JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

03 July 2015

DVD Full Version Telah Sedia utk dimiliki

Assalamualaikum w.b.t
 maha suci Allah....bulan yang mulia ini dapat sama2 kita fokus kepada ibadah puasa...dan mendirikan ibadah solat fardhu serta sunat tarawih....alhamdulillah....moga Allah limpahkan ketakwaaan dan keimanan dalam sanu bari kita dan Allah tidak balik balikkan Imannya...amin.....




OK....pokli nak umumkan berita gembira.....


DVD Full Version Top Secret : The Gold Empire Strategy Revealed . telah siap untuk dimiliki dan boleh dapatkannya

Rakaman DVD seminar bersama pokli....selama lebih kurang 2jam +- beserta tips, teknik, 

strategi Pelaburan dan perniagaan EMAS anda boleh dapatkan sekarang.



setiap belian DVD akan mendapat percuma Cash Voucher Rm50 (terhad kepada 50pcs sahaja) dan Pihak Pengurusan Bersetuju setiap kutipan jualan DVD akan di dermakan kepada Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi (MTFAW) - Membantu seramai 41 orang anak yatim piatu, orang susah & anak2 mualaf mendalami ilmu agama dan madrasah ini memberi pendidikan percuma kepada anak2 fakir miskin, anak2 yatim , mualaf dan lain2 secara percuma. insya Allah semoga mendapat keberkatan dari usaha kita semua . amin. Berminat utk dptkan DVD ini boleh hubungi 06-6307697 , 017-6665497 @ 019-6644066 www.pokli.com 





Sila buat bayaran RM97.00 kepada akaun maybank Pokli Wealth Management 555171003253 dan boleh hantar maklumat anda seperti Nama, Alamat POS , Telefon serta bukti bayaran. 019-6645066 

Read more...

01 July 2015

Greece Kehabisan Wang Tunai Dan Ini Apa Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Drachma, matawang Greece telah digantikan dengan Euro pada tahun 2002 selepas menyertai European Union (EU). Penggunaan matawang euro itu telah meningkatkan keyakinan pelabur ke atas perkembangan ekonomi Greek.
  • European Union (EU) ialah kesatuan politik-ekonomi 28 negara yang terletak di Eropah. Ia terdiri daripada institusi seperti European Commission (EC), Council of the European Union, European Council, Court of Justice of the European Union, European Central Bank, European Court of Auditors, dan European Parliament.
Pada Disember 2004, European Commission telah mengeluarkan amaran rasmi kepada Greece selepas mendapat tahu pemalsuan data status kewangan negara dimana perbelanjaan melebihi pendapatan bagi menyertai keahlian eurozone. Kerajaan Greece mengakui defisit tidak pernah berada di bawah 3pc sejak 1999 seperti mana peraturan yang telah ditetapkan oleh EU di dalam kriteria penyatuan Maastricht .
  • European Commission (EC) iaitu sebuah badan eksekutif European Union (EU) yang bertanggungjawab mencadangkan undang-undang, melaksanakan keputusan, memartabatkan perjanjian EU dan menguruskan urusan seharian EU.
  • Eurozone ialah nama rasmi bagi kawasan Eropah yang menggunakan matawang kesatuan, Euro. Ia terdiri daripada 19 buah negara seperti Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Portugal, Slovakia, Slovenia, dan Sepanyol.
Walaupun kewangan Greece tidak menentu, kerajaan Greece tetap menganjurkan Sukan Olimpik 2004. Perbelanjaan kos yang tinggi menekan kerajaan Greece.
Eurozone

Krisis hutang negara Greece bermula pada tahun 2009 dan masih berlaku sehingga kini. Dari Oktober hingga Disember 2009, credit rating Greece diturunkan oleh agensi-agensi perkhidmatan kewangan seperti Fitch, Standard & Poor’s dan Moody’s. Ini semua terjadi kerana bertahun-tahun kerajaan Greece cuai dalam perbelanjaan dan pinjaman.
  • Credit rating ialah penilaian ke atas risiko kredit penghutang bagi memenuhi komitment kewangan negara berdasarkan urusan terdahulu. Ia juga merujuk kepada kebolehan peminjam untuk membayar balik hutang pinjaman.



Maka, George Papandreou, Perdana Menteri baru waktu itu telah mengambil langkah pencegahan dengan mengumumkan satu program yang akan memotong perbelanjaan untuk rakyat. Tindakan kerajaan Greece mengumumkan dua lagi langkah-langkah penjimatan yang sukar antara Januari dan Mac 2010 telah menimbulkan bantahan dan mogok besar-besaran. Antara pelan yang diumumkan ialah peningkatan cukai GST dan cukai rokok dan alkohol, peningkatan harga gas, pembekuan pencen dan had maksima bagi gaji kakitangan awam.
Krisis semakin genting, pada 23 April 2010 Papandreou telah meminta secara rasmi pakej bantuan kewangan kecemasan yang melibatkan penyertaan European Union, European Central Bank (ECB) dan International Monetary Fund (IMF). Susulan itu, pada 2 Mei 2010, €110 billion telah diberikan kepada Greece sebagai satu pakej bailout di atas persetujuan bersama Papandreou, IMF dan pemimpin-pemimpin eurozone.
Sekiranya Greece gagal membayar balik pinjaman, ia akan membahayakan negara-negara EU yang lain. Bagi menghalang risiko kegagalan Greece membayar hutang sekiranya itu berlaku, pemimpin-pemimpin Eropah termasuk IMF, ECB dan EU bersatu membentuk ‘Troika’ bagi melindungi eurozone daripada krisis Greek. Bagi mencapai objektif ‘Troika’, Greece mesti bersetuju dengan rela hati dan mempunyai kebolehan untuk penstrukturan semula.


Bagi memenuhi syarat pinjaman, kerajaan Greece telah mengumumkan pakej penjimatan ketiga yang melibatkan:
1. Pemotongan 8% elaun sektor awam.
2. Had sektor awam sebanyak €1,000 diperkenalkan kepada bonus dua kali setahun dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang berpendapatan lebih €3,000 sebulan.
3. Had €500 sebulan kepada bulan ke-13 dan ke-14 bagi gaji pekerja awam, dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang menerima lebih €3,000 sebulan.
4. Had €800 sebulan kepada bulan ke-13 dan ke-14 bagi ansuran pencen dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang menerima lebih €2,500 sebulan.
5. Pemulangan cukai istimewa ke atas pencen yang tinggi.
6. Mengenakan cukai yang luarbiasa ke atas keuntungan syarikat.
7. Peningkatan nilai hartanah (dan cukai tinggi).
8. Peningkatan tambahan 10% untuk semua kereta import.
9. Perubahan bayaran pemberhentian kerja dan bayaran kerja lebih masa.
10. Meningkatkan cukai GST
11. Peningkatan 10% cukai ke atas barangan mewah dan cukai ke atas alkohol, rokok dan minyak.
12. Umur pencen pekerja wanita disetarakan dengan umur pencen pekerja lelaki.
13. Mekanisma pemberian pencen diubah mengikut jangkaan perubahan hidup.
14. Dana kewangan stabil dibentuk.
15. Umur purata persaraan pekerja kerajaan ditingkatkan dari 61 tahun kepada 65 tahun.
16. Bilangan syarikat awam dikurangkan dari 6,000 kepada 2,000.
17. Bilangan majlis perbandaran akan dikurangkan dari 1,000 kepada 400.
Pengumuman langkah penjimatan itu telah menyebabkan mogok dan demonstrasi di dua buah bandar utama Greece yang turut bertukar menjadi ganas sehingga melibatkan kematian. Walaupun kerajaan Greece telah menerima pakej bailout dan mengumumkan langkah penjimatan, credit ratingGreek terus menjunam jatuh.



Krisis hutang Greece makin meruncing pada tahun 2011 dengan pelbagai protest, tentangan, dan keganasan yang berlaku di sekitar bandar besar Greece dan di luar bangunan parlimen. Meskipun begitu, pakej penjimatan keempat dan kelima tetap diluluskan oleh parlimen. Ia bermakna lebih banyak tekanan ke atas rakyat Greece. Tahun 2011 turut menyaksikan penstrukturan semula kerajaan dan perletakan jawatan Papandreou sebagai Perdana Menteri Greece selepas pelan referendumnya dikecam.
  • Referendum ialah undian awam bagi satu isu yang memerlukan pandangan orang awam sebelum memutuskan sesuatu keputusan.
Pada 2012 seorang pesara pegawai farmasi telah membunuh diri di depan bangunan parlimen Greece sebagai satu tanda protes menentang politik polisi pengurangan bajet perbelanjaan kerajaan yang melibatkan pemotongan perbelanjaan dan peningkatan cukai yang membebankan rakyat. Dia telah menjadi simbol penentangan rakyat Greece terhadap kerajaan dan mencetuskan pertentangan antara polis dan penunjuk perasaan.



Kebangkitan rakyat telah menyebabkan parti kerajaan kecundang di dalam pilihan raya. Sementara itu, populariti parti haluan kiri yang radikal dan parti haluan kanan telah meningkat tetapi kedua-dua parti itu tidak memenangi majoriti kerusi parlimen. Kerajaan campur yang melibatkan parti New Democracy, PASOK dan DIMAR diwujudkan dan presiden parti New Democracy, Antonis Samaras dilantik sebagai Perdana Menteri Greece pada 17 Jun 2012.


Tukar perdana menteri dan kejatuhan parti kerajaan turut tidak mengubah apa-apa krisis ekonomi Greece. Malah, satu protest yang besar berlaku di luar bangunan parlimen apabila pakej penjimatan keenam diluluskan bagi memastikan Greece terus menerima ansuran daripada perjanjian bailout. Itu menunjukkan ekonomi Greece semakin tenat dan bergantung kepada bantuan kewangan untuk melalui krisis hutang ini.
Pada tahun 2013 pula, kerajaan Greece berdepan dengan masalah peningkatan kadar pengangguran rakyat yang tinggi dan ia merupakan kadar paling tinggi di EU dengan peningkatan sehingga 26.8% dan hampir 60% bagi kadar orang muda yang tidak bekerja. Pada pertengahan tahun 2013, kerajaan menangguhkan operasi penyiaran kerajaan, ERT bagi menjimatkan duit. Protes dan mogok telah menyebabkan ERT dilancarkan semula dua bulan selepas itu.



Barisan kabinet distrukturkan semula lagi sekali oleh Samaras dan meluluskan pakej penjimatan ketujuh termasuk pelan pemotongan gaji pekerja perkhidmatan awam bagi menerima bantuan pakej bailout kedua EU dan IMF sebanyak €130 billion menyebabkan kehidupan rakyat Greece semakin tertekan dan mengamuk di jalanan. Ramai orang Greece juga gagal membayar cukai mereka.
Ada sinar bagi Greece pada awal tahun 2014. Greece kembali ke pasaran kewangan dengan 3 billion Eurobonds. Agensi Fitch menaikan semula credit rating Greece dari gred B- ke B. Greece berjaya mendapat 4 billion dollar dari pasaran kewangan dunia di dalam penjualan bon jangka masa panjang kerajaan. Ia adalah satu langkah penting untuk ekonomi negara pulih.
  • Eurobonds ialah bon kerajaan yang dicadangkan dalam euro secara bersama oleh 19 negara eurozone.
Hampir masuk suku tahun kedua iaitu Mei 2014, kumpulan anti-austerity haluan kiri, Syriza memenangi pilihan raya. Kemenangan itu telah mengubah keseluruhan dinamik politik di Greece. Penstrukturan kabinet baru dilakukan dan Prof. Gikas Hardouvelis dilantik sebagai menteri kewangan. Kegagalan Parlimen melantik presiden baru telah menyalakan krisis politik pada bulan Disember 2014. Sehari selepas itu pasaran saham Greek jatuh 12.78%.
  • Austerity ialah pengurangan bajet perbelanjaan kerajaan yang melibatkan pemotongan perbelanjaan dan peningkatan cukai yang membebankan rakyat.

Pada 26 Januari 2015 Alexis Tsipras mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru dan Yanis Varoufakis sebagai menteri kewangan baru. Mereka berdua daripada parti Syriza (anti-austerity). Trispas berjanji untuk menolak semua perjanjian bailout yang sebelum ini dan mahu satu perjanjian yang baik dan adil bagi Greece.

Ini menunjukkan pakej bailout yang disasarkan sebagai bantuan bagi menyelamatkan krisis ekonomi Greece dilihat sebagai satu konspirasi jahat bagi mengawal negara Greece. Maka, Syriza (Tsipras dan Varoufakis) mengugut EU untuk keluar dari eurozone.
Hutang Negara Greece

Perbandingan Hutang Negara Greece Dan Malaysia


Rundingan pada 20 Februari 2015 membolehkan Greece mendapat empat bulan tambahan bagi pembiayaan. Kemudian pada 4 Jun 2015 Greece telah meminta IMF menangguhkan ansuran ke hujung bulan Jun. Pada 27 Jun 2015 Tsipras telah mengumumkan referendum tentang perjanjian bailout antara Greece dan pemiutang antarabangsa akan dibuat pada 5 Julai 2015. Selepas ECB memutuskan untuk tidak memanjangkan dana kecemasan yang akan menutup peluang Greece untuk menerima €7.2 billion, Greece telah menutup semua operasi bank dan mengenakan kawalan modal. Tindakan itu telah menimbulkan panik di kalangan rakyat Greece.
Greece menghadapi dua pilihan yang akan mempengaruhi hala tuju negara. Pengundi perlu memilih satu daripada dua pilihan yang tidak baik ini pada 5 Julai 2015, iaitu:
1) Undi Ya: Greece boleh menerima permintaan Troika untuk tambahanausterity dan meneruskan penerimaan bantuan dari negara luar, atau
2) Undi Tidak: Greece boleh menolak Troika yang akan beri kesan ke atas hutang Greece dan kemungkinan Greece akan keluar dari eurozone.
Jika rakyat memilih untuk menerima deal tersebut, ia bermakna cukai akan meningkat naik dan pencen dipotong. Jika rakyat menolak deal tersebut, Greece akan gagal membayar hutang dan tidak boleh menggunakan euro sebagai matawang serta terkeluar dari eurozone.
Buat masa ini, ramai rakyat Greece beratur di mesin-mesin ATM. Mereka tidak boleh mengeluarkan wang mereka dalam jumlah yang banyak daripada bank-bank di Greece. Had pengeluaran yang ditetapkan ialah €60 sehari. Pemindahan wang ke luar negara turut dihalang. Ia hanya dibolehkan untuk urusan perniagaan sahaja. Operasi bank ditutup sehingga 7 Julai 2015.
Menteri pembangunan Greece menggesa rakyat mengundi “tidak” untuk menentang rundingan tersebut. Begitu juga dengan Perdana Menteri Greece.
Jika Greece menggunakan matawang sendiri (drachma) dan mencetaknya dengan banyak sekali, ia akan merendahkan nilai matawang. Drachma yang murah ini akan membuatkan Greek dalam keadaan baik kerana ia akan menarik warga asing untuk melabur dan meningkatkan eksport dan mencipta peluang pekerjaan. Kadar inflasi turut akan membantu bebanan hutang negara. Ini semua lebih baik berbanding Greece yang berterusan di dalam keadaan kegawatan sejak krisis kewangan 2008.

Presiden EC, Jean-Claude Juncker pula berharap orang Greece mengudi “Ya” bagi menerima terma-terma perjanjian.

Antara punca terjadinya tragedi ekonomi Greece:
1) Korupsi
European Commission menyatakan Greece merupakan negara yang paling tinggi korupsi di dalam European Union.

2) Tipu Cukai
Golongan kelas pertengahan-atasan di Greece mengelak daripada pembayaran cukai. Mereka melaporkan nilai pendapatan yang lebih rendah berbanding dengan pendapatan mereka sebenar. Contoh pada tahun 2009, sebanyak €28 billion cukai dielak oleh mereka yang bekerja sendiri ini.

3) Pengangguran
Kadar pengangguran tinggi di Greece melibatkan populasi orang muda. 63.5% orang Greece berumur antara 18 dan 34 tahun masih tinggal bersama ibu bapa mereka.

4) Populasi Orang Pencen
Greece memiliki populasi orang tua yang ramai berbanding orang muda. Hanya 9.8% orang muda berumur antara 15 dan 24 tahun. 32.9% pula berusia lebih dari 55 tahun. Ini menimbulkan dua masalah iaitu peningkatan pembayaran kos pencen dan kekurangan tenaga kerja muda.

5) Cukai Rokok
Ia jadi satu masalah besar apabila cukai rokok dinaikkan di Greece kerana orang-orang di Greece merupakan golongan ketiga tertinggi menggunakan rokok di dunia. Ia lebih tinggi 28 kali berbanding pengguna di India.


Sekiranya Greece gagal membayar hutang dan terkeluar dari EU, ia akan menyebabkan pelabur-pelabur mengeluarkan wang pelaburan mereka daripada negara-negara EU yang mempunyai perkembangan ekonomi yang tidak stabil seperti Sepanyol dan Itali. Ia akan mencipta gelombang panik para pelabur ke atas Eropah dan kemungkinan Amerika Syarikat turut akan terkena tempiasnya.
Sumber: CNNUSA GoldVOXVOX2BBCThe GuardiansAbout: WorldnewsBloombergTelegraph AcademiaTimeBusiness Insider,Washington PostNY Times, Thevocket


=======================================================================
PROMOSI HARI RAYA
=======================================================================

Jadi pengedar kami bermodal 100g emas sahaja
boleh baca di sini
www.tinyurl.com/gappwm
www.tinyurl.com/pokli
sebarang pertanyaan hubungi kami
06-6307797
019-6645066

Read more...

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP