JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

28 March 2015

Promosi Dealer Kepada Student Sahaja

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera


Kami nak maklumkan yang pihak Kami mengadakan promosi khas utk meeaka yang bergelar student sahaja.(ada kad matrik).... promosi ini akan berakhir pada 30/4/2015...


Syarat-syarat adalah

1. Membuka akaun GAP (jika nak tahu pasal GAP boleh klik sini).



2. Minima utk buka akaun sebagai dealer adalah 4gram. Tiada had maksimum. Harga semasa 1gram harini 28/3/2015 = RM150/g emas 999.9...rujuk harga semasa dan berubah2 setiap hari di SINI

3.Apabila buka akaun GAP anda boleh withdraw mengikut saiz yang anda kehendaki..boleh top up dalam akaun GAP min RM100 @ gandaan RM50..atau gram yang terkini..tiada HAD maksimum

4. Anda yang kami pilih akan berpeluang berniaga dan menjadi usahawan kecil kecilan dan boleh jual / beli emas & perak keluaran Public Gold di kawasan anda...contoh Universiti , Kolej, IPTA, IPTS, MARA, KPTM, Hospital


5. Tarikh promosi ini bermula 27/3/2015 sehingga 30/4/2015

6. Syarat kelayakan adalah Pelajar tidak kira muda @ tua janji ada Kad Matrik....Ibu Bapa Penjaga boleh buka akaun GAP utk anak2 di bawah jagaan mereka.

7. Kelebihan menjadi dealer kami adalah setiap urusniaga anda mendapat Sales Insentive Program (SIP)  jualan 1% atas belian emas dan jual balik 0.3%..anda juga berpeluang mendapat SIP "car fund" dan SIP Percutian Keluar Negara

8. Sebarang pertanyaan boleh whatsapp kami  017-6665497 , Telefon Wisma 06-630 7797 @ email admin@pokli.com

9. Melalui akaun GAP anda boleh withdraw bila-bila masa dan pelbagai saiz emas LBMA keluaran Public Gold contoh 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g.


10. Gold Premium dikenakan apabila ingin mengeluarkan emas & perak


11. Arrange appoitment utk withdraw GAP dgn kami @ *** pos laju (atas risiko sendiri)




Read more...

24 March 2015

produk baru 250gram LBMA kalis GST 6%

assalamualaikum w.b.t

Sempena minggu terakhir dan selepas 1 april 2015 anda akan dikenakan gst 6% atas jual beli emas
saya nak update beberapa perkara

1. belian emas ketulenanan 995 ke atas dan LBMA sahaja yang tidak dikenakan gst

 rujuk lampiran ini

2. Emas yang di jual oleh kami adalah ketulenan 999.9 dan status LMBA dari 1g, 5g, 10 g, 20g , 50 g, 100g, 250g .....boleh buat tempahan sekarang melaui kami telefon 019-6645066 @ datang ke wisma pokli di seremban 2




3. jual balik emas pun akan dikenakan GST...mulai 1/4/2015 anda jual emas kepada kami akan dikenakan gst 6%....dan spread emas termasuk gst adalah 10%.......akan mula di paparkan pada website INI pada esok hari 25/5/2015. saya baru je jual stok2 lama dan akan ditukar kepada stok LBMA utk mengelakkan gst 6% ke atas IPM.


4. sebarang persoalan boleh PM atau whatsapp pokli 019-6645066 atau follow saya di FB




Read more...

20 March 2015

#GST ke atas emas, perak dan platinum mulai 1 April 2015

Assalamualaikum

tinggal beberapa hari lagi negara kita malaysia akan mengenakan GST ke atas jual / beli emas, perak dan platinum....

kesan - kesan gst ke atas emas

permintaan sehingga 1/4/2015 - tinggi....ramai berlumba2 membeli emas di sebabkan penjual2 emas seperti kedai emas membuat promosi supaya anda memiliki emas sebelum dikenakan gst.


Gambar ini contoh di sebuah kedai emas membuat iklan penjimatan hebat sehingga 31 mac 2015....apabila masuk bulan april....anda ingin membeli emas contoh 100g di kedai emas...harga semasa adalah RM180...dan anda perlu bayar RM18,000 + upah + GST %

Harga Emas Semasa 999.9 = Rm18,000.00
Upah = cth RM300
GST 6% dari RM18,000.00 = Rm 1,080.00
jumlah RM19,380.00

wahh....ini sudah menjadi masalah kepada pelabur dan penyimpan emas...kan?

ok ini adalah contoh senarai emas, perak dan platinum yg tidak dikenakan GST....baca link ini
http://www.treasury.gov.my/pdf/gst/gst_kecuali.pdf
tgk m/s 19

Harga emas tak naik disebabkan GST, tapi pembeli emas di Malaysia perlu bayar caj tambahan GST sebanyak 6%. Harga emas naik turun tak ada kena mengena dgn ekonomi Malaysia, tapi ia bergantung kpd perkembangan ekonomi dunia terutamanya yang memberi kesan langsung kepada matawang US Dollar.
.
Mulai 1 April 2015, kesemua emas yang dibeli di Malaysia akan dikenakan caj GST 6% kecuali;
.
1. Emas LBMA (Public Gold, Pamp Suisse, dan jenama antarabangsa lain)
.
2. Kijang Emas BNM (dijual di Maybank)
.
Bagi emas yang dikenakan GST, ia tak lagi menarik untuk tujuan pelaburan sebab; (1) kita perlu bayar kos tambahan 6% GST, dan (2) spread akan dinaikkan disebabkan pekedai emas juga terpaksa tanggung GST bila mereka berjual beli sesama pekedai / peniaga emas.



bila dikenakan GST......duit tu adalah utk pembangunan negara kata PM...fast action fast result....jadilah pengguna bijak dan berilmu

nak tengok dan belian emas murah RM148 segram boleh buka link ini----> lebih lanjut boleh buka LINK ini

p/s - 1gram emas Public Gold keluaran sempena hari raya..boleh di jadikan duit raya buat saudara mara, anak2 dan kawan2...



Read more...

05 March 2015

Peluang menanti kepada pembaca blog pokli

Kisah Arnab dan Kura-Kura (Versi Pokli)



Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal digarisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.






Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur. Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.


Pengajaran : Perlahan-lahan dan konsisten membawa kejayaan. 
(Biasanya cerita ini akan berakhir disini, tetapi kali ini cerita ini bersambung...)





===============================================================

Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab

kekalahannya kepada Sang Kura- kura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa. Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju. Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.


Pengajaran : Pantas dan konsisten dapat menewaskan perlahan-lahan dan konsisten. Jika dalam syarikat anda, terdapat seorang pekerja yang lambat dan konsisten dan seorang lagi pantas dan konsisten. Sudah tentu, individu yang pantas dan konsisten akan menjadi pilihan kita. Lambat dan konsisten adalah baik tetapi pantas dan konsisten adalah lebih baik.


===============================================================


Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-

kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah format perlumbaan. Setelah berfikir panjang. Sang Kura- kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.






Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang. Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan,
setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura menang.

Pengajaran : Kenalpasti kelebihan diri anda, cebur dalam bidang yang anda mempunyai kelebihan. Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang membuat kiraan stok. Tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam bidang pemasaran. Cebur bidang tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.


===============================================================

Kisah ini belum berakhir lagi....


Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka. Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan. Perlumbaan dimulakan. Sang Arnab mendukung Sang Kura - kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya. Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.


Pengajaran : Walau sehebat mana pun seseorang individu, pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik berbandingnya. Oleh yang demikian,adalah bagus kita bekerja dalam satukumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.


===============================================================

Berdasarkan cerita di atas.Pokli Wealth Management Sdn Bhd mencari individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Wisma Pokli Seremban 2. Matlamat kami adalah untuk sama-sama kaya dan berjaya dalam satu syarikat yang teguh bernaung di bawah teamwork yang efektif.Sekiranya ada individu yang kami cari atau ada yang anda boleh rekemen kepada kami , sila war warkan ye


Kekosongan bahagian
1. Pengurusan Perniagaan
2. Pengurusan Pentadbiran
3. Sales & Marketing
4. IT
5. Kewangan

***** Fresh Grad pun boleh memohon



pada yang berminat utk timba ilmu dan belajar dalam bidang perniagaan emas dan perak boleh menyertai kami. boleh email resume anda kepada admin@pokli.com atau hubungi saya 019-6645066.

Read more...

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP