JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

26 April 2020

sentiasa mengingati Allah sepanjang hari

Assalamualaikum wbt

Selamat berpuasa pokli ucapkan kepada semua pembaca blog dan follower pokli yg dab ikut sejak 2009 lagi.. Tahniah 
Ni pokli nak share bagaimana nak kita sentiasa bagi Allah sentiasa di hati..... Selain kita amal soleh seperti bangun tengah malam solat sunat tahajud, tasbih, taubat, tahlil... 4 ta... Kena buat secara istiqamah.. Kita juga kena sentiasa peringatkan minda kita dengan kalimah Allah... Sentiasa #tahannuts Quran dengan buka dan membaca ayat2 suci agar menjadi panduan hidup....

Antara amalan saya adalah tampal ayat2 suci di dinding rumah, pejabat,kedai, premis dan sebagainya.. Cara ini secara tidak langsung memberi peringatan bagi minda separa sedar utk sentiasa ingat Allah.. Pokli letak kat depan pintu rumah.. Apabila balik/keluar rumah je.. Sentiasa nampak.. Sentiasa rasa nak doa.. Sentiasa ingat allah... Wowowowo ni contoh2 kalimah suci yg dah kamj design utk anda miliki..kalau nak custom made tambah kat dinding pun kami boleh buatkan..... Projek ini under syarikat Ilmiah eduniaga (M) Sdn Bhd... 

Ada masa lagi nak hias cantik-cantik ruang solat,

Suntik semangat solat Terawih dan beri nafas baru pada ruang solat.

PM admin
http://wa.me/60146209410?text=anaFRameislamic

Ada lagi 25 design-design yang menarik.
PM kami yer.. Hiasi rumah anda dengan kalimah #tahannuts #quran
Istighfar, fatihah, sahadah, selawat, ayat suci quran 2:32

letak ruang tamu
hot sale
terus pos ke rumah anda
pokli letak kalimah ni depan rumah.. I love Allah
Cpf04
cp204
cpb03
cpq03
cpkp03
cpb03
cps06
cpz02
cpq01
cps01
cpq02
cps02
cps03

Sentiasa ingat Allah di hati❤️ dinar di tangan

Berminat PM #teampokli #pokliwealth sekarang.. Kami bantu anda milik ayat2 suci ini dan boleh ngajar ngaji
Afifuddin 010-703 7216
Puteri 019-4007834
Suzana  014-6209410
Ramzi 010-2147065
Saad 013-7280068
Pokli 0196645066
Fazli 010-3307916 

Read more...

12 April 2020

Good Debt vs Bad Debt

Pernah belajar Pasal Hutang?

Hutang Baik dan Hutang Jahat...guru saya ada bab khas utk tajuk ini....Kenapa? Sebab dalam kamus pelajaran kewangan kepintaran kewangan (FQ) wajib belajar ilmu ni..kenapa...sebab ini adalah duit keluar masuk....dalam pelajaran ekonomi pun ada penghutang dan pemiutang..jadi....dalam pelajaran kita...especially pokli nak kongsi pasal hutang dan pinjaman.......tapi setelah #teampokli telah menjadikan Al Quran Panduan Hidup...kitab hijau....kitab tahannuts tu ....kita rujuk Agama Islam yang mulia untuk membimbing kita dalam urusan dunia ini.....kalau dulu pokli banyak refer kepada ilmu daripada sifu-sifu barat mengenai hutang jahat dan hutang baik ni..aduiihhh...maafkan saya....dangkal dengan panduan....mengagung-agungkan barat dalam ilmu....padahal Islam pun ajar banyak pasal ini.....


kita tengok apa quran ajar kita tentang "hutang" tapi sebelum itu pokli nak share tips macam mana nak cari ilmu ni dalam Al-Quran....saya menggunakan apps "Quran Melayu"....anda boleh masuk google play...apps store cari Quran Melayu.....download


kalau search cari logo ini...dan install dalam hp, tab, ipad.....senang nak refer apabila kita menggunakan telefon sebagai rujukan cepat dan laju...tapi guru saya pesan kena ada Quran mushaf sebenar kat tangan untuk rujukan sebenar...disahkan oleh pihak berwajib dan diiktiraf oleh KDN........mengelakkan apps ni di manupulasi.....ok...dah install????


apabila masuk muka depan akan jumpa senarai surah....ada 114 surah...saya letak no surah sebagai singkatan QS......jadi kena hafal la mana-nama surah dan maksud dia...contoh...Al-Baqarah tu sapi betina...QS2.....Al Mulk QS67 - kerajaan...QS16 al nahl - lebah...QS 6 An-an'aam...binatang...best sebenarnya bila belajar ilmu2 quran....maklumla dah tua tua baru nak belajar...dulu masa muda2 cari ilmu dunia..ilmu kewangan...cari ilmu perniagaan.....cari ilmu marketing..ilmu fb..ilmu emas dan perak..ilmu hartanah.........tapi biasala kalau kita dah tua-tua pun tak pegang quran...guru saya kata nanti dah mati confirm tak pegang...nauzubillah...jadi kalau nak mati cepat2 pegang Quran....pegang untuk menjadikan amalan soleh kita di masa nak mati sakaratul maut nanti dapat membantu kita...ayat2 Quran di bibir je.....aamiin..doakan dipermudahkan semasa sakaratul maut nanti kita sama2 mendapat mati dalam husnu khotimah..

ok boleh start baca quran dalam apps ini terutama ketika berada di mana mana....senang sekejap je bila nak tahahannuts quran senang nak cari ayat.....contoh selalu kita hafal nombor surah..... 1 - 114 tu sebab itu adalah Surah utama...jadi......no surah diikuti dengan ayat ayat......saya selalu mulakan baca quran dengan 2:32....jadi buka surah ke 2...ayat 32.....apa dia tulis....


A032
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".


amalkan doa....ayat quran 2:32 ini sebagai panduan untuk belajar al quran......tapi sebelum tu jgn lupa istigfar, al fatihah ,sahadah , selawat......dan baca doa ni 2:32

ok sambung balik cerita pasal hutang.....dalam apps ni ada carian..... kita boleh cari perkataan ikut kepada apa yang kita nak....contoh harini ilmu kita pasal hutang.......jadi saya pun search la pasal hutang

wow...syok betul boleh cari perkataan yang kita nak dalam quran.....kira macam indexing la......boleh cari la bab hutang kat sini..kita akan jumpa ada 4 surah cerita pasal hutang

jadi senang kita nak belajar dalam quran tentang ayat ini dalam bahasa melayu...jom kita buka dalam al baqarah ada 4 ayat pasal hutang ini....an- nisa ada 1 ayat dan at taubah ada 1 ayat....wowowowowo....quran dah 1400 tahun pun ulas ooo pasal hutang ini..korang ingat lepas ini apabila dah tahannuts quran...kena jadikan al quran sebagai panduan hidup....apa ayat yang di firmankan oleh Allah swt.......Allah yang berkata kata pada kita....sebab ini firman Allah..semua ayat2 ada benar dan kita sebagai manusia kena beriman dan percaya 100% pada ayat ini...jangan nak menafikan ayat quran ini...kalau menafikan jatuh keimanan kita....huhuhuhhuhuhuhu nauzibillah.....
ayat yg cerita pasal ini ada lah QS 2 baqarah 2:278, 2:280,2:282, 2:283...kita tgk tafsir ayat2 ini...QS 4 an nisaa ayat 4:11 dan 4:12.....QS 9 At Taubah ayat 9:60

A278
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

A280
Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).


A282
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


A283
Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.


A011
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

A012
Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

A060
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

apabila kita baca ayat2 ni kita akan faham dan mengerti apa quran cerita pasal HUTANG.......huntang baik dan hutang jahat...kalau nak lebih faham kena cari guru...ustaz...alim ulama....yang kena tafsir ayat ini..berguru ...berjumpa dengan guru dan minta mereka tafsirkan maksud tersurat dan tersirat...sejarah......apa yang allah nak cerita pasal ayat2 ini....kalau kaedah tahannuts ni kita minta ALLAH ajar kita....walaupun kita kat rumah......Allah yang maha kuasa...maha bijaksana...maha mengetahui akan ajar kita.....ni adalah contoh2 persoalan yang kita nak tahu..kita cari dalam quran.......so FAHAM?? tak faham nanti boleh PM pokli..019-6645066


selesai bab hutang....macam mana nak cari hutang yang BAIK....hutang yang boleh menguntungkan pada kita...especially kita yang berniaga..yang melabur...macam mana nak buat?? hehehehe ada teknik carian dia...kena kaji al quran ini kena cari perkataan PINJAMAN......wowowowowo kata lawan Hutang adalan Pinjaman.....aikkkk apa tu......apa hutang dan pinjaman? Hutang VS Pinjaman..... ada beza ekkkkkk maksud.....apa kata kita jadikan Al Quran sebagai panduan hidup....apa Quran sebut pasal Pinjaman.......woowowowowowowowo...syokkkk yaaaaaa


dalam Quran ada 6 ayat pasal pinjaman.....pinjam....apa beza dengan hutang ekkk? pinjaman saya jumpa QS 2 al baqarah 2:245, QS 5- al ma'idah 5:12, Al -Hadid 57:11 dan 57:18...kita tgk ayat2 ni......

A245
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

A012
Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan agama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul"


A011
Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!

A018
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.

jadi apabila kita baca quran cari pasal pinjaman kita akan jumpa ayat yang sangat berbeza maksud dari segi bahasa.......apa yang saya FAHAMI adalah..memberi pinjaman kerana Allah kita akan dapat libat ganda bantuan dari ALLAH SWT....wowowowowoowow kalau anda baca quran mesti akan nakkan keuntungan yang di janjikan oleh ALLAH ini.........lipat ganda....modal RM1000 hutang allah lipat ganda hinga berlipat lipat kali atau allah je tahu berapa kali lipat....bagi ALLAH la buat kerja dia...kita tak perlu fikir berapa kali....YAKIN.....AMALKAN  dan jadikan sebagai panduan hidup....sebab apa bank kaya raya? bank bagi pinjaman....koperasi...ar rahnu bagi pinjaman.......sebab tu bank kaya raya...jadi boleh guna ilmu ini yer...saya sedekahkan ilmu ini pada anda dan pahala saya sedekah kepada arwah yang dah meninggal dunia dan pahala kepada orang pernah saya zalimi......

jazakallahu khairan khatira

semoga anda kaya dan berjaya dua dunia
jadikan AL QURAN sebagai panduan hidup
HUTANG vs PINJAMAN
perbetulkan bahasa dan kefahaman anda akan dapat kejayaan luar biasa.. janji IKHLAS....baik.....mulia buat kerana ALLAH...niat beramal soleh...niat sedekah.....niat membantu buat kebaikan ...bukan mencari keuntungan dunia semata mata... nak berjaya di akhirat juga...


anda FAHAM...alhamdulillah Allah dah bagi kefahaman pada Akal kita....syukurlah...amalkan ilmu ini
dan arini pokli pun bagi pinjam ilmu ni pada anda agar memberi manafaat kepada anda yer.....tahniah...




Pejabat Urusan Pokli Baru di Seremban 2

 boleh WAZE : Wisma Pokli


Read more...

05 April 2020

Amalan Guru Saya Bagi Untuk #berjayaduadunia Jutawan Dua Dunia

Assamualaikum w.b.t


sekarang kita dah 3 minggu di kurung di rumah sejak PKP berlangsung pada 18 March 2020. 

Jadi kesempatan ini suka pokli berkongsi ilmu kepada pembaca blog dan follower pokli seramai 70,000 orang ...semoga usaha ini mengubah hidup kita menjadi jutawan dua dunia...berjaya dua dunia.....
 
pokli mendapat idea menulis ini apabila #tahunnuts Quran buka ayat surah Al-Munafiqun Ayat ke 9 dan 10

A009
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

A010
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".

apabila pokli baca je ayat ayat ini menjadi terkejut....adakah usaha pokli sejak tahun 2009 menubuhkan syarikat pokli wealth management enterprise adalah lalai dengan urusan harta benda?? kumpul kekayaan melampau lampau....jual beli hartanah ....jua beli emas dan perak.... berniaga jual barang2 di internet....dan macam2 usaha kami buat untuk kumpul harta kekayaan....aduiiiihh terasa insaf dan sedih pulak.....dilalikan dengan urusan dunia.... pokli pun dah 3 x pergi mekah menunaikan haji dan umrah.....dalam doa masa pergi mekah tu pokli banyak berdoa nak dapat kejayaan di dunia dan akhirat......

pokli nak cari harta bukan sekadar mendapat kesenangan di dunia...malah nak dapat kesenangan di akhirat juga.......kalau pokli sekadar kumpul harta..kumpul pengikut....follower....downline yang seramai 70,000 tapi takde dapat manafaat pun tak guna....malah pokli akan mengalami kerugian......benar.....ayat quran tu benar dan HAQ...wajib percaya.....jadi tindakan pokli adalah ikut apa yang guru saya ada ikut surah al munafiqun ayat ke 10 tu.....matikan diri sendiri sebelum mati sebenar...atau meninggal dunia sebelum meninggal....

bayangkan kita tak dapat bernafas...tak dapat hirup udara segar??? apa akan jadi....of cosss kita akan mati...meninggalkan dunia ini....bukan sekadar kena virus korona covid-19 .....nak mati bila2 masa2 je malaikat maut ambil nyawa kita....sentapppppp.... jadi bila kita dah matikan diri kita sebelum mati sebenar kita akan fahammmm..
apa yang kita nak capai dalam kehidupan dunia yang sementara ini....apabila kita dah mati...berada dalam kubur sekarang...macam arwah2 yang dah pergi seramai 57 orang akibat serangan COVID-19 positif  mereka nak bangun balik dan nak beramal soleh dan sedekah?? yang mana paling mudah?? sedekah?? pergi haji?? puasa? baca quran? solatt????? hormati orang tua?? atau apa??? 
JAWAPAN pokli buat la apa jenis kebaikan..niat nak sebarkan AGAMA ISLAM yang mulia agar tindakan kita ini mencerminkan akhlak kita yang mulia....yang ikhlas....yang istiqamah....berterusan....jadi kesempatan ini pokli nak kongsi antara AMALAN yang guru pokli ajar harian untuk kita amalkan agar menjadi kaya dan berjaya dua dunia..... wowowoowowowowoowo jutawan dua dunia....jutawan ni yang ramai nak.......kan????? sebab tu anda singgah sini



Mulai hidup seawal 3 pagi.....4 pagi......5 pagi..........set alarm nak bangun awal,.....nak tahajjud ...nak solat taubat...nak menangis dan merayu pada Allah...agar di bangkit di akhirat kelak berseri seri wajah sebab bangun tahajjud awal pagi sambil tahannuts QURAN...baca quran....tadabur quran...baca terjemahan....khatam quran dan terjemahan...ayat apa nak baca??? 

kalau korang takde idea nak baca apa boleh follow #teampokli setiap hari baca quran dan tahannnuts ayat2 yang kami share...ada dalam group whatsapp dan group channel telegram...boleh la join group kami yer

amalan sebelum subuh ...boleh follow zikir ini...luangkan masa 1 jam...contoh nak tunggu subuh pukul 6 pagi tu.....pukul 5 pagi dah boleh START......buka je youtube ini....follow....OK?



masuk sini insha allah setiap hari ustaz uztazah kami akan kongsi ayat ayat yang boleh kita dalami dan baca bersama sama.....agar mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanaat...tapi jangan lupa adab bacaan dia kena follow step step tahannuts..... lidah di langit.... istighfar....al fatihah...sahadah...selawat dan baca surah baqarah ayat 32.....jangan lupa STEP ini...panduan ini menjadikan kita lebih efektif caranya....


selepas dah tahajjud 2 rakaat.......2 rakaat tasbih.....hajat......qabliah subuh dan solat subuh antara amalan yang guru saya bagi adalah baca ayat surah al naml ayat 30 (surat semut)

A030
"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

amalkan baca ayat ni 41x.... ada orang PM pokli apa fadhilat baca doa ni....jawapan saya....Allah lebih mengetahui....amalkan jer......Allah mendengar semua doa doa kalian nak berjaya dua dunia...

sambil tu dengar lagu lagu ni agar kita akan membantu kita menangis selok


semoga menjadi jatuh air mata kita pagi pagi hari yer.......bookmark la yer i'tirof ini........



dan ikuti dengan ya mujib 55x dan ya bariq 40x

antara amalan lain baca amalan ini


lihat video ni


saya pun amalkan baca doa ni 7x...surah at taubah ayat 128 dan 129


Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.


Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."


lepas subuh tu juga baca Baqarah 1- 5.... ayat kursi 255....dan 3 ayat terakhir baqarah.........

A284
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

A285
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

A286
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

boleh?? amalkan......

bila saya cari kat youtube....ramai alim ulamak kongsi ilmu ni rupanya....antaranya arwah Dato hassan din

best kalau dapat istiqamah amalkan yang ini

sambung lagi...baca 3x surah al hasy-r - 22-24
A022
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A023
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

A024
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.





selepas tu...nak tunggu matahari naik....doa la sebut Allah dalam hati banyak2 kami...guru saya ajar 100,000 kali.....owowowowowowo.....try laaa..best kalau seharian kita ingat ALLAH.... ALLAH DI HATI....ALLAH DI BIBIR......AL QURAN DI TANGAN....rahsia kejayaan dua dunia.......

selepas nak tunggu waktu dhuna...cuba amalkan baca surah dhuha 7x selepas subuh dan 7 x selepas magrib....

selain itu kita jgn lupa amalan seharian kena baca
waqiah.....al mulk.....al waqiah.....ar rahman.........cuba amalkan ilmu ini


guru saya cakap...kalau tak amalkan ni...jgn mati lagi....yer.....jangan mati lagi...kalau amalkan.....al quran ini akan jadi peguambela kita nanti.......

waalahualam....moga bermanafaat


semua dengan rahmah allah....ya allah kurniakan kami syurga firdhaus...tanpa azab,,tanpa hisab


nak berjaya di dunia kena ada asas dalam simpanan emas sebagai perlindungan kekayaan di dunia......dengan Al Quran akan menjadi pelindung kekayaan kita di akhirat kelak....ada emas boleh keluarkan sedekah...zakat..infaq....wakaf....paling bagus sedekah orang sekeliling kita....ibu bapa...keluarga isteri anak anak.....adik beradik....saudara mara kita.....sahabat2 kita...jiran tetanggan dan seluruh umat Islam di seluruh dunia....moga menjadi amalan yang bermanaat yerrr

ada simpanan emas boleh GUNA masa sesak sesak...hubungi kami #teampokli yer
nanti pokli sambung lagi kongsi ilmu

019-6645066

admin
www.pokli.com.my
www.pokli.com


p/s- semalam sewak BPN....bantuan Prihatin Nasional....tak layak rupanya.....huhuhuhuhu..tak layak dapat bantuan kerajaan......jadi pokli harap bantuan dari Allah je la....bantuan Allah macam mana yer??




buat kerja kerja ni sapa yang bayar gaji.....baru cek kat online tak layak dapat bantuan BSH...bantuan sara hidup....

Patut la saya tak dapat bantuan.... T20 Rupanya.. Kerja saya sejak tahun 2000 lagi S.I.
Dulu system integration.... Solution integration.. Skrg jadi Sosial integration SI... Sosial influencer😁😁😁😁
Banyak kongsi nilai nilai sosial di blog www.pokli.com #berjayaduadunia
Baru je update blog...
Lepas update blog dapat gaji Rm12, 775 jawatan sebagai sosial influencer..
Try la baca yer...
Rahsia jutawan dua dunia
Www.pokli.com.my
siapa yang bayar gaji T20 RM12,775.00 sebagai sosial influencer tu? jawapannya ALLAH.....ALLAH yang bagi rezeki pada saya......saya selalu meeting dgn Allah......meeting dalam solat.....solat tahajjud....taubat.....tasbih.....hajat.......solat wajib......solat qabliah subuh....sunat.......dhuha...amalkan kalau tuan tuan nak gaji macam ni...setahun dah dekat RM150k gaji setahun...best bukan?

syukur dgn rezeki

Read more...

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP