JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

31 January 2010

Rancangan "Bijak Wang di TV3" - admin Pokli.com

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ini pokli telah dijemput oleh penerbit dan pengelola rancangan Bijak Wang TV3....pokli telah di jemput sebab diminta untuk  berkongi pengalaman mengunakan Overdraft. Wowowo.....pengalaman pertama pokli nak masuk TV3 pulak....sebelum ini banyak masa promosi melalui blog......facebook.....seminar dan sekarang....muncul dalam TV pulak....alhamdulillah...lepas ini makin ramai orang-orang melayu mula sedar tentang TOOLS yang dipanggil Overdraft ini dan dapat menggunakan TOOLS ini untuk melabur.....mmmm.......duit bank yang kita dapat tu nak melabur di mana???? apa?? MLM....oh noooo.......kalau tanya pokli semestinya Emas, Hartanah & ASB.....cukup la......target nak suruh ramai orang-orang melayu mempunyai TABUNG SIMPANAN peribadi yang banyak.....kalau semua orang menyimpan dan mempunyai Tabung....Insya Allah pada masa depan anda akan SENANG & BERJAYA...

Yela....bayangkan anda ingin memiliki / membeli Rumah Idaman....semestinya mempunyai Tabung untuk membayar deposit rumah tu......camna kalau takde tabungan simpanan? melepassss je tengok orang lain duduk dalam rumah yang Luas & Selamat.....

Bila anda ada tabungan....anda boleh plan masa hadapan dengan mudah.....nak melancong boleh....nak pergi Haji boleh......dan...kalau kaki buat duit....."money maker" sure nak laburkan lagi duit tabungan anda dalam tempat yang menjamin pulangan & selamat......di mana yer??? Emas...hartanah & ASB...tu je la...yg lain.....kena ada ilmu....

okla.....nantikan kemunculan pokli di dalam rancangan Bijak Wang TV3 bulan Februari 2010....pokli akan update tarikh & waktu...

Sesi Rakaman Bijak Wang TV3...En Anuar tengah ambil gambar tuh.....steady la.....

Camera TV3 tengah zoom gambar emas..cuba teka berapa nilai emas atas meja tuh?

Miss Fara ini yang men"interbiu" pokli pasal OD & Emas

sekian

ingat emas ingat pokli

Read more...

29 January 2010

Sistem Kewangan Islam- Tiada RIBA

Assalamualaikum w.b.t

Di pagi jumaat yg indah ini, alangkah seronok orang-orang di pantai timur...dapat bercuti dan menunaikan Solat Jumaat berjemaah. Dan masa yang sama bersama-sama keluarga...makan bersama...rehat bersama dan meluangkan masa cuti sambil pergi ke air terjun...ataupun ke Pantai.....memang bestttt......seronok

Teringat kenangan ketika zaman persekolahan dan masa di kampung halaman Kelantan & Terengganu.....saat ini berada di rumah dan dapat menikmati juadah masakan Ibu...memang best.....lauk ikan singgan + budu...meletopsss.....ahaks.......mesti tambah nasi 2 pinggan...lepas abis makan tunggu bersama-sama arwah abah nak pergi Solat Jumaat..........saat tu kalau dapat di ulang kembali memang best......tapi apakan daya.......kita tidak dapat undurkan masa...kalau dapat undurkan masa tobat banyak benda boleh dilakukan...

Kalau hari jumaat ini di Pantai Timur memang meriah...ibarat penghulu segala Hari....hari ini kita sama-sama bertemu sanak saudara sebab semua org cuti.......superb.....jumpa pak cik2 di kampung sambil berceloteh dan bergurau senda....best kan kenangan itu?

Ok...sambung balik pada tajuk asal....Sistem kewangan islam - tiada riba.....pokli mendapat panggilan semalam dari agen pokli di bangi yang memberitahu kalau semua orang......menggunakan Dinar dan Dirham sebagai matawang...sure sistem Riba boleh di hapuskan.......agen pokli pun tahu melalui pembeli-pembeli emas yang bagi tahu......wahh....rupa-rupanya...pembeli emas lagi bijak dari penjual emas...pembeli dan penyimpan emas ini adalah orang yang BERILMU dan BERPENDIDIKAN tinggi.....mereka bukan saja-saja memiliki dinar untuk simpanan ...malah mempunyai tujuan yang murni untuk memartabatkan Sistem Kewangan Islam.........bagaimana dinar berfungsi ni yer?


Sebagai contoh....katanya.....Ahmad Nabil(bukan nama sebenar) meminjam Wang dari Saudara Ridzuan(Nama Sebenar....kekekeke)........sebanyak 10 Dinar......tapi Ahmad Nabil membayar secara berjadual sebanyak 1 Dinar 1 Bulan kepada Saudara Ridzuan........adakah Ahmad Nabil akan terlibat dengan RIBA???? jawapannya adalah TIDAK....sebab apa?......sebab bila Ahmad Nabil Pinjam 10 Dinar....tetap bayar 10 dinar jugak...walaupun Jangka masa yang 10 bulan purnama....dalam konteks ini tiada pihak yang akan teraniaya.....sebab pinjaman di ganti dengan pinjaman tanpa ada apa-apa IMBUHAN....atau CAJ.....
wow...hebat sungguh sistem ini........sebab tu ALLAH taala MAHA Mengetahui dan Maha Bijaksana....

Kalau Sistem Kewangan Islam ini di laksanakan di Malaysia camna???
yela katakan saya membeli sebijik kereta Proton Saga BLM....warna putih...keluaran tempatan dengan harga Dinar......contohnya harga sekarang adalah RM40 ribu....bersamaan dengan 73 Dinar.......so pembeli telah membuat AKAD dan bersetuju membayar balik kepada Peminjam sebanyak 1 Dinar 1 Bulan selama 73 bulan purnama.....:) adakah ke dua-dua pihak ada yang teraniaya?semestinya tidak....bagaimana kalau dlm masa 1 tahun harga dinar naik???? itulah keuntungan yang diterima oleh BANK PEMBERI hutang....

so cuba kita lihat senario yang diceritakan di atas? tiada sesiapa yang akan teraniaya......kan??? walaupun Ahmad Nabil membayar hutangnya kepada Ridzuan dalam tempoh 10 bulan.....1 Dinar 1 bulan....mereka happy......Ridzuan happy sebab Dinar emas yang di pinjam naik harga.......Ahmad Nabil membayar tanpa ada RIBA? wow...sungguh hebat Sistem Kewangan Islam ini......sebab tu la di Akhir Zaman manusia akan kembali kepada Sistem Kewangan Islam dan salah satu tanda-tanda Hari Kiamat adalah Ramai orang Islam akan Kaya dan mula menggunakan Emas dan Perak sebagai jual beli.....


Oleh itu......kalau kita mulakan menyimpan dinar untuk diri sendiri dahulu ......dan untuk simpanan keluarga....alangkah lebih bagus dan aman dunia ini.....kita pun tak terlibat dengan RIBA......apabila pokli terlibat dengan Emas & Perak ini....barulah Faham dan Mengerti apa maksud yang tersirat yang cuba di sampaikan oleh ALLAH s.w.t........kenapa orang yang memiliki EMAS dan PERAK kena bayar Zakat???? Kenapa orang Perniagaan, Pertanian, Penternakan di kehendaki membayar zakat..........cuba anda pikir dan tanya pakar-pakar Agama kenapa Allah mensyariatkan kita menunaikan zakat dan menyucikan Harta kita ? walaupun kita membayar zakat...tetap kita Makin Kaya??? Tepuk Dada Tanya Iman......


Sekian,

Ingat Emas Ingat Pokli

Read more...

27 January 2010

Iklan Media Elektronik

Astro Awani


TV1


TV2


Public Gold Corporate Video


Welcome on board PWM kepada agent yg ke 72 & 73

Kajang/Sg.Jelok/Semenyih
Cikgu Solehah
ierazahra_75@yahoo.com.my

Muar/Tangkak/Johor
Cikgu Azian
019-9955018
azian9995@yahoo.com


Ingat Emas Ingat Pokli

Read more...

23 January 2010

Tips-Tips Emas bila harga turun

 Salam.....
pokli nak kongsi beberapa tips utk anda semua......

Pelabur EMAS
"masa turun ini aku kena tambah stok lagi.....bestnyaa bila naik harga nanti...so cari pokli dan agen2 berhampiran....x de duit buat EPP....rempit di ar rahnu...agro bank..kotani...."

Pembeli EMAS
"rasa macam malas dah melabur dalam emas...nak melabur dlm tempat/bakul lain pulak.....jual emas anda pada pokli & agen2 berhampiran"

Peniaga Emas
"baik aku tambah stok untuk diri sendiri........peduli apa harga naik ke turun....jangka masa panjang pun emas naik harga jugak...kan kan kan??"

Ragu-Ragu dengan EMAS
"buat don't no je la......lantak la korang dengan EMAS korang.....aku dah cukup makan...cukup pakai.....duit aku simpan je dalam peti besi banyak2...ada 1 juta......thn depan pun nilai 1 juta jugak.........nak pakai ambil la rm100.....rm1000 ke...sikit2 aku ambik sampai abis....."

Pemerhati Emas....
"aku kena ambil tindakan drastik......kena beli emas banyak2 ini......karang harga naik kepada USD1500....aku terlopong je tgk tokey2 emas makin kaya......... keh keh keh....."

Bakal Agen
"aku nak isi borang yang kat sebelah dan jadi agen...baik aku sendiri jadi tokey emas...dapat komisen 1.5%....untung buy back....spekulasi harga emas......boleh bagitau kawan2 yang ramai lagi tak tahu pasal pelaburan emas ini....9/10 pendapatan dari perniagaan"

Pokli
"aku sendiri lock emas berpuluh2 keping utk stok peribadi & jualan" kayakan diri sendiri dulu...keh keh keh......pay may self dulu...."

So, bak kata nabil....Lu Pikir La sendiri....tanya status kesihatan kewangan masing masing

Sekian, laporan berita terkini,layan VT ni...zaaassssss



Ingat Emas Ingat Pokli

Read more...

20 January 2010

Welcome On Board PWM - Pn Roslina

Assalamualaikum

Harini pokli nak mengumunkan "Welcome on Board PWM" agen terbaru di kawasan Kelana Jaya / Kinrara / Puchong / Damansara / Petaling Jaya kepada Pn Haslina Bt Ismail - No Tel : 012-2327 027 email Rosywlq95@yahoo.com sapa2 nak lock emas...beli emas...boleh cari akak ini...walaupun satu keping dinar pun kami akan layan....hehehehe....dapatkan koleksi emas Public Gold & Public Dinar dengan agen2 PWM berhampiran anda.
meh sama-sama kita berniaga emas dan melabur dalam EMAS

Ingat Emas Ingat Pokli

Read more...

17 January 2010

Seminar Krisis Kewangan dan Peranan EMAS dah berlalu

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah semalam telah berlangsung seminar emas di Dewan Malawati, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.....wah......terkejut jugak ramai betul orang yang dah sedar tentang pelaburan emas ini.....tahniah.......ramai orang-orang melayu...cina...india.....malah warga negara asing pun turut datang......yela......yang mengajar ilmu-ilmu emas ini otai2 seperti Prof Umar Ibrahim Vadillo,Prof Kamel ,Hjh Nik Mahani,Dato Salleh Majid & Syukor admin jutawanemas..........best.....dan tanggungjawab yang pokli pegang pun agak besar sebab kena jadi pengerusi majlis bersama-sama agen pokli Pn Nurul
Majlis bermula jam 9.30pagi selepas dif dif terhormat datang.........ramai orang beratur untuk pendaftaran....dan sarapan pagi disediakan........sempat la pokli merasa nasi goreng + kopi O......hehehehe..kena ambil sarapan sebab lepas ni nak mempengerusikan majlis.....sebenarnya ini kali pertama pokli handle majlis formal....sebelum ini mmg tak pernah pun lagi handle majlis2 ilmu ini ..masa belajar di UTM pun mana pernah....buat hal masing2 jer....tapi......keh keh keh...kelako jugak.......maklumla majlis rasmi kena formal dan serius...kalau nak ikut pokli mmg nak buat lawak...tapi sabar je la.......nurul yang banyak buat lawak....kekekeke....semua orang gelak......


Prof Dr Umar Ibrahim Vadillo,Presiden WITO

mula2 majlis ucapan aluan oleh Mr Louis Ng.....Pengerusi Public Gold Group....tokey emas PG.....tokey besar.......dia ucap terima kasih sebab ramai yang sudi hadir walaupun kena bayar RM50...tapi ilmu yang di dedahkan amat berbaloi2.......ilmu emas....mana ada orang nak share ilmu free...keh keh keh....nak kena bayar la....lagipun RM50 tu adalah untuk bayar kepada penceramah.....ribu2 jugak kos nak bayar kat diaorg tu.....kalau ada 5 orang penceramah?? lagi sewa dewan..makanan......door gift......mcm2 lagi la yg kita tak tahu...kiranya majlis ini berjalan dengan smooth sekali...alhamdulillah

Peserta-Peserta Seminar - Hampir 500 orang

selepas Mr Louis Ng.......penceramah seterusnya adalah Prof Umar Ibrahim Vadillo...kalau korang nak tahu Prof ini adalah Pengerusi World Islamic Trade Oraganisation (WITO)....Presiden E-dinar Ltd.....beliau jugak merupakan salah seorang yang bertanggungjawab dalam membuat kertas kerja untuk perbankan islam yang di present oleh Tun Mahathir.......kalau dengar talk Prof Umar ini.....beliau suruh semua urusniaga digunakan dalam dinar.....dan dirham,.....barula tiada unsur-unsur RIBA......semua perbankan di dunia ini termasuk malaysia adalah RIBA...yela...korang bayangkan.....buat personal loan RM10k....tapi kena bayar RM30k.....bukan ke RIBA namanya tuh......tu belum lagi masuk Housing Loan.....ASB....perrhh.......event islamic loan pun tetap riba...tiada beza antara islamic loan dan conversional loan......ttp RIBAAAAAAAAAAA.................(bank la makan riba)

Dari Kiri- Syukor,Prof Kamel Mydin,Mr Louis Ng, Hajjah Nik Mahani (Tokey Dinar Kelate)
antara lain yang di ulas oleh Prof Umar........kalau semua orang melaksanakan sistem kewangan islam...gunakan dinar dan dirham...gaji pekerja....kita ambil contoh...pekerja McDonald di Amerika minimum gaji diaorg USD4 sejam........kerja 8 jam sehari mendapat USD32 sehari...kalau duit malaysia RM112 sehari......siap boleh melancong datang ke malaysia....coba kurang tengok gaji pekerja McDonald di malaysia????? boleh tak pekerja Mcdonald di Malaysia melancong ke Amerika????? gaji diaorg RM4 sejam?????????????? cuba bayangkan semua orang di Dunia menggunakan Sistem Kewangan Islam.....?? gaji di bayar dlm bentuk Dinar.....Gaji pekerja McDonald di Malaysia & Amerika 3 Dinar sebulan???? perh...analogi yang memang logik dan betul.....sebab tu bila akhir zaman nanti Sistem Kapitalis akan makin mundur......kalau korang nak tahu...orang YAHUDI sekarang ini berlumba2 simpan emas......sbb apa?? emas adalah harta yang mutlak dan unggul....kalau situasi pergolakan / krisis emas dapat membantu.....jadi mulai dari sekarang...simpanan EMAS dan PERAK sebagai protection / lock kepada kekayaan......sbb apa orang Kaya makin kaya....orang miskin makin miskin???? orang susah makin susah.......mereka kena keluar dari COMFORT ZONE masing2.....panjang lagi yg di ceritakan pasal kewangan islam oleh prof...kalau nak tengok video nya nantikan kemunculannya...

Selepas itu penceramah seterusnya Pror Kameel Mydin....beliau pun sama...cerita pasal KRISIS kewangan....sbb apa dollar amerika jatuh....sebab apa harga emas makin naik dan naikkk.....MEGA Gold RUSH......semua org/negara/organisasi berlumba2 simpan emas.....so.....kalau kita nak ubah kerajaan malaysia terutamanya Bank Negara untuk suruh jalankan Sistem kewangan islam...alamak berjanggut aaaaaa.......kita nak suruh mereka hapuskan RIBA....jgn harap....Bank Negara adalah Boss kepada BANK-BANK seluruh Malaysia......hehehehe...takkan mereka nak benarkan Sistem Kapitalis ni jatuh...mereka mesti selamatkan Sistem Kewangan yang ber asaskan Wang Fiat...Kertas...yang di cop dan di akui nilai oleh seluruh rakyat Malaysia.....korang pernah dengar Wang Jepun...Wang Zimbabwe? kena sistem kewangan (wang fiat/kertas) mereka jatuh???? sbb di cop / print dengan terlalu banyak...sampai nak beli barang pun kena pakai timbang? nak beli beras kena ada seguni wang jepun?? cuba kalau guna dinar dan dirham?? sebenarnya manusia telah guna pelbagai "benda" untuk jadikan sebagai tukaran nilai (currency) seperti garam...gula.....kain.....timah.....dan emas adalah paling sesuai dan tak lapuk dek panas.....emas ini digunakan sebagai mata wang dah bertahun2 lamanya.....

Dato' Salleh Majid


Simpanan emas dapat menyelamatkan kita dari Sistem kapitalis yang merompak kita takala kita tidur....yela...korang tengok pada zaman 1990'an kita boleh minum teh tarik dengan harga 80 sen.....sekarang?? RM1.50 dan ada yang sampai RM5.....(kopitiam)......sebab apa setiap hari duit / wang fiat yang kita simpan di mamah INFLASI....huhuhuhu....untuk bermula sistem kewangan islam ini kita kena mulakan dengan diri kita dulu....simpan dinar & dirham untuk diri sendiri.....untuk keluarga....untuk jiran......masyarakat......dan bila semua dah ada...baru la slow slow ubah kerajaan...ubah dasar Bank Negara....tu la antara matlamat jangka masa panjang........jangka masa pendek kita simpan untuk diri sendiri....kepentingan BANGSA kita dulu............simpan emass weiii....bukan simpan besi...kalau simpan besi jatuh harga...tak percaya tengok simpan BESI BURUK...kereta!!!! kekekeke dulu thn 2007 pokli beli kereta Honda Civic 2.0 berharga RM128K....sekarang?????

okla setakat ini...nanti pokli sambung untuk panel penceramah yang lain pulak

Pengerusi Majlis - http://www.pokli.com/

ingat emas ingat pokli

Read more...

14 January 2010

Seminar Krisis Kewangan dan Peranan EMAS - 1 hari lagi....

salam

tinggal 1 hari lagi kita akan sama-sama berkumpul di majlis ilmu yang pihak public gold & pokli wealth management anjurkan....tak sabar nak tambah ilmu pasal emas dan belajar tentang ilmu emas oleh OTAI2 yang expert pasal emas ini.....pokli di beri tugas untuk menjadi pengerusi majlis ilmu ini bersama-sama puan nurul dari gold2rich.com.....jgn lupa yerr....16hb januari 2010 dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang

rasa berdebar2 jugak sbb ramai dif2 terhormat dan para pelabur, pelanggan & agen2 emas dia bawah rangkaian pokli wealth management....ini merupakan seminar pertama pada tahun 2010 ini....jommmm datang

tapi pokli akan teruskan juga uruskan majlis ini dengan jayanya.....semoga sama2 kita berkongsi ilmu pelaburan emas....

sekarang dah ada 480 orang mendaftar untuk seminar ini...tinggal lagi 20 seat kosong.....dewan melawati tu boleh muat 500 orang jer....jangan anda last minit daftar dan kena berdiri...kesian....makanan tengah hari juga di sediakan...berminat??? cepat daftar kepada Pokli 019-66 450 66 / 019-6222 404

nak tgk aturcara masuk sini


Welcome on Board PWM agen-agen baru

1) Batu Pahat/Pontian/Air Hitam
En Salleh
013-7718319



2) Cyberjaya / Puchong / Selangor
Pn Shida
019-3583 049

3) Petaling Jaya/Kelana Jaya/Bangsar
En Mohideen Anibah
019-3303025
din6464@yahoo.com.my

4) Kuala Lipis / Jerantut / Raub
En Norhisham
019-9744266
Ingat Emas Ingat POKLI

Read more...

10 January 2010

Perniagaan banyak Persaingan

Salam

Selamat Bercuti di Hujung Minggu...boleh bawak bersama-sama keluarga bercuti dan melawat sanat saudara....ada yang mengambil kesempatan cuti untuk berjumpa prospek pelanggan untuk menjual produk mereka......tahniah.......tapi bisnes emas ni kita boleh libatkan keluarga kita bersama-sama dlm perniagaan ini....contohnya semlm pokli sempat berjumpa kawan-kawan yang berminat nak melabur dalam emas...siap boleh bawak anak2 sekali.....masa seisi TT...mereka bertanya pada pokli best ke simpan emas dan melabur dalam emas ni.....sebenarnya logam emas ini selepas di bongkar rahsia oleh admin jutawanemas mengenai pelaburan emas ini....pelbagai jenis emas yang anda jumpa di malaysia ini......ada PAMP SUISE....ada Kijang EMAS...ada Dinar Kelantan...ada Public Gold & Public Dinar...ada Dinar Muslim dan pelbagai2 lagi jenis emas......tak termasuk barang kemas.....sbb barang kemas ini bukan pelaburan....utk perhiasan.....



Kenapa makin banyak produk emas pelaburan di Malaysia?
senang jer....sbb demand tinggi.......sbb kesedaran dari masyarakat....sbb spekulasi dari peniaga2 emas.....so sebab itulah ramai yang mula risau WANG FIAT mereka di mamah inflasi.......tentang spekulasi harga emas akan naik kepada USD1500....USD2500....USD5000.......he he he he.....bila spekulasi berlaku....sapa yang untung????? mesti la tokey2 emas......tokey emas bersedia menunggu je orang beli dan orang jual......sbb apa???? yela......bayangkan tokey emas dapat beli emas dengan harga murah....harga below market....harga kitco....dan dapat jual dengan harga semasa......bijak tak????

untuk jadi tokey kita tak perlu belajar sampai menara gading........apa2 perniagaan di dunia ini memerlukan modal...........hatta nak bukak tadika pun perlukan modal....so......pada individu yang nak jadi tokey emas...mereka tak perlu takut sbb apa....modal mereka naik harga.........mula2 mereka berniaga emas harga murahh jer......ada orang nak beli...sampai sekarang orang tetap beli..........walaupun harga naik kepada USD2000 sekali pun..orang tetap beli.......mungkin emas ini sendiri ada auranya.......emas ini indah di pandang manusia.......emas ini tak perlu cakap banyak untuk di jual...orang datang kepada peniaga emas sbb dari rumah lagi Nawaitu dia ingin membeli emas.....cuma emas yang bagaimana perlu mereka beli......

Kalau tanya tokey A....mesti la mereka kata emas mereka bagus.....begitu jugak tanya kepada tokey B....mereka turut kata emas mereka bagus.....tanya pokli pun...pokli akan kata emas yang pokli jual bagus......hehehhehehe.....anda yang pilih dengan tokey emas mana yang anda nak deal......sebab pembeli mesti  nak dapat emas yang terbaikkkkk untuk mereka......satu lagi...pembeli ini kadang2 suka di layan sebaikkkk yang mungkin.....ada pembeli yang mahu emas di hantar terus ke rumah mereka.....servis2 extra ini yang menjadi kita lebih berjaya daripada orang lain.....agen2 di bawah rangkaian PWM boleh hantar emas ke rumah anda....di mana anda berada...anda tak perlu pun habiskan minyak kereta pergi ke kedai kedai emas pelaburan contohnya Public Gold.....itulah kelebihan kedai emas online ini....agen2 pokli tidak perlu bayar sewa kedai......bayar bil elektrik.......bayar gaji pekerja.......semuanya adalah Part Time Tokey Emas yang bergerak dari mulut ke mulut dan dari Facebook ke Facebook......dari blog ke blog....wah power sungguh bisness emas online ini kan? apa yang cuma perlu bayar adalah Sewa Webhosting secara tahunan....

Sebenarnya setiap hari ada je orang yang call pokli nak jadi tokey emas...nak jadi kaya dengan emas...yela.......orang yang ada emas dah tentu orang yang kaya...orang yang call pokli semestinya memang dah kaya dan nak bertambah2 kaya.......mau tak...beli emas satu kilo pun dah rm136k.......banyak tu duit...diaorg mana ada beli hutang...semua cash....sebab tu tokey emas dia bisness makin maju setiap bulan.....setiap tahun.......takde orang hutang...sapa yang bagi hutang alamaknya tak lama la......lingkup.....

Hehehehe.....so...apa yang perlu pokli tekankan di sini...setiap orang yang ingin melabur.....menyimpan emas....carilah yang tulen.....yang ada sijil ketulenan....kalau rasa ragu2 dengan ketulenannya pergi la ke kedai emas.....ke wakala yang terdekat ataupun Ar Rahnu.....emas tu uji pakai densimeter orang punya...kononnya nak test ketulenan......nak gadai.....

tapi kalau anda yang begitu serius nak buka wakala...nak bukak cawangan....kena la beli densimeter sendiri......ada safe box sendiri......setiap orang yang serius nak bukak kedai emas kena fikirkan aspek keselamatan......dan pelbagai jenis anasir2 yang yang perlu di elakkan.....sekarang ini zaman kemelesetan ekonomi.....semua orang tensen.....ada pelbagai masalah kewangan..kena buang kerja...VSS...potong gaji...barang naik harga...gula naik harga...harga teh tarik meningkat......so...tahun 2010 adalah zaman kejatuhan dan kemelesetan ekonomi.......untuk langkah berjaga2.....anda kena berhati2 dan mempunyai simpanan yang banyak samada dalam bentuk wang tunai......asb.....emas.....make sure simpanan anda mudah untuk di cairkan...di tunaikan....

setiap orang ada masalah masing-masing.......dan ada yang datang berjumpa.....call....sms pokli nak belajar...nak kaya...nak berjaya.......even mail box pokli banyak pokli dapat mesej yang bertanyakan tentang pelbagai soalan2 berkenaan Pengurusan kewangan......mungkin pokli di anugerahkan oleh Allah mahir dalam pengurusan kewangan peribadi......x list untuk diri sendiri la....untuk organisasi kena ada penasihat yang khas memantau kewangan syarikat....ramai orang yang pandai2 di luar sana........sbb tu ilmu yang ada boleh di kongsi dan di tunjuk pada yang memerlukan....

semalam pokli mendapat sms dari pelanggan yang tanya pasal games cash flow 101....sebenarnya games ini mmg best main kalau anda nak financial freedom....anda nak bebas kewangan...bebas hutang..bagaimana nak keluar dari perlumbaan makan gaji yang setiap bulan di habiskan untuk membayar hutang......membayar kereta...membayar bil-bil...membayar segala jenis hutang piutang.............

so..untuk mencapai kebebasan KEWANGAN yang sebenar....anda kena ada PASIF income yang melebihi dari perbelanjaan....contohnya......kalau perbelanjaan anda bulanan sebanyak RM3000.....anda perlu ada pasif income melebihi RM3000........Pasif income ini adalah Income yang anda dapat semasa anda tidur......Mesin Cetak Wang bekerja semasa anda bercuti...semasa anda tidur...semasa anda pergi haji...semasa anda berhibur.....best kan kalau anda ada banyak MESIN BUAT WANG......

senang ke nak buat mesin buat wang?????? untuk mendapat Multiple Source of Income(MSI) anda perlu ada banyakkkkkkkk mesin cetak wang.........contoh mesin cetak wang adalah...sumber hasil dari Sewa Rumah....Sewa Tanah......Sewa Tapak Hosting...Iklan di Blog.....Jualan Ebook...jualan emas....simpanan ASB......Simpanan emas yang naik harga.......Hartanah yang naik harga setiap tahun....dan mcm2 lagi......

semua itu bergantung pada MINAT dan PASSION anda........bagi pokli....minat dan PASSION pokli pada Hartanah + EMAS....cukup dah.....2-2 ini harta-harta yang naik harga...yang tidur malam dengan lena.......ada orang tolong bayarkan sewa.......capital gain yang tinggi.........

panjang dah pokli tulis blog kali ini....ini pokli nak kongsi gambar EMAS Putih...aka Platinum yang ada orang nak jual kat pokli...........tapi......Pokli pergi jumpa beliau dan tengok secara fizikal emas Putih ini.....Emas Putih ini katanya seberat 1kilo...kalau tengok pada hallmark adalah jenama JM.....PLATINUM 9999 dan berat 32Oz.....tapi....bila pokli pergi timbang beratnya cuma 748gram? so mana pergi beratnya yang lain??


hehehehehe.......senang jer.......kalau kita tengok sesuatu Precious Metal/Commodities tu....apa yang PRINT atas nya adalah sama dengan timbangan beratnya.....kalau tak sama....paham-paham sendirila.....dah tentu FAKE...keh keh keh....so berhati-hati kalau nak cepat kaya.......jangan tertipu oleh skim2 yang membuatkan anda nak kaya dan nak jadi jutawan tapi jual benda2 yang PALSU....


atas tu tulis 32oz...tapi kenapa timbang hanya 748gram??

macam emas public gold...anda boleh tengok ketulenan.....tengok hallmark...kalau di atas Jongkong emas 20g...maka kalau kita timbang beratnya mesti 20g.....kalau kurang....hehehehe...pergi buat report POLIS.....anda telah ditipu......

so.......kami peniaga-peniaga emas di bawah rangkaian PWM hanya jual emas Public Gold & Public Dinar......di sertakan Sijil Ketulenan dan no siri di atas sijil sama dengan No Siri Di Atas jongkong emas tu.........Jom Lock Kekayaan anda Dalam EMAS.......Untuk jangka masa yang sederhana dan panjang emas ini akan naik harga...........kalau anda dah cukup modal RM39k...boleh join dalam rangkaian PWM........ambil borang di kiri blog ini atau http://www.emaspokli.blogspot.com/ .........kalau nak email boleh emas kepada fazli.technitium@gmail.com
saya email borang kepada anda...............

tapi pada yang nak beli emas pelaburan Public Gold...boleh cari agen2 di bawah rangkaian pokli yang terdekat anda....jangan buang minyakk nak pergi cari mereka....biar KAMI datang kepada anda....hehehehee



Ingat Emas Ingat Pokli

Read more...

07 January 2010

Ilmu Overdraft- ulangan...pada yang tak tahu

sumber.......agen insuran...:-) copy paste

Maklumat mengenai overdraft dan artikel2 yang berkaitan
___________________________________________________________________
1. Over Dratf (OD)
2. OD Settlekan credit loan credit card
4. OD untuk pelaburan hartanah (rumah lelong,emas public gold, sewa, jual/beli)
4. OD untuk jaga persistency (bagi agent2 public gold) - Sebab saya seorang agent. Jadi OD nie boleh bantu saya dalam bisness saya
...bila time org nak jual balik emas

Pengenalan...

Saya dah buat/guna pasal OD nie dalam 1 tahun lepas. Oleh kerana sibuk dengan urusan kerja, tak amik port sangat, tapi bila ada masa free2 tu, saya baca balik thread pasal OD nie, terus ternampak jalan (Allah tunjukkan jalan).

Mungkin ramai orang kat luar sana yang expert pasal OD nie, saya baru je nak buat. Tapi, saya dah pun buat langkah pertama. Sebab pada saya, kalau setakat belajar teori saja, memang boleh, tapi kalau kita buat secara praktikal, kita lebih faham dan akan ingat.

Apa yang saya faham pasal OD?

Saya faham OD nie merupakan satu facilities yang ada ditawarkan oleh bank untuk kita buat pengeluaran lebih dari jumlah duit yang kita ada dalam account. So, lebih kurang loan la. Tapi dari segi interest charges dia berdasarkan BLR and gunakan konsep "daily rest" (caj hari-hari). Kalau kita tak guna duit dalam OD nie, tiada sebarang caj dikenakan. So, kalau kita nak pakai duit urgent, boleh le kuarkan duit OD nie, lepas tu bayar le balik. Tapi, lately nie saya jumpa banyak blog and forum yang bincang pasal OD nie, and saya dapat info banyak yang kita boleh manipulate kemudahan OD ni untuk langsaikan hutang credit card kita, buat insvestment property dan sebagainya.

Mengenai interest OD nie, lebih rendah berbanding dengan credit card (18% p.a). So, kalau kita guna OD utk membeli barang2 yang biasa kita pakai credit card (easy payment) dan sebagainya, kita boleh jimatkan duit kita daripada membayar interest kad kredit yang tinggi kepada bank.
Saya faham benda nie pun lepas masuk banyak forum dan blog2.

Tapi, macam mana nak mula?

p/s: Seribu langkah bermula dengan langkah pertama.

1- Pakai Pelaburan ASB sebagai cagaran untuk bukak akaun OD.

Dari post2 dalam forum yang saya baca, rata-rata semua gunakan pelaburan ASB sebagai cagaran untuk bukak akaun OD ni. Ada jugak yang cagarkan rumah yang dah habih bayar. Tapi, kalau yang muda2 nie, mana ada rumah dah habih bayar. Semua masih under loan lagi.

So, apa yang saya buat adalah, tukar kan ASB (dalam bentuk buku pelaburan ke sijil). So, caranya amat mudah. Bawa buku pelaburan ASB ke PNB, (HQ atau mana2 cawangan). Kalau saya hari tu saya pergi ke cawangan Shah Alam. Tak ramai orang. Sekejap je dah siap.

So, sampai je, lengkapkan borang "Penukaran Bentuk Buku ke Sijil" mcm kat bawah nie.





Ok, lepas lengkap, pegi kaunter dan diorang akan tukarkan pelaburan kita dalam bentuk sijil ASB mcm nie.




So, lepas tu, bawak sijil nie, bersama dengan photocopy IC, slip gaji sebulan ke bank yang kita nak apply account OD. Mcm saya, saya try tanya kat Maybank (sbb senang nak manage maybank2u dan dah ada current account serta commission masuk account nie) atau RHB ( yang nie proses fee murah sikit).

Ok, minggu lepas 3/11/2008, Maybank call saya, staff bank tu cakap, akaun OD saya dah approved dan ready untuk sign letter offer. So, apa lagi, bergegas le ke Maybank Ampang Park. So, dah settle semuanya, dapat le surat macam kat bawah nie.

So, kemudiannya staff maybank tu suruh saya tunggu dalam masa 2-3 minggu untuk bank readykan amount OD tu dalam current account saya. Tapi, saya check dalam account maybank saya, dalam seminggu selepas saya signed letter offer tu, saya tengok balance dalam account dah bertambah ikut amount OD yang saya apply. So, maknanya, OD dah boleh pakai......
Penggunaan OD
1. OD untuk settlekan credit card.
Ini merupakan tujuan utama saya apply OD, untuk gantikan penggunaan credit card. Sebab siapa yang tak tau interest credit card?...18% per annum. Amik kou.....so, bayangkan kalau dengan OD BLR+0% daily rest monthly compounded. So, sekarang nie BLR 6.75%, berapa banyak jimat interest tu berbanding credit card.
Sebagai contoh, credit card saya ada hutang RM 5,000. So saya keluarkan RM 5,000 dalam account OD saya untuk settlekan hutang credit card. Bila account OD saya dah berkurang, saya kena interest OD (BLR+0% daily rest), tapi oleh kerana saya nie agent insurance (komisen masuk 2 minggu sekali, bila komisen masuk je, saya terus pindahkan ke account OD, so account OD saya pernuh balik. Tak kena interest beb. Lepas tu, kalau saya nak pakai duit untuk bayar bill atau perbelanjaan lain, saya keluarkan duit tu sikit demi sedikit. Then dalam masa 2 minggu lepas tu, masuk commission lagi, saya pindahkan dalam account OD. Jadi, interest yang saya kena bayar teramatlah kurang compare dengan credit card.
Tapi kena ingat, kita dah tak bayar credit card kan?..(sepatutnya kena bayar kalau kita tak guna duit OD)...so, duit untuk bayar credit card tu, masukkan dalam dalam ASB, tambah duit dalam ASB dan kalau dah cukup amount utk convert jadi OD, saya akan convert lagi.
So, itu je dulu sedikit info OD yang saya dah amalkan untuk settlekan credit card.
2. OD untuk pelaburan hartanah
Penat le bersaya awak nie. Now pakai aku-kou je lah. ....:D
- Untuk modal beli rumah lelong
Yang nie, ada banyak perkara kena consider, bukan terus redah. Aku sendiri menuntut dengan geng2 hartanah nie.... . Baru aku faham dan start buat.
Tips : Cari umah lelong yang below market price (and cuba nasib utk bid). Make sure study dulu lokasi dan keadaan rumah serta persekitarannya, adakah ianya sesuai untuk disewakan. Dan berapa rate sewa kat area situ. Kena buat home work sikit. Then, gunakan duit OD nie, utk bid.
Secara konsepnya...kita biasa dapat harga umah lelong below market price, kalau lebih..(rugi and kena menuntut lagi)...then, bila kita nak buat loan, loan ikut market price, of course ada margin loan kat situ. Tapi, sure korang akan terfikir, siapa yang nak bayar loan tu pulak, sebab kita buat loan baru. Sebab tu, aku cakap, perlu survey dulu, bukan main belasah je amik umah lelong, sekali tak sedar, umah kat Bukit Beruntung....masak le korang.
Jadi, bila kawasan yang tenant ramai nak sewa, duit sewa tu cover duit loan. And tenant akan bayarkan loan kita. Lepas tu pulak, ingat tak tadi , kita buat loan ikut market price...so, ada lebihan cash...apa lagi...-> ASB-OD kan lagi (top-up) sampai le ASB dah penuh. Kalau penuh, sumbat pulak kat ASW, utk buat investment rumah ke-2 dan seterusnya....
Ini yang aku buat. So, so far on track la....you all boleh cari info kat internet pasal jutawan hartanah muda2 lagi. Bermula dengan account OD-ASB ni la

3. OD untuk jadi agen emas pelaburan Public Gold

emas kenaikan 37% setahun...so......interest OD= BLR-2%.....so pandai2 la nak guna OD untuk memaksimakan untuk..jadi agen di bawah rangkaian pokli.......jadi agen banyak kelebihan...dapat beli emas murah 1.5%......buy back 5-6%.......capital gain.....spekulasi harga emas......lantik agen dan lain2....nak tahu lebih lanjut roger pokli

ingat emas ingat pokli

Read more...

06 January 2010

Welcome On Board PWM - Agen Tahun Baru 2010

Salam

Semakin hari harga emas semakin meningkat naik....makin ramai dah berminat dengan pelaburan emas ini kan?alhamdulillah.......pokli pun banyak terima call...sms.....email berkenaan emas ini......so....stail pokli senang jer.....orang tanya kita kena jawab...kita kena tunaikan hajat semua orang.....sebab yang datang jumpa kita berbagai2 hajat..ada yang tanya pasal EMAS....Hartanah LELONG....ASB OD....REMPIT...Ar Rahnu....nak jadi agen camna...nak beli camna...mcm2 la....Pokli melayan semua soalan/pertanyaan anda semampu yang boleh.....insya-allah kalau kita tunaikan dan percepatkan hajat orang..insya-allah...Allah akan percepatkan tunaikan hajat kita pulak....kan?

so....welcome on board agen2 pokli di Seluruh malaysia.....

1) Bandar Jengka/UITM/Maran/Temerloh/Kuantan
En Zainul
013-2512600
akramin@yahoo.com

2) Bandar Jengka/UITM/Maran/Temerloh/Kuantan
En Md Kail @ Ikhwan bin Md Nor
019-9390707
mdwan67@pahang.uitm.edu.my

3) Jelebu/Negeri Sembilan
Cikgu Zulkhairi
019-668 7469
segakmas_26@yahoo.com

4)Nilai/KLIA Airport/Sepang/Salak Tinggi/LCCT/Sibu/Kota Kinabalu/Sandakan/Tawau/Kuching/Miri/Bintulu/Labuan
En Nur Zaidan Bin Kassim
012-3040858
zaidan.invest@gmail.com

Quotation untuk agen2 PWM join bulan januari ni RM38,518 pada 5 JAN 2010.... bergantung pada harga semasa...yang best...diaorg semua dapat komisen 1.5%.......order jgn tak order.....layan bank slip ini




Jangan Lupa seminar di Kelana Jaya Pada 16 Januari 2010 ini....setakat ini dah ada 150 orang mendaftar....berminat boleh hubungi POKLI di talian 019-6645066 @ 019-6222404 email fazli.technitium@gmail.com RM50 jer...Bank in ke dalam akaun

Maybank Pokli Wealth Management (PWM)- 555171003253
CIMB Mohd Fazli Ismail1 2420000011101

Pelaburan Dalam Ilmu Pengetahuan.......Bersama PAKAR-PAKAR PELABURAN...sapa lagi kalau bukan

1) YBhg. Dato’ Mohd Salleh bin Abdul Majid
Bekas Pengerusi Bursa Saham Kuala Lumpur
(sekarang dikenali sebagai Bursa Malaysia)

2) Prof Dr Ahameed Kameel Mydin Myra
Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan ,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia...

3)Mr. Louis Ng,Pengerusi Eksekutif,
Tokey Emas Public Gold
Public Fine Gold International Sdn Bhd

4)Pn. Nik Mahani Mohamed
Pengarah Eksekutif,
Kelantan Golden Trade Sdn Bhd(Pengeluar Dinar Kelantan)

5)En. Syukor Hashim (Maha Guru EMAS)
Admin www.jutawanemas.com - Blog yang menyingkap kepentingan emas dan cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia..........
So......tunggu apa lagi???? book la sekarang....




Ingat Emas Ingat Pokli

Read more...

03 January 2010

Berakhir Tahun 2009 dan Selamat Datang Tahun 2010

Salam

belum terlambat lagi pokli ingin mengucapkan selamat tahun baru.....tahniah, moga2 tahun baru ini kita sama-sama bekerjasama untuk keluar dari RAT RACE dan menjadi financial freedom...tu je matlamat utama...kena keluar daripada COMFORT ZONE dan mencabar diri sendiri menjadi yang lebih baik dari tahun lepas.


Kalau tengok perkembangan hari demi hari...bulan demi bulan...tahun demi tahun...banyak perkembangan terkini yang telah terjadi ke atas diri kita....yela makin ramai orang dah sedar kepentingan menyimpan / savings untuk TABUNG kecemasan masing-masing......So......Pada pendapat pokli.....setiap orang ada cara dan matlamat masing2....nak LOCK kekayaan...kalau dulu cara pokli beli hartanah.......lepas tu ada duit lebih....duit komisen...duit gaji....duit Durian runtuh pokli akan invest/simpan dalam Harta yang ada Capital Gain.........harta yang kita simpan akan naik nilainya...seperti Hartanah + Emas.....so......pokli bayar rumah perabisssss.....dan refinance rumah tu.........tapi proses tu agak lama la........sbb melibatkan ramai pihak...lawyer.....bank....tapi kita dah ada matlamat yang jelas dan jitu kita buat je la....FOCUS......"Forget Other Commitment Until Success"......


Sejarah Tahun 2009...

-harga emas naik sehingga 37%.......best buat untung masa tuh....

-kejayaan membeli beberapa rumah lelong.....buy low sell high....beli 82k...jual 135k...vista M di puchong
+ve cash flow bagi hartanah yang di beli .....bayar bulanan rm200...sewa Rm450 & rm500.....+ve cash flow yang dapat pokli guna untuk beli lagi emas pelaburan ;)

-Senarai Agen di bawah rangkaian PWM dah ada 62 orang.....tu beli yang Sub Agent....Sharing Profit...."Sharing is Caring".....

-tambah network dan pelaburan yang menjana pendapatan lumayan...alhamdulillah......pokli berjumpa ramai orang yang baru setiap hari melalui Facebook....blog....forum......facebook group....wow....mmg best.....pokli berkongsi camna nak jadi kaya dan berjaya melalui apa yg pokli dah alami.......termasuk jumpa orang yang terlibat dengan MLM....hehehehe...apa lagi cabuutttttttt............pokli mmg tak minat MLM.......taja orang...jual barang.....jual produk.....hehehehe.......mmg betul join MLM kena tambah aset..kena tambah stok....tapi stokk yang susut nilai......buat apa......baikkk pokli beli hartanah dan emassssss...tu jeee.......so...nak financial freedom kena ada pasif income melebihi PERBELANJAAN.....contohnya.......paling senang......ada ada emas 1 kilo......beli masa awal 2009 harga RM100k.......tapi harini 3/1/2010 harga sekilo emas adalah rm132k.......apa lagi..jual je la emas tu........dah dapat pulangan berganda2...jual kat sapa??? jual la kat pokli dan agen2 pokli.....kami membeli balik emas2 yang tuan2 dah dapat capital Gain la.....hehehehehe.........

-hadiri banyak seminar dan talk pasal pelaburan dan motivasi.......untuk pengetahuan anda....pokli dah melabur duit yang begitu banyak untuk diri pokli sendiri hadiri seminar dan Majlis Ilmu untuk memantapkan lagi Ilmu di dada......antaranya pokli pergi ke Kursus Rahsia Tarikh Lahir ......Seminar Perniagaan Emas.....Kursus Keusahawanan...Seminar Bebas Hutang (OD/ASB)....Kelas Pemasaran Online...pendek kata.....Ilmu tu la yang pokli gunakan untuk mendapat lagi kefahaman tentang pelaburan....pemasaran......bebas hutang...pengurusan kewangan dan lain-lain......sambil tambah kenalan dan kawan2

-Bermain / Implement games Case Flow 101......games ini banyak membantu bagaimana nak keluar dari Perlumbaan Rat Race ..yela setiap hari kita dapat Gaji.....kena bayar bil....bayar....cukai......belanja dapur......installment kereta.....cukai tanah.....belanja anak2....mcm2 laaaa........yang buat duit kita keluar dari poket....duit yang Leburrrrr.....................dengan games ini yang pokli belajar/beli dengan Sifu Hafizal (juru Ukur) dan alhamdulillah dah keluar daripada Rat Race dengan Cepat......yellaaa....implement konsep seperti OD/ASB....+ve cash flow hartanah......pasif income Emas.....KOLUM Aset yang menjadikan Net Worth Pokli menjadi 1 juta......(Aset - Liabiliti)...... Rm2 juta - 1 juta......so dah jadi jutawan laaaa........aset tolak liabiliti...tapi bukan jutawan dalam bentuk CASH....jutawan dalam bentuk Aset.....dalam bentuk hartanah dan EMAS.....semua pokli belajar teknik Umpilan.....Rempit......dan Leverage.........

-Konsep "Pay Your Self First"........kalau kita dapat gaji......kita savings utk diri sendiri dulu.......contoh macam menyimpan 1 dinar setiap bulan sebagai satu tabung jangka masa panjang........

-Daftar syarikat di SSM - Pokli Wealth Management.......syarikat ini adalah untuk manage kekayaan pokli dalam hartanah dan emas......bukak akaun bank dan transaksi yang ribu-ribu setiap hari...yela2..tiap2 hari orang bank in duit kepada pokli untuk beli emas.....sewa rumah....seminar.....mmg syok...senang buat Loan kat bank......

-Bayar Zakat 2.5% dari sumber pendapatan + perniagaan Pokli+Emas.....alhamdulillah dapat menunaikan KEWAJIPAN....

Plan tahun 2010...

- ada CASH in Hand 1 JUTA Ringgit Malaysia.......bagaimana caranya??? kena jual semua aset2 yang ada...seperti buy low sell high...........beli flat rm40..jual rm70k......ada 5 bijik pokli jual dah ada cash rm100k...pastu beli emas banyakkkkkk2222..........tahun ni pulangan emas akan naik kepada USD1500...........baik lock cepat2......

-kena tangguh dulu kemewahan untuk diri sendiri....contohnya Impiam nak beli kereta BMW x6......yang bernilai RM590k...........kena hold dulu....kena make sure duit ada dan rempit secukup2 dan implement OPM utk beli...pokli dah ada plan...tapi tunggu

-tangguh dulu percutian ke luar negara dan dalam negara semata2 nak TANGGUH....bukan tak nak pergi.....sebab pokli dah melancong banyak dah.....dah pergi Turki....Bahrin.....Europe....Taiwan....China....Shanghai...Singapore.....Jakarta.....kena put on HOLD....sbb mmg nak pergi tapi nak ke LONDON dan Paris pulak.........budget rm10k seorang.....

-tambah network/agen di bawah Rangkaian Pokli Wealth Management kepada 1000 orang.......yela....tahun 2009 dah ada 62 orang............setiap hari 10 orang agen........mmg best....share what ever profit yang ada......sharing is caring..............

-guna duit ASB yang boleh dikeluarkan pada 4/1/2010 dan beli emasssssssssss.......yela......simpanan asb pulangan 7.3%............baik pokli beli emas..............alhamdulillah sekarang dah ramai orang sedar dengan kepentian melabur dalam emas........

-banyak lagi plan yang pokli nak buat...yang tu kena tulis dalam personal diary dan white board di Rumah pokli.......kekekekekeke....


Sekali lagi pokli nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang mengucapkan Takziah atas pemergian Ibu mertua pokli  Allahyarharmah Hajjah Zainun Binti Ismail yang Meninggal Dunia pada 30 December 2009 jam 2.15 pagi........semoga Rohnya kekal bersemadi dan dicucuri rahmat darimu Ya Allah....

Pokli masa balik Terengganu sempat bermalam di Homestay milik sepupu isteri pokli.......sebab nak tidur rumah mertua dah penuh dengan sanak saudara.......ni antara salah satu projek PENCEN pokli nak ceburi...mempunyai Homestay yang pokli ada "share" di dalam itu....pada kawan2 yang nak menginap di homestay di Terengganu boleh datang ke sini..harganya mmg murah...RM80 je satu malam untuk Double Bed........rujuk http://rumahrehatdayabakti.blogspot.com/

okla....jom sama2 kita Kayakan diri kita sendiri...............buat apa nak kayakan orang lain...baik kayakan diri sendiri..nak belajar??? boleh tanya pokli

Ingat Emas Ingat Pokli
019-6645066

Read more...

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP