Assalamualaikum w.b.t..
Apa khabar? harap2 pembaca blog pokli sihat sejahtera hendaknya dan seronok memerhati kenaikan harga emas dari masa ke semasa......hari ini saya nak share pengalaman dapat berjamu selera dinner bersama Malaysia Book of Records (MBR) di Sunway Resort Hotel Sunway....banyak pengalaman2 manis yang pokli lalui semasa datang ke dinner tersebut....antaranya sempat berjumpa dgn Mawi AF semasa berjalan2 dgn Dr Luv terjumpa di pintu lif....berjumpa tokoh2 yang menerima icons of Malaysia seperti Mawi, David Teo, Edry KRU, Datuk Muzafar Syukur (angkasawan), Dato' Lee Chong Wei, Datuk Chef Wan...wowowowo...ramai lagi...pengalaman manis tu....bukan senang nak datang ke majlis2 besar macam ni dan terutamanya Dift Terhormat Ybhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).....
Ok...berbalik pada cerita tadi....Pokli di jemput oleh pihak Public Gold(PG) untuk bersama-sama kakitangan PG meraikan pelancaran buku terbaru Malaysia Book Of Records - Icon of Malaysia......berharga RM80.....kalau ada berpeluang ke kedai buku sila dapatkan buku ini.....banyak kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi oleh rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang......

Pihak Public Gold pun mendapat anugerah First Locally-Manufactured Certified Gold & Silver Bullion Bar .....alhamdulillah....
Kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua Rakyat Malaysia untuk memecahkan rekod MBR dalam bidang masing-masing....Insya Allah Pokli pun nak pecahkan rekod mempunyai Rangkaian Pengedar Emas Terbesar di Malaysia....AMIN....
icons of Malaysia= Kejayaan mereka sumber inspirasi kita semua....MALAYSIA BOLEH
Bersama-sama Kaum Keluarga Public GOLD
Pak Lah, Datuk Danny Ooi & Timbalan Menteri Penerangan,Komunikasi & Kebudayaan merasmikan Buku MBR terbaru Icons of Malaysia
Semasa berjalan di red carpet....hehehehe......mcm artis la pulak...tokey emas pun boleh masuk MBR.....insya ALLAH
Ucapan Aluan dari Pak Lah
MBR muka surat 326 - First Locally Manufactured Certified Gold Bullion Bar
First Locally-manufactured Certified Silver Bullion Bar
Atlet Negara yang memenangi pingat di kejohanan sukan di bidang masing-masing spt badminton,bowling,bina badan,olah raga.....Majulah Sukan Untuk Negara agar bawa balik banyak pingat EMAS untuk menjadi kebanggaan NEGARA
meja Public Gold bersebelahan dengan Meja VVIP (pak lah)
MBR yg diterima oleh pelakon2- cth cerita ngangkung,Pelajar Cemerlang SPM 20A Cik Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal betudung labuh, dan penerima anugerah lain (beli buku utk tgk details)
di meja makan...
Okla...sekian dulu buat hari ni...jumpa di Facebook Fan Page Pokli.....kalau nak tgk pic lagi boleh klik 'LIKE' di
SINI...
ingat Emas ingat Pokli....
Read more...