JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

22 February 2019

Kurus dan sihat cara pokli

Intermittent Fasting IF  
 
IF adalah kitaran tempoh puasa dan makan  . Ia menentukan bila patut kita makan dan bila kita berpuasa .  Ia bukan bermaksud diet yang sebenar tetapi lebih tepat pada corak makan . 
 
Ia merupakan amalan Rasulullah dan orang-orang Islam sejak dulu lagi . 
 
Rasulullah mengamalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis serta puasa hari putih  pada 13, 14 dan 15 hb setiap bulan Hijrah . Pada hari tidak berpuasa Rasulullah hanya makan sekali sehari sahaja ( ini adalah IF)  
 
Ada pelbagai kaedah amalan IF  
16/8 : iaitu tempoh makan adalah 8 jam dan tempoh berpuasa adalah 16 jam . Lewatkan sarapan dan hanya boleh makan dalam tempoh 8 jam sahaja . Contoh : 7 mlm - 11pagi adalah tempoh berpuasa ,  11 pg - 7 mlm tempoh makan . 
Eat-stop - eat : makan sekali saja dalam 24 jam  . Contoh makan jam 7 mlm hari ni sehingga esok pula baru makan jam 7 malam . ( Kaedah ini di nasihatkan 2 kali seminggu ) 
 
Perubahan - perubahan yang berlaku apabila mengamalkan puasa  
 
Peningkatan Hormon Pertumbuhan ( HGH)- peningkatan sehingga 5 kali ganda yang menyebabkan kehilangan lemak dan penambahan mass otot.  
Mengurangkan rembesan insulin dan meningkatkan sensitiviti pada insulin . Insulin yang rendah boleh merangsang metabolisma lemak simpanan kepada tenaga .  
Pemulihan sel ( self cellular repair) . Proses pemulihan oleh sel secara semulajadi ( autophagy) akan terangsang.  Sel akan memusnahkan sel- sel tua dan sel yang mengandungi protein rosak yang terkumpul dalam sel .( cell digest ) 
Ekspresi gen . Perubahan pada gen yang berkaitan dengan ketahanan dan perlindungan sel  daripada penyakit .  
Perubahan paras hormon , fungsi sel dan ekspresi gen memberi manfaat pada taraf kesihatan . 
 
IF adalah cara yang berkesan untuk mengurangkan berat badan . 
 
Puasa merangsang hormon pertumbuhan , mengurangkan insulin serta merangsang peningkatan metabolisma dengan peningkatan rembesan noradrenalin . 
Peningkatan kadar metabolisma sebanyak 3.6 -14 %. 
Puasa secara automatik akan mengurangkan pengambilan kalori. 
 
IF  adalah cara yang berkesan untuk mengurangkan berat badan apabila berkurangnya pengambilan kalori dan peningkatan rembesan hormon yang membakar kalori dan lemak .  
 
Harus di ingat juga yang IF tidak dapat memberi manfaat jika memakan makanan yang tinggi kalori dakam tempoh masa makan yang di izinkan .  
 
Kajian membuktikan IF adalah cara yang berkesan untuk mengurangkan berat badan berbanding kaedah lain .  
 
Kajian juga menunjukkan kaedah IF lebih berkesan pada lelaki berbanding wanita .  

Untuk permulaan amal suku suku separuh -
Suku - karbo
Suku - protein 
Separuh - sayuran hijau rendah karbo .
Buah low GI .

Karbo - tukar pada beras low GI , brown rice , Cadangan diet utk yg baru nak mula 

1. Last makan 7 malam

2. Sarapan pagi di lewat kak ke jam 11 , untuk cukupkan 16 jam 

3. Ambil sarapan jam 11 , telur separuh masak 2 biji , boleh ambil roti wholemeal utk permulaan maksimum 2 keping .

4. Tea Break - ambil salad sayuran / buah yg rendah GI ( sedikit saja) - boleh makan bersama greek yogurt ( bagus utk otak ni dan boleh kekalkan rasa kenyang yg lama)

5. Makan malam jam 7 
Ambil low GI rice /batley 2 senduk kecil saja
Sayuran
Ikan bakar/ steam 

Kalau lapar di antara masa makan , minum kopi / green tea ( lebih baik pilih yg ada antioksidan ) kosong tanpa gula .
Kopi utk  tahan rasa lapar .
Jika tak boleh tahan pahit guna stevia atau lakanto 
Makanan bergula di larang .parboiled rice atau barli . Barli adalah makanan sunnah 

Protein - ayam ikan daging .

Mulakan puasa 12 jam dulu , kemudian perlahan2 tambah jadi 14, 16 jam .

Semakin lama kita berpuasa semakin tinggi peluang hormon glukagon dan hgh akan terembes . Hormon Glukagon akan membakar lemak simpanan sebagai tenaga . Jadi kita menggunakan tenaga simpanan badan sendiri .

Insulin adalah hormon simpanan gula. Gula di simpan dlm bentuk lemak . Terutama di hati . Ini yg sebabkan berlakunya penyakit fatty liver . 

Tujuan puasa juga utk kurangkan rembesan insulin supaya tiada gula di simpan dan rintangan insulin tidak berlaku .

1.Stop gula (den dah bercerai talak 3 dgn gula) 
2.Stop makan buah2 manis terutamanya minum jus buah
3.Ambil makanan rendah karbobidrat

P/s - IF adalah salah 1 cara den turunkan berat badan lebih 55kg... Dulu berat 160kgšŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­
Lepas den buat IF dua hari baru boleh makan.... Dlm 2 hari cuma minum air dan Ambik beberapa suppliment utk good fat & cleanse produk. Turun 5kg selepas 2 hari buat IF.. Dah berjaya turun den belanja tubuh den beef patty #khayrbrand

Semoga bermanafaat

Ilmu ceduk2 masa join #warriorsfitcamps2 #jomkurus #drmartina #hidupluarbiasadgnmodifikasidiet #isagenix #lifetoinspire #firmax3

Read more...

19 February 2019

Tips nak untung banyak

Tips: Bagaimana memaksimakan keuntungan pelaburan emas anda?
========================

Jawapan: Tengok spread/susutnilai emas tersebut sebelum anda membeli.

Kenapa? 

Sebab spread akan mempengaruhi untung bersih anda bila tiba masa menjual.

Harga emas yang murah TIDAK SEMESTINYA menguntungkan anda di kemudian hari.

Contoh pengiraan.

Syarikat A menjual 100 gram bar pada harga RM17,500. Susutnilai/spread mereka adalah 18%.

Syarikat B menjual 100 gram bar pada harga RM18,500. Susutnilai/spread mereka adalah 8% sahaja.

Pada mata kasar, syarikat A nampak lebih bagus kan? Sebab murah RM10 segram.. Hehehe... tak semestinya.

Katakan setelah 3 tahun harga emas naik RM100 segram dan anda nak jual semua emas. Mari kita lihat kesan spread.

SYARIKAT A
=========
Harga emas syarikat A kini adalah RM27,500. 

Namun jika anda jual balik pada susutnilai 18% maka anda mendapat RM22,500 
(RM27,500 - RM4950)

Untung bersih anda adalah RM5050.

SYARIKAT B
=========
Harga syarikat B kini adalah RM28,500

Jika anda jual balik pada susutnilai 8%, maka anda akan dapat RM26,220). 
(RM28,500-RM2280).

Untung bersih anda adalah RM7720.

Terdapat berbezaan untung sebanyak RM2670. 
Semuanya disebabkan faktor spread sahaja šŸ˜

Jadi, jangan ingat harga emas murah = terbaik melainkan anda nak beli barang kemas untuk tujuan nampak chantekkk šŸ˜

#TipsMaksimakanKeuntungan
#PelaburanEmas

Read more...

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP