuala Lumpur
Tel : 03-2725800
       : 03-27758013 (DL)
Fax : 03-27258099
Hp : 011-10840068


Insha Allah doakan semoga rangkaian pokli wealth management Group kaya dan berjaya dalam bidang emas dan perak....sama2 belajar dan mengajar...insya Allah nak bantu lebih ramai faham pasal emas dan perak serta bantu memberi manafaat kepada anda......apa2 boleh roger set appoitment dengan pokli yer... boleh whatsapps 019-6645066


kalau ada yang teringin nak kerja dengan team pokli boleh la set temujanji dan aturkan temuduga yer.... mana tahu....boleh kita sama2 bina empayar

boleh la urusniaga jual beli emas dan belajar2 coaching2 skit2...plan2 kayuh..........


p/s- lepas ni promote kat sekitar pejabat KL Sentral...buka booth dalam KL sentral...insha Allah.....doakan semoga kami berjaya

Read more...

20 January 2017

Projek 2017

Assalamualaikum wbt

terima kasih pada yang sudi buka blog ini. walaupun saya tahu anda mesti lama dah tak tengok pokli update berita kat blog....maaf...skrg Instagram dan FB lagi laju......blog ini lebih perlahan dan nak kena ruang masa utk menulis...layan je yg mana senang......

tapi takpe...apabila ada ruang saya mmg suka menulis dan kongsi cerita2 pasal pelaburan, perniagaan dan agama..... jurnal dalam kehidupan yang mana boleh memberi manafat kepada warga Maya.... org panggil netizen....

OK..... nak share cerita tahun 2017 ini pokli dipelawa oleh #teampokli utk melebarkan sayap ke luar negara.....wowoowowow bunyi macam best je...maklum la market malaysia dah sesak ke dengan peniaga2 emas?...hehehe takdela....sebenarnya menerima undangan teman saya Dr Zulfifli utk menghantar anaknya belajar "sanad" di pasentren Darul Quran (daQu). Anak Dr Zulkifli iaitu Umar berumur 18 tahun baru lepas habis tahfiz dah telah menghafal al quran akan sambung bersanad dengan Sheikh Ahmad Al Khannas dari Syiria......wowoowowo.....benda ini adalah impian setiap bapa nak sekolahkan anak dan menjadi bekal anak2 yang soleh apabila kita meninggal dunia kelak...kita akan ada harta yang akan sentiasa menghadiahkan pahala kepada kita walaupun kita telah tiada.... kubur kita menjadi taman2 syurga yang mana semasa kita hidup kita kena usaha utk mendidik anak2 kita menjadi anak2 yang soleh dan solehah.. dekatkan diri mereka dengan Al Quran dan Hadis di mana amalan ini berterusan sehingga mereka pun dapan melahirkan generasi yang #celikquran. Alhamdulillah...itu perjuangan saya selepas ini..... terima kasih kepada pembaca blog  yang feedback kepada saya dan berdasarkan entry lepas saya dah dapat jawapan kepada persoalan yang bermain di minda ini.


ok pada 13 Jan 2017 kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Jakarta..... berangkat jam 7 pagi menaiki pesawat Air Asia bersama dengan Ustaz Khalil dan Dr Zul ke sana utk menimba ilmu dan kalau ada rezeki dapat berjumpa dengan Pengerusi Yayasan Darul Quran...


plannya apabila sampai nak hantar Umar masuk pasentren dan kami akan lepak2 di hotel sambil2 jalan2 tapi petang lepas jumaat kami tunggu KH Ustadz Yusuf Mansur.  berdebar2 nak jumpa agamawan dan billionaries kat Indonesia ini... bila sampai ke pasentren baru saya tahu latar belakang beliau.... riki2 kat fb tgk beliau ada 6.7juta fan page......wowowowoowowo power orang ini...public figure....nak ke dia ber"silaturrahim" dengan pokli yang biasa2 ini...tapi melalui cerita2 Dr Zul insha allah ada rezeki boleh jumpa bersalam2 dan belajar ilmu2 beliau..... sebab ada peniaga dari Malaysia pernah nak datang jumpa hari tunggu 7 hari tak jumpa2...last last balik semula....kena sabar......

apabila sampai sana baru dapat feedback Ustaz tiada di Jakarta....pagi baru bertolak ke tempat lain.......mana tah....sulawesi ke mana...saya pun tak tahu....takpela....malam ini kita plan nak tidur di rest house milik pasentren....sambil2 ambil aura pasentren yang penuh dengan 1200 orang pelajar tahfiz yang 24jam dengan membaca Al Quran dan mengaji ilmu2 agama.....tapi yang best kat sini dekat je dengan airport lebih kurang 2-3 km tapi disebabkan jalan jem kami nak sampai ke sini drive ambik masa 2-3 jam.....owowowowo ujian betul la....

Hari Kedua
pengalaman berada di pasetren ini memberi ketenangan yang luar biasa........bangun tidur malam tu selepas dinner makan nasi ayam penyek tempe goreng dan teh manis betul2 menyebabkan mata mengantuk awal..... hehehhehe sedap la makan sini..maklumla kaki makan........ malam itu kami di temani Ustaz Osman pusing2 pasentren jumpa dengan pak sheikh al khannas (harap betul ejaan)..... mmg kami berpengalaman dapat membaca quran dari Al Fatihah hingga surah Al Nas dengan betul dan bertalaqi dgn Sheikh..... tgk sini la maksud SANAD.
harini kami berjalan2 sekitar Tanggerang sambil beli barang2 keperluan Umar dan tunggu kehadiran Pak Ustaz balik ke pasentren...ada rezeki boleh belajar ilmu2 dari beliau...tapi hampa kami tunggu sampai malam pun pak ustaz tak sempat bersama kami...di khabarkan pesawat tiba waktu malam dan beliau agak capek utk jumpa kami malam tu....... wowowowo sabar kami nak jumpa seorang ustaz yang mempunyai ilmu tinggi dan rangkaian perniagaan yang luas...saya ingat beliau cuma guru agama tetapi menerajui rangkaian beberapa buah pasentren di sekitar indonesia yang belanja yayasan darul quran lebih kurang setahun USD20juta.....wowowowowowo....beliau menginfak harta dan hasil dari perniagaan demi utk agama......wowowowowowowo jarang2 anak2 muda berusia 42 tahun berfikiran jauh macam beliau...... saya kena istiqamah sabar utk jumpa beliau.......selain tu beliau ada pesawat dia sendiri...rangkaian television sendiri...macam kita kat malaysia ada Al Hijrah....dan byk2 la......


Hari ketiga
Hari ini merupakan hari terakhir berada di jakarta dan kami akan balik meninggalkan umar di pasentren dan kami.. Semalam lepas jalan2 di tanggeran.....kami plan utk tidur di Hotel Siti...milik perusahaan pak ustaz......wowowowow rangkaian hotel beliau di seluruh Jakarta sempena nama isteri tercinta Siti.........best tidur hotel tersebut disamping hadapan hotel ada pasetren hafizah.....kat lobi hotel pun mereka duduk2 dan mengaji quran....masya Allah....bestnya........mengikut kata Dr Zul hotel ini adalah pusat persinggahan orang2 ternama dalam Islam duduk hotel ini.......berkah gitu.......



terima kasih Ustaz Yusuf Mansur sanggup duduk semeja dengan teampokli dan sama2 berkenal kenalan serta kongsi2 cerita.....berpeluang menjalinkan kerjasama dalam perniagaan di Indonesia pun amat baik...maklumla....sekarang ini Emas dan Perak telah menjadi tumpuan banyak pihak.......ada sifu2 lain bagitahu tahun 2017 adalah tahun LOGAM.......wowowowowooww di khabarkan ramai akan aktif balik tahun ini membeli dan memiliki emas.......wallahualam.....tapi saya present kepada Ustaz di uploadnya live dalam FB....adooiiiii malunya rasa kena present kepada lebih 6.7 juta liker beliau ........berdasarkan pertemuan itu......lebih kurang 30k orang menonton rancangan kami...glamer gituh....hehehehehe....padahal kami duduk2 sembang2 pasal emas....last2 dah jadi viral......

okla....itu je pokli nak update..bergambar kenang kenangan dengan ustaz yusuf mansur berlatar belakang Musolla Hotel di hadapan lobi....besar.....kami bergambar bersama2 mobil beliau...senang nak tempuhi macek di jakarta...naik mobil ini senang nak mencelah...pasang siren je...walaupun berada di bumi jakarta 3H2M tapi saya belajar banyak benda dari Ustaz.....antaranya kita hidup ini kena ada Impian....contoh impian yang di didik kepada saya oleh ustaz walaupun belum ketemu beliau adalah YAYASAN...wowowowo duit & harta banyak2 kita timbun nak buat apa? utk makan pakai kita mmg dah cukup..tapi beliau visualize depan mata saya supaya membina yayasan pokli utk dijadikan pusat tahfiz kepada anak2 bangsa kita.....yes....DREAM...berani BERIMPIAN.....beliau bole...takkan kita tak boleh.....IMPIAN lain macam beliau ada saluran TV..ada PESAWAT...ada RANGKAIAN HOTEL...wowowowowowo syok ooooo....ada hotel sendiri.....baru berusia 42 tahun tapi power beb...tgk la biodata beliau kat wikipedia ini....

OKla...nanti pokli rajin2 boleh sambung lagi
sebarang persoalan pasal emas dan perak boleh roger2.....pasal apa2 pun boleh.....mana tahu kita sama2 mengajar dan belajar.....sampai beri manafaat kepada masyarakat....
.
sikit je nak kongsi sbb kalau nak tahu cerita lebih kena jumpa pokli la senang kan

ok
terima kasih
jumpa lagi

Pokli
019-6645066


Read more...

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP