JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

19 March 2019

NASIHAT BISNES 2019

NASIHAT BISNES
3 Nasihat Untuk Mereka Yang Mahu Memulakan Bisnes.

Kebanyakan buku motivasi keusahawan yang ada dalam pasaran, sebagaimana halnya dengan buku-buku motivasi lain, memberi gambaran yang tidak sebenar-benarnya mencerminkan realiti.
Realitinya, bukan semua orang mempunyai kebolehan menjadi usahawan, sebagaimana bukan semua orang boleh berjaya dalam bidang sukan, muzik ataupun politik.
Artikel ini ditulis bagi saudara yang baru hendak mencari peluang memulakan bisnes sendiri.
Tidak semua orang dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Majoriti individu yang cuba menceburi bidang bisnes mengalami kegagalan dan kerugian dalam tempoh tiga tahun selepas membuka bisnesnya. Ini adalah realiti.
Nasihat-nasihat untuk mereka yang mahu memulakan bisnes.
1. Mindset bisnes pertama
Bisnes pertama kita bukanlah untuk membuat untung yang banyak. Ini kita mesti ingat.
Jangan fikir kita terus boleh menjadi kaya selepas membuka bisnes pertama kita.
Tanyalah businessman yang berjaya. Berapa kali mereka mencuba bisnes demi bisnes, sebelum berjumpa dengan bisnes yang menjadi.
Apabila kita membuka bisnes pertama, tidak untung pun tidak apa. Kalau pulang modal pun itu sudah sangat baik!
Kalau bisnes pertama kita bungkus, itu memang sudah dalam jangkaan.
Makanya modal untuk bisnes pertama kita mesti kecil. Jangan lebih daripada 2k sahaja.
Kalau lingkup, kita masih mempunyai duit lain untuk bangun dan mencuba sekali lagi.
Tanyalah orang bisnes, apakah mereka masih menjalankan bisnes pertama mereka. Majoriti akan menjawab, tidak.
Mereka mencuba berbagai bisnes sebelum berjumpa dengan bisnes yang menghasilkan kejayaan. Ini normal.
Tujuan kita membuka bisnes pertama adalah untuk mendapatkan ilmu bisnes secara praktikal, bukan untuk membuat untung yang banyak.
Justeru, bila-bila masa kita boleh tutup bisnes pertama kita itu dan mencuba bisnes kedua pula.
Jangan fikir bisnes pertama kita itu boleh terus berjaya dan kita boleh menjadi kaya.
Buang kebodohan-kebodohan kita dahulu.
Apabila kita sudah faham logik-logik bisnes, barulah ada harapan cerah duit yang masuk menjadi lebih banyak daripada duit yang keluar.
2. Pilih bisnes yang mudah mendatangkan jualan.
Apabila kita baru hendak mula melangkah ke dalam dunia perniagaan, pilih bisnes yang mudah mendatangkan jualan.
Apabila kita baru pertama kali belajar bisnes, jangan dipilih barang yang susah hendak dijual:
+ Nanti kita berasa malu setiap kali orang tidak mahu membeli.
+ Setiap kali orang tolak barang kita, nanti kita hilang percaya-diri.
+ Kita mula meragui apakah kita mempunyai bakat dan kemampuan memulakan perniagaan.
+ Kita patah semangat. Kita berasa down.
+ Kita hilang motivasi hendak bangkit dan terus mencuba. Lama-lama kita boleh jadi putus asa.
Jualan adalah pendorong paling penting.
Apabila ada jualan, semangat kita kukuh. Apabila tidak ada jualan, semangat kita jatuh.
Mulakan bisnes dengan menjual produk yang biasa-biasa, yang hari-hari dapat dijual, meskipun untungnya sangat sedikit.
Semasa baru nak mula belajar menjual, kita bukan mahu untung besar. Untung besar itu benda yang datang kemudian.
Mula-mula kita nak jaga supaya semangat kita tidak jatuh akibat tidak dapat menjual.
Apabila semangat kita tinggi, akal kita mudah berfikir macam mana nak terus berjaya dengan jualan kita.
Semangat yang tinggi akan mendorong kita nak jual lebih banyak.
Apabila jualan laku, tiap-tiap pagi kaki kita ringan melangkah keluar rumah nak menjual lagi.
Kita pulang ke rumah pun dengan semangat kekal tinggi. Besok kita nak cuba menjual lebih banyak lagi!
Mula-mula kita belajar menjual barang yang harganya rendah dulu, lama-lama kita mahu belajar menjual barang yang harganya lebih tinggi.
3. Jangan meminjam
Semasa mula-mula membuka bisnes pertama, kita masih takut-takut, masih tidak yakin, masih keliru, cuma hati sahaja yang meronta-ronta mahu mencuba.
Jadi, kita pun tawakal, dan mulakan bisnes pertama.
Banyak orang muda melakukan kesilapan dalam memilih bisnes pertama mereka. Mereka memilih bisnes yang memerlukan modal besar.
Tangan mereka terbakar apabila bisnes bungkus dengan menanggung hutang bank yang besar.
Hadoi!… Umur baru 26 tahun, sudah ada rancangan nak buat bank loan RM150k untuk buka bisnes pertama. Sesat punya rancangan!
Bisnes pertama adalah sekolah bisnes kita yang sebenar-benarnya.
Bisnes pertama kita adalah fasa kita hendak belajar perkara yang bijak dan perkara yang bodoh dalam dunia bisnes.
Kita akan belajar apa yang betul, dan apa yang salah, serta perkara yang boleh dibuat, dan perkara yang tidak boleh dibuat dalam bisnes!
Jangan sekali-kali kita memulakan bisnes pertama dengan membakar duit bank.
Bakar duit kita sendiri.
Jangan bakar lebih daripada 2k ringgit.
Supaya, apabila duit 2k itu sudah hangus terbakar, kita masih mempunyai duit dalam simpanan untuk dibakar lagi!
Ingin mendapat lebih banyak tips bisnes? Boleh daftar BOP pada sabtu ini
PM
019-6645066 bagi nama
Tempat terhad





Read more...

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP