JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

04 April 2018

Kisah Aku Berlawan Dengan DIri Sendiri - Pengurusan Berat Badan



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt.

3.10.2017-3.4.2018, genap 6 bulan den mengamalkan diet kalori (defisit kalori)... rasa insaf selepas jumpa doktor dan doktor sarankan buat pembedahan kerat usus (yeke nama dia) kat hospital tuanku jaafar seremban... siap buat surat rujukan lagi.. doktor pun friend den kat fb ni jgk 🤣🤣🤣... huhuhuhu lagi la den tgk anak kecik2 lagi kalau kena penyakit 3 serangkai ke.... haru biru.... jadi mula timbul insaf dalam diri dan start cari ilmu2 berkaitan.. tak sanggup den nak potong perut2 yg Allah dah bagi pinjam ni... semata2 nak kurus... biar tak pun..... takkan takde cara lain kan....Pelbagai halangan, rintangan serta dugaan yang den terima sepanjang berdiet sebelum den berjaya turunkan berat badan dari 160kg ke 117 kg dan buang 43kg dalam masa 6 bulan. Disini den ingin kongsikan khas buat anda tips dan cara den berdiet. Semoga bermanfaat 😊.

Nak turunkan berat badan ni, paling penting kena jaga pemakanan. Senaman perkara kedua. Den punya coach cakap...80% pemakanan dan 20% senaman....Kemudian kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Kena disiplinkan diri. Kena kuat melawan nafsu. Dan kena tahu dan set goal kenapa kita nak kurus. Bila da set baru ada semangat utk kurus kan.... org puteh kata THE BIG WHY???

30 tips dari den utk manafaat anda semua. Boleh sedut ilmu ni dan jadikan ilmu ni sebagai tujuan utk memudahkan melakukan ibadah.... solat... umrah... haji... bekerja... tolong orang pun ibadah jgk.... 🤣🤣🤣

1. Nak kurus, breakfast jangan tinggal, WAJIB! Waktu yg terbaik adalah antara pukul 7am-8am. Selalunya menu den sandwich telur rebus atau telur setengah masak 2 biji bersama roti wholemeal/purple 2 keping. Kalau rajin lepak kedai mamak pekena rawa thosai.... kalau kat seremban 2 boleh pekena di maulana sebelah bomba s2.... padu rawa dia.... dah dan kari jangan la ambik... biasa bawa bekal salad 🤣🤣🤣 malu apa...

2. Tidur kena cukup. Sekurangnya 6-8 jam. Jangan terkejut dalam tidur pun kita bole bakar kalori. So waktu tidur kena jaga. PENTING!... pakai jam kesihatan (garmin, fitbit, amizfit) kita boleh collect data berapa lama/jam kita tidur... deep sleep.. light sleeps.. ala invest la sikit dalam 1-2 dinar buat beli ⌚️.. den suka guna dinar sebagai matawang... senang nak budget..jam tu tu bagus utk kira kalori yg dah bakar masa tidur...woooo tidur pun bakar kalori...kalau berlari...berjalan...berenang lagi la boleh check berapa kalori bakar.......

3. Den makan dalam 5 atau 6 kali sehari. 3 menu utama dan 2 atau 3 menu sampingan (snack). Tapi snack tu bukan keropok ye. Tapi kadang2 ambik jugak.. tak tahan wooo... maklumla org kelate.... keropok keping berpisah tiada.. tapi boleh masuk dlm microwave utk goreng tanpa minyak.. sedap jgk...try la.. snacking Mengikut keperluan kalori badan anda. Kalau boleh ambik 2 jari snack mcm badam/kacang.

4. Air manis & gula memang tak ambil langsung. Ada beza ke???? Sila cerai talak 3 dengan gula , minuman 3 in 1 & air bergas (soft drinks), tinggi gula.... talak 3 yer....!!! kalau tak tahan jugak korang ambik la stevia

5. Minum banyak air kosong. Kalau ada budget beli air alkali.(coway/ cukkoo/ AO water) Setiap 30kg berat den bersamaan 1L air. Contoh, kalau berat kita 160kg mcm den dulu 😊 kena minum sehari 160/30=5.3333L air setiap hari. Bundar kan jadi 5L la, xyah la nk berkira sgt dgn 0.3333L tu 😂beli botol letak tepi meja /kerusi kita @ jadi BFF utk thn 2018 ni.

6. Perbanyakkan makan buah-buahan & sayuran hijau. Jaga jugak portion... bukan bedal sekilo anggur... 10 bijik apple/jambu/oren plak🤣🤣🤣 Tapi jangan pula makan buah tu letak asam ye, pengambilan garam juga kena jaga dan kalau bole elak menggoreng sayur, rebus ye buat sup sayur @ celur... biasa celur carrot.... celur peria @ brokoli

7. Ramai org diet elak nasi, kata nasi menggemukkan. Sebenarnya nasi tidak menggemukkan jika kita bijak mengawal pengambilannya. Lagipun kitakan org Malaysia 🇲🇾 tak boleh tinggalkan nasi 😊. So nasi den makan waktu lunch @ dinner sahaja. Ambil segenggam atau sesenduk saja, jangan lebih sebab nasi tu karbo. Segenggam atau sesenduk nasi bersamaan lebi kurang 150 kcal. Atau sepenumbuk pun oK.. cuba ctrl tang ni dulu 🤣🤣🤣elakkan kuah byk sbb bila dah berkuah.. nak bertambah nasi.... nasi x salah yer... yang salah kuah...🤣🤣🤣🤣 makan sayur dulu.. diikuti lauk pastu baru nasi.... acu cuba try test tgk menjadi ke tak?
So, kena kawal pengambilan gula dan karbo. 2 benda ni kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat BESAU & SIHAT 😬. Nauzubillah... tobat tak nak dah gemoks balik...

8. Roti? Boleh je kalau nak makan roti tapi elak makan roti putih. Sebab GI tinggi.... GI tu apa?? glysemik Indeks...skala ukur tindak balas gula dalam darah daripada makanan jenis carbohidrat. Sebaiknya makan roti wholemeal. Contoh roti gardenia yg hijau/purple tu. Tapi setiap meal utama limitkan kepada 2 keping sahaja. 2 keping pun da 154 kcal. Jgn pulak 3-4 keping yer.... jaga portion!!!

9. Elakkan pengambilan mee kuning dan kueh teow sebab makanan tu berminyak. Bihun ok tp jgn dibantai bihun goreng pulak 😂 bihun sup ye atau tom yam. Padu jugak tu...
10. SANGAT PENTING! Elakkan makanan bergoreng, berminyak, berlemak, makanan segera (fast food) McD 🍔, KFC 🍗 & sewaktu dgnnya. Elakkan juga makanan dalam tin & makanan yg telah diproses spt daging burger, nugget dll. Semua tu feberet tu 😜 cukup cukup la.. dah 41 tahun makan kfc... x puas lagi ker...🤣🤣🤣🤣

11. PROTEIN. Saya selalu makan ayam, ikan dan daging kadang2. Saya makan yang grill atau steam sahaja. Selalu suruh wife buat sup sampai wife pun naik boring 😂. Yang goreng2 elak ye. Kalau nak goreng pakai kuali tefal.... letak minyak zaitun... ok la jgk...

12. DINNER. Ini pun penting. Jangan skip makan malam. Sebaiknya makan sebelum pukul 8pm. Kalau sebelum nak tidur (selepas 3 jam makan malam) terasa lapar, bole minum susu rendah lemak (susu HL) atau air kosong (jimat kalori).

13. SENAMAN? Selalunya saya buat masa weekday 1 jam dari 8.30mlm -9.30mlm... dgn #teamwarriorsfitcamp korang tgk # tu kat IG @ FB... buat xtvt HIIT, spartan, metapower, metafit,berenang,  berlari sejauh 6km... biasa bakar kalori dalam 500-1000 setiap kali. Boleh buat 2 atau 3 kali seminggu. Buat senaman kardio atau workout/lari beramai2... seorg kat rumah mmg tak la.. naik treadmill comfirm la tak 🤣🤣🤣🤣. Saya tak pernah pergi gym. Pergi aritu pun sbb ada class belajar gym... free session... Kalau anda nak pergi terpulang 😊.

14. Ramai yg bertanya, ubat apa yg den ambil utk turunkan berat badan. Terus terang den memang tak ambil apa2 ubat. Den berjaya turunkan berat badan pun tanpa penggunaan ubat-ubatan atau supplement. Doktor selalu promote #perangmelawanmitos .... #melayudansupplimentberpisahtiada 🤣🤣🤣🤣 ... suka hati korang la...

15. PUASA. Ramai yg tahukan puasa juga salah satu diet yg terbaik. Selalunya bila tiba bulan Rejab, Syaaban , Ramadhan & syawal mulalah berazam nak diet utk kurus. Puasa juga bagus utk mengimbangi kandungan gula dalam darah. So bolehlah berjinak berpuasa sunat setiap hari isnin & khamis. Kalau bole buat semua puasa2 sunat yg ada lg bagus. Puasa juga mendidik kita mengawal nafsu jika kita ikhlas kerana Allah. In shaa Allah! Doktor yg pernah merawat den pernah rekemen puasa Nabi Ayub...puasa selang sehari... puasa sehari pastu makan camna biasa... pastu puasa plak....

16. INGAT! Sebelum kita mulakan diet pastikan kita check terlebih dulu berapa keperluan kalori kita dalam sehari utk kita turunkan, kekalkan atau naikkan berat badan. Anda bole check di sini http://www.calculator.net/calorie-calculator.html
Pastikan anda defisit kalori..... contoh keperluang kalori anda 2700 sehari... cuba kurangkan@ defisit sebanyak 500-700... ambik 2000 kalori je sehari.... defisit 7700kalori....anda boleh turunkan 1kg berat anda!!! Padu tips ni.. cuba la

17. Ambil tahu nilai kalori setiap makanan yg kita ambil. Nak diet ni kena rajin, tak boleh malas. Kena pantau pengambilan kalori setiap hari untuk kita kekal dalam landasan. Boleh la install di telefon bijak anda apps “MyFitnessPal” utk kita kira dan pantau kalori kita setiap hari. Contoh segengam nasi 150kalori... seketul ayam dada bakar dlm 200 ... sayur 70kalori.

18. STRESS. Cuba elakkan dari stress kerana stress bole jejaskan program diet kita. Macam den dulu kalu den stress den suka makan atau mengunyah. Jadi memang amalan yg tak bagus. Kalau rasa nak marah atau stress cubalah beristifar, in shaa Allah 😊. Kurang ambik makanan bergula @ masin dapat kurangkan stress... sbb makanan mcm ni sedap.... lepas makan tak cukup.... pastu tambah lagi... mmg stresss betul la....

19. Jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya diberi kekuatan, semangat serta istiqomah dalam program diet anda dan dalam apa perkara sekalipun. Apa2 pun semuanya dengan keizinan dari Nya ☺️. Kalau berpeluang pergi ke tanah suci... cuba berdoa mohon agar diberi Allah swt berat yg ideal... sihat tubuh badan agar senang melakukan ibadah!! Tak pun bangun tgh malam.. solat tahajud/ taubah & hajat mohon secara istiqamah.... acu cuba try test...
2
0. Sila mencatat (take note) pemakanan 80% dan senaman 20%, so jagalah pemakanan. Jika kita bersenam tapi pemakanan tidak dijaga mmg ke laut la diet kita tu 😂.. contoh dah berlari 5-6km pastu lepas lepak dgn kawan2 pekena teh ais padu.. maggi goreng @ mee goreng mamak ayam... mmg susah la yer.... nak berjaya MESTI ada M- mentor , E- elmu , S-sistem , T- tindakan, I- Impian.. tahu dah kan???
Impian den nak join IRONMAN langkawi... Impian tu kan percuma je.....berani tak?
https://www.youtube.com/watch?v=GnsRrlEb2y8

21. Sebagai tips tambahan, adakan 1 meal menipu (cheatmeal) bukan menipu org ye 😬 menipu diet anda.bukan cheat day.. satu hari tipu mmg susah jgk... ambik meal la dulu.... takut sehari anda bedal beribu kalori susah jgk... ambik 1 meal yg kurang khasiat sebagai upah... nak makan nasi lemak ke... kfc ke.. domino ker.... apa2 la yg anda suka.... So pada hari tu kita bole makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yg terkawal. Saya buat sebulan sekali sebagai reward setelah penat lelah kita berdiet. 🤣🤣🤣🤣

22. Ada tak orang nak tanya berapa dinar dah abis untuk turunkan berat badan macam ni? Sebab nak kena belanja besar jgk la utk sediakan kelengkapan beli makanan, peralatan, gadjet utk sokongan.... kena ada dana jgk tau... bukan free.... gaji coach pun kena bayar per jam 🤣🤣🤣🤣🤣 mesti korang lupa nak masukkan budget dalam diet plan korang kan.... !!! jangan lupa yer....makanan sihat ni agak mahal berbanding makanan yg berkalori tinggi ni agak murah di kedai2

23 hingga 30 kita sambung lain kali la
Atau jumpa dgn den secara personal boleh la den kongsi.. ponek dah jari ni menaip 🤣🤣🤣🤣apa2 pun boleh la PM den nak tanya soalan pasal ni... den biasa letak rewards pada diri den contoh kalau berjaya turun 10 kg den bawa diri ini ke oversea makan angin... kalau 90kg turun bagi hadiah basikal... turun 20kg bagi hadiah jam garmin.... bagi turun hingga 70kg bagi hadiah emas 250gram.... OK tak????
Diharap dgn sedikit tips dan pengalaman yang den kongsikan ini dapat memberi motivasi kepada anda yang ingin turunkan berat badan & hidup secara sihat, in shaa Allah.

gambar kawin pada tahun 2000...........lepas kawin 18 tahun.......hehehehe tak muat baju pengantin tu...korang bayangkanlah camna perasaan kami.......hhuhuhuhuhu
tapi pada tahun 2018
oppss....lupa pakai sampin.......butang baju melayu aku mana yahhhhh ??

Sekian, terima kasih 😊
P/s- terima kasih pada kawan2 yg bagi ilmu, coach yg guide, mentor yg tunjuk jalan. Family yg support & tegur. Kawan2 WFC & JK1x yg sekepala. Team lari @ cycling yg bakar tiap2 hari .. ada ke diaorg pm status berapa km dah lari @ cycling hari ini. Berapa kalori dah bakar. Mana boleh tahan bah!!!
choachsyafiqchapx


Read more...

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP