JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

30 May 2019

Selamat Hari Raya 2019 . Selamat Memburu Malam Lailatul Qadar . Selamat Berpuasa

Selamat Hari Raya Aildil Fitri dari keluarga Pokli.com. Maaf Zahir dan Batin



Terima kasih pada anda semua yang support kami selama ini...sejak pokli dah berblog sejak 2008 lagi hingga ke sekarang.... banyak perkara pahit manis dan pengalaman yang telah pokli dan keluarga tempuhi...thanks semua... kesempatan ini saya sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang kami berinteraksi dgn anda samada di blog, fb, instagram, whatsapp, twitter...dan media sosial lain......

semoga kita dapat kejar pulun kaw kaw masa yang masih berbaki 5 hari lagi ramadhan...moga sama2 kita kejar malam lailalul qadar.....perbanyakkan amalan seperti berdoa yang disarankan oleh rasulullah saw "Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni..



Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (bahasa Arab: لَيْلَةِ الْقَدْرِ ) (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadan, yang dalam Al Qur'an digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkannya Al Qur'an


MALAM AL-QADAR: ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA?

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ ، فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ ، وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ ، وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ لِلَّهِ ، فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ، مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ “

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan ke atas kalian untuk berpuasa. Pintu-pintu langit telah dibuka, pintu-pintu neraka telah ditutup. Syaitan-syaitan telah dirantai kerana Allah. Padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan daripada kebaikannya, maka sesungguhnya benar-benar di haram daripadanya.
[Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Sughra, Kitab as-Siyam, hadis no : 2089]
Keampunan buat yang menghidupkan malam tersebut.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang menghidupkan malam lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan (pahala), diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sawm, hadis no: 1778]
Bilakah Lailatul Qadar Terjadi?
Malam 10 akhir Ramadhan khususnya malam-malam ganjil. Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari mengemukakan hampir lebih empat puluh pendapat tentang bilakah berlakunya malam al-Qadar. Dan yang paling hampir kepada kebenaran ialah ialah ia berlaku pada malam ganjil sepuluh akhir Ramadhan. Ini berdasarkan riwayat-riwayat berikut:

عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ ، وَيَقُولُ : ” تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ “

'Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sering mengasingkan diri (beri’tikaf) pada sepuluh akhir Ramadhan. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh akhir Ramadhan.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Solat at-Tarawih, hadis no : 1891]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ “

'Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam yang akhir di bulan Ramadhan [Sahih al-Bukhari, Kitab Solat at-Tarawih, hadis no : 1888]

” الْتَمِسُوهَا فِي تِسْعٍ يَبْقَيْنَ أَوْ فِي سَبْعٍ يَبْقَيْنَ أَوْ فِي خَمْسٍ يَبْقَيْنَ أَوْ فِي ثَلَاثِ أَوَاخِرِ لَيْلَةٍ “

Abu Bakrah radiallahu ‘anhu berkata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Carilah (Lailatul Qadar) pada sembilan malam yang akhir, atau tujuh malam yang akhir, atau lima yang akhir, atau tiga malam yang akhir.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab as-Sawm, hadis no : 723, hasan sahih]
Apakah hikmah waktunya dirahsiakan?

الحكمة من إخفاء ليلة القدر ليحصل الاجتهاد في التماسها بخلاف ما لو عينت لها ليلة لاقتصر عليها ، كما تقدم نحوه في ساعة الجمعة .

Para ulama berkata: Hikmah dirahsiakan malam al-Qadar ialah agar manusia berusaha mencarinya berbanding jika didedahkan secara khusus bilakah berlakunya malam al-Qadar, nescaya manusia akan tidak lagi berusaha.
Apakah yang perlu dilakukan?
• Bersungguh-sungguh beribadah

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، أَحْيَا اللَّيْلَ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ “

'Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam apabila masuk ke dalam sepuluh akhir (Ramadhan), baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan seksual dengan isteri-isterinya) [Sahih Muslim, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 2015]

عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ “

'Aisyah radiallahu ‘anha bekata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sering berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadhan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain. 

[Musnad Ahmad, Hadis as-Sayyidah ‘Aisyah, hadis no : 23968, Shaikh al-Arnaouth berkata: Isnadnya sahih]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَكِفُ فِي كُلِّ رَمَضَانٍ عَشْرَةَ أَيَّامٍ ، فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الَّذِي قُبِضَ فِيهِ ، اعْتَكَفَ عِشْرِينَ يَوْمًا “

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Baginda beri’tikaf selama dua puluh hari."

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 1913 ]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْج النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ” أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ” ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ .

'Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir daripada Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 1896]

Imam Sufyan at-Tsauri rahimahullah berkata:

أحب إلي إذا دخل العشر الأواخر أن يتهجد بالليل و يجتهد فيه و ينهض أهله و ولده إلى الصلاة إن أطاقوا ذلك

Apabila masuknya sepuluh akhir Ramadhan, aku suka untuk melakukan tahajjud pada waktu malam dan bersungguh-sungguh melakukannya. Sufyan at-Tsauri rahimahullah juga akan mengejutkan ahli keluarganya untuk mendirikan solat seandainya mereka mampu melakukannya.
[Lathoif al-Maarif m/s 160]
Imam Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah menyatakan:

و نقل بعض أصحابهم عن ابن عباس أن إحياءها يحصل بأن يصلي العشاء في جماعة و يعزم على أن يصلي الصبح في جماعة و قال مالك في الموطأ بلغني أن ابن المسيب قال : من شهد ليلة القدر ـ يعني في جماعة فقد أخذ بحظه منها و كذا قال الشافعي في القديم : من شهد العشاء و الصبح ليلة القدر فقد أخذ بحظه منها

Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhu bahawa menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jualah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya : Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya. [Lathoif al-Maarif m/s 159]
Doa Malam Lailatul Qadar

عَنْ عَائِشَةَ , أَنَّهَا قَالَتْ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو , قَالَ : ” تَقُولِينَ : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

'Aisyah radiallahu ‘anhu berkata Wahai Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, apa pendapat engkau, seandainya aku mengetahui malam yang manakah adalah malam Lailatul Qadar, apa yang patut aku baca pada di dalam doa?
Jawab baginda sallallahu ‘alaihi wasallam : Bacalah : Ya Allah, sesungguhnya Engkau Pemaaf, Engkau jua Mencintai Kemaafan, maafkanlah aku.
[Sunan Ibn Majah, Kitab ad-Dua', hadis no: 3848, Shaikh al-Albani mensahihkannya]

Dari Aisyah radhiallahu `anha : Wahai Rasulullah, menurut pendapatmu jika aku tahu bahwa malam terjadinya Lailatul Qadar, maka doa apa yg paling baik kuucapkan? Sabda Nabi shallallahu `alaihi wasallam : "Ucapkanlah olehmu, [Allahumma innaka `afuwwun, tuhibbul-`afwa, fa`fuanni] Ya ALLAH sesungguhnya ENGKAU adalah Maha Pemaaf, mencintai orang yang suka memaafkan, maka maafkanlah aku." (HR Ahmad, Ibnu Majah & Tirmidzi, di-shahih-kan oleh Albani dlm Al-Misykah, I/473 no. 2091)



Semoga kita tidak dihalangi dari kebaikan Lailatul Qadar
Allaahummantaj`alnaa min man qooma laylatal-qodari iimanan wah-tisaaban (Ya Allah jadikanlah kami sebagai bagian orang-orang yang menghidupkan lailatul-qadr dengan iman dan pengharapan kepada-Mu)

Read more...

Amalan untuk berjaya dunia akhirat di waktu pagi

Amalan selepas subuh

Barangsiapa membaca Jazallahu Anna Sayyidina Muhammadan  Sollallahu Alaihi Wa Sallam Ma huwa Ahluhu,70 Malaikat "penat" tulis ganjaran untuknya selama 1000 pagi(maknanya terlampau besar ganjarannya di sisi Allah...Hadith riwayat Ibnu Abbas Rodiyallahu Anhuma dan Imam Tabrani

*Jazallahu ‘anna sayyidana muhammadan shallallahu a’laihi wa sallama ma huwa ahluh* 

Ertinya: “Semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada pemimpin kita Nabi Muhammad ﷺ atas jasa-jasa Baginda kepada kita dengan balasan yang selayaknya Baginda terima.”

Penjelasan :

Imam Abu Nuaim, Imam Tabrani dalam Mu’jamul ausath dan mu’jamul kabir  dan beberapa  ulama ahli hadis lainnya menyebutkan riwayat dengan sanad yang muttashil kepada sahabat yang bernama Sayidina Abdullah bin Abbas Radhiyalllahu Anhuma dari Rasulullah ﷺ bersabda:” Siapa saja yang membaca selawat ini, maka 70 malaikat akan "letih" untuk mencatat pahalanya sampai 1000 hari


Lepas tu jangan lupa sayiddul istifar.. 2x sehari... Awal pagi dan magrib

sayiddur istifar 2x sehari
Allahumma anta rabbi laila hailla anta
Halaq tani waana a'bduka 
Waana a'la a'hdika wa wa'dika masta'tu
Au'zubika minsharima sa'na'tu
Abu ulaka bini'matika a'laiya waabu ubidzanbi  Faghfirli
Fainnahu la yaghfiruzzunu
Bailla anta

-----------------------------------------------------------------------
Ya Allah engkau tuhanku tiada tuhan selain engkau
Engkau ciptakan aku dan aku hambamu
Dan aku berada dalam janjimu menurut kemampuanku
Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang ku lakukan
Aku sedari nikmatMu kepada ku
Dan ku sedari akan dosa-dosa ku
Ampuni aku Ampuni aku Ampuni aku
Kerna sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa
Kecuali Engkau













Read more...

15 May 2019

Pelaburan 2019

Assalamualaikum wbt

dah 10 hari kita menyambut bulan ramadhan tahun ni..belum terlambat utk pokli ucap ahlam wa sahlam ya ramadhan.....ramadhan kareen.....semoga diterima ibadat berpuasa kita yer.....mesti kita penat dan dahaga je sepanjang ramadhan ni suhu agak panas.. kalau duduk pejabat ada air cond tu ok la tak panas sgt....cuma haus je....duduk rumah pun mesti air cond 24jam...huhuh....mmg bulan ramadha ni antara buan yang panas...kena banyak bersabar la.....banyak berzikir.....bayangkan kalau dalam kubur nanti...mesti lagi panas...kalau kubur kita macam taman2 syurga boleh la kita seronok...tapi kena ada amalan agar jadikan kubur kita macam taman2 syurga.....antara adalah amalan kita membaca quran semasa hidup...amalkan baca surah al mulk...surah ah kahfi.....surah waqiah.....dan surah2 lain.......selain itu banyak lagi amalan lain seperti menjaga ibu bapa .....berbuat baik kepada mereka....sedekah.....dhuha...dsb

ok.....harini pokli nak kongsi ilmu pelaburan yang boleh agak menguntungkan tapi jarang orang2 kita...esp kita yang biasa2 nih....yg luar biasa dah tak heran..mereka mmg mencari je peluang.....nak menyambar jer.......memborong jer.......hehehee

tapi pada yang nubis...beginner...mungkin mereka agak takut nak mula.....macam suruh beli emas la....mahal laaa......harga tinggi la...tak mampu la....takut nak simpan mana la....dan macam2 alasan.....hehehe sebenarnya kita tak faham kepentingan dan masa depan...kalau kita tahu..tobat lahum kita dah rebut awal2 sebelum orang lain...betul tak? ni pokli nak share



saya nak share ni pun bukan apa....takkan peluang tu nak rebut sorang2...nak kaya sorang....kena la share....mana tahu antara peluang membuat keuntungan dan dapat MEMBERI lebih berbanding orang lain....macam kawan saya ada cakap.....saat Allah naikkan tahap level kewangan kita...jangan la kita naikkan level kesombongan kita....naikkan level gaya hidup kita....tapi naikkan level sedekah kita.....level zakat kita meningkat...level MEMBERI kita lebih dari lever MENERIMA.. kerana itulah harta sejati yang kita bawa bekal nanti...selain anak2 yang soleh yang mendoakan kita serta amalan di dunia yang kita selalu buat sepanjang hari........ ok FAHAM...

ok....peluang yg saya jumpa ada membuat keuntungan dari menyimpan dan berniaga JAM ROLEX....sebenarnya benda ni saya dah tahu lama...cuma saya tak pernah share dalam mana2 fb dan blog.....saya cuba bagi hint jer....bagi panduan bagaimana nak menyimpan barang2 berharga ini utk masa depan..............kalau nak tahu......permintaan kepada jam rolex sekarang sangat tinggi.........ramai yang ingin membeli....baru2 ni pokli ada melawat beberapa AD - authorise dealer rolex di sekitar kuala lumpur seperti KLCC.....midvalley....pavi......banyak kekosongan displays JAM tersebut.......waaaaaa.....rupanya ramai dah mula sedar dan menyimpan utk masa depan.....especially geng2 cina...dan tauke2 besar...serta mereka2 yg terlibat dalam politik...artis2 terkenal.....well...kenapa mereka menyimpan semua ni yer......salah satu adalah lambang 'kejayaan' dan kemegahan mereka la.....tapi sebenarnya waktu mereka ada duit..mereka beli dan mereka akan simpan...dan akan guna bila sampai waktunya......

aliff satar pun pakai daytona....rege dekat 90k+++


semua jam rolex boleh beli ke?
heheheh...takde la pergi borong semua jam rolex kat AD tu.....cuma ada beberapa model yang hot dan  boleh beri keuntungan yang maksima...ada model2 yang beli tapi bila nak jual balik susut nilai dalam 10%........hehehehe macam susut nilai emas jugak susut 4-9%..okla kan....tapi kalau barang kemas susut nilai 20 -40%....huhuhuh kena hati2 nak melabur...kena faham enter dan exit point.....

antara model yang ada di rolex adalah datejust......oyster perpeptual.... submariner... gmt 2... exprorer.. daytona.....sea dweller.... day date - president yg pakai..ada tarikh dan hari...dan macam2 lagi la.....kena explore tu....korang masuk je website.....follow instagram dan fb.....tapi serius memang best..den teruja tu yg share....mana tau kita sama2 punya hoi yg sama...



tapi kenapa jam tu mahal?

saya mula2 start kenal jam rolex tahun 2010 tu masa tu tgk rolex submariner dalam rm20k+++ jer.....tu pun rasa macam mahalll...tapi duit ada masa tu...kenapa la tak beli......padahal jam je pun....nak tgk masa jer....nak hargai masa je takkan nak invest @ beli mahal2...cukup la jam plastik casio g shock atau seiko.....tak pun tag heuer.....huhuhuhu

sebenarnya....bukan sekadar masa........mereka simpan sebab SIMBOL....simbol rolex saya mmg mahal........ brand dia mmg stabil seluruh dunia.....perrhhh macam mercedes jgk....bila sebut mercedes je mesti orang kata mahall....ahhhh sama la jgk dengan emas...bila sebut emas je....mesti mereka kata mahal.......aduhhh teringat kata2 sifu pokli .... dia cakap...kalau nak nak jadi seorang kaya ko kena beli benda2 mahal....... jangan beli benda2 murah..... mulai hari itu saya dengan je cakap sifu saya tu... tanam dalam jiwa nak beli benda mahal....tak kisah la apa pun..... beli yang mahal2...... lepas anda buat @ amalkan ilmu ini..insha allah anda akan faham...cakap saja tak guna.... berleber tapi tak buat apa2..... tapi kalau ada ilmu dan buat..insha allah menjadi.....telan hidup2 prinsip tu..mulai sekarang kita kena beli benda mahal2..... INGAT.......... contoh benda mahal tu apa.... jam rolex.... emas... hartanah .... rumah kedai... dll...... pastu saya tanya pulak sifu pokli tu ...kena kena beli benda2 mahal... sebab... bila kita beli benda2 mahal.... nati akan bertambah mahal... lagi mahal.... skrg dah mahal....masa depan lagi mahal.... FAHAM?? ok ..saya ni jenis taat pada guru... follow je la apa cakap cikgu....Menurut Kajian di US mendapati usahawan yang berjaya mempunyai banyak mentor.
Salah satu tugas mentor adalah membimbing mentee. Membimbing adalah menunjukkan jalan yang betul.
Mentor tidak akan berkata kepada menteenya: "Kamu kena fikir sendiri." Mentor menolong mentee berfikir, khususnya semasa menteenya sedang dalam proses hendak membuat pilihan dan keputusan yang betul.

bila baca ayat ni jer...saya follow je apa mentor saya saya....apa guru saya cakap...apa sifu cakap....sebab mereka lebih nampak masa depan berbanding kita...cuma kena hati2 la pilih guru.....kena pilih yg elok2...takut dapat guru con man..uhuhuh merena badan.... kadang2 kita cari guru yg selesa dgn kita....yg memudahkan kita...yang dapat membantu kita membuat keputusan,,,,,bimbing ke jalan yang betul...insha allah jumpa....minta dgn Allah...masukkan dalam doa selepas solat....moga allah bantu kita tunjuk jalan yang lurus....kadang2....guru yang baik adalah serorang guru yg teruk.....mmg la dia teruk..tapi ilmu yg dia ajar kita tu mmg terbaik.....huhuhuuhuh
sapa pernah alami....belajar dari seseorang tu yg menyebabkan kita lagi terrer dan pandai....kita bukan boleh lahir kat dunia ni terus pandai..mesti la ada orang mengajar kita....kalau dulu ibu bapa kita yang mengajar kita kat rumah....cikgu mengajar kat sekolah....pensyarah mengajar kat universiti....... sifu mengajar di real life ni...universiti kehidupan........

jom kita teruskan lagi share ilmu.....selain dari model....antara model rolex ya menguntungkan kalau nak invest adalah sport model...... seperti submariner.....daytona..... GMT........ insha allah anda takkan menyesal......serius.......bayangkan pada tahun 2014...jam rolex submariner di jual di AD berharga rm26k...skrg di jual di market rm60k....... tak rasa itu pelaburan yang menguntungkan ker? hehehehe..... tapi biasa la..... ramai orang tak tahu pun....kalau tahu pun dah lambat....duit dah abis....dah tertinggal bot.......


heheheh tapi kalau anda pergi jln2 kat shopping kompleks tu...masuk la singgah AD rolex...macam kat klia ker...kat oversea ker........kalau ada sport model tu beli...kalau takde stok...register nama..masuk senarai menunggu..insha alla..tak rugi


sejak pokli dah terlibat aktif dalam bidang jam rolex ni banyak yang pokli dah belajar....macam mana nak kenal jam yang tulen dan asli......boleh bezakan yang masa AAA dan mana palsu.......sama macam emas jugak la...boleh tahu yang mana emas ori dan emas korea.....

antara tips nak kenal jam rolex asli kena tengok simbol crown kat cermin



nampak tak simbol crown rolex kat jarum jam pukul 6......ada kecik je...kena teropong elok2...kena cantik la design dia.......bukan main bubuh dgn cat....benda puluh2 ribu,...takkan la rolex nak buat cincai je...lain la jam petaling street tu....


kalau kabur dan tak terang tu mungkin bukan ori.....

nampak tak?
tu cara paling basic nak kenali roex yang asli........ kalau tak nampak boleh guna hp utk zoom kan......flash light...isha allah nampak tu
 the Rolex’s crown!


kalau masuk AD rolex pun skrg banyak yg display...nak beli pun duit tak laku sekarang....nak beli tapi takde jual.....huhuhuh...parah....best kalau mereka yang selalu travel oversea...mcm pilot....anak2 kapal....mesti mereka selalu nampak kat airport...apa lagi...sambar la...standby cash limit dlm kredit kad....swipe ja........grap peluang tu...kalau tak...pokli grap.....hehehe...tp serius kalau anda jumpa bagi tahu yer pokli....mmg pokli nak beli.......pokli juga terima kalau nak tolak jam rolex.......selain emas......jam pun ambil dgn harga tinggi

antara model ni sgt popular skrg ni....daytona....... kalau ada bagitau yer

okla....banyak lagi ilmu nak share....tapi sekarang senang....anda masuk je youtube..belajar kat sana....saya pun ada la ambik ilmu sana...mentelaah ilmu2 rolex......... dan saya pun pernah gi kursus jam rolex..beribu jgk la abis.....hehehehehe tu pun sebab ikut cakap sifu....... invest dalam ILMU...belajar...belajar.......follow mentor.....

okla..pokli menaip ni pun sambil nak tunggu waktu berbuka puasa....boleh la share ilmu.......share knowledge....kadang2 memberi inspirasi...yela ada kawan2 pokli yang duit banyak....emas dan beli....hartanah dah byk.....pastu pergi beli benda2 mengarut yg turun harga.....better invest dalam jam rolex..........ada kawan saya bagitau harga rolex naik 8% setahun....walauwehhh...syook nya

Find investments that cash flow no matter what kind of market you're in. They exist. Often, it's your mind that says they don't.

selamat berbuka


apa2 roger pokli yer 019-6645066
nak beli emas dan perak
nak jual balik
ak beli rolex
nak jual balik
emas raya 2019

https://www.youtube.com/watch?v=YDCczit4MuQ





Read more...

08 May 2019

Hadiah buat anda sempena ramadhan

Entahlah. Kadang rasa pelik dengan sikap kita sendiri. Bulan Ramadhan sudah masuk hari ketiga tapi kita masih lagi leka dengan gajet dan game. Al Qur'an masih tak baca-baca lagi. Macam bulan Ramadhan ni tak ada apa-apa makna bagi kita. 
Bulan Ramadhan adalah bulan Al Quran, maka hendaknya Al Qur'an benar-benar menjadi "sahabat baik kita", baik di bulan Ramadhan mahupun di luar Ramadhan.
Oleh itu ini ada sedikit penyelesaian untuk kita
Tolong viralkan yer !

Sempena Ramadhan ini, saya ingin perkenalkan kepada anda semua satu Apps Al-Quran yang SANGAT BAGUS dan PERCUMA.
.

Pergi ke Play Store ataupun App Store, download Apps yang diberi nama "Tilawah Malaysia". 
.

Bagi saya,ini dia Apps Al-Quran yang paling lengkap pernah ada dan yang menariknya, dibangunkan oleh Rakyat Malaysia. 
.

Kenapa saya kata lengkap? Saya bagi 9 hujah dan 1 Bonus;
.

Yang pertama, Apps ini LANSUNG tiada iklan yang mengganggu bacaan. 
.

Yang kedua, tulisan Al-Quran di dalamnya boleh dibesarkan(zoom in) bagi mereka yang ada masalah penglihatan seperti Ibu dan Ayah yang sudah tua. Cepat,tolong Install ke dalam Smartphone atau iPad Ibu Ayah anda!
.

Yang ketiga, Apps ini datang dengan tanda Tajwid dan cara bacaan yang jelas. Jika anda masih tidak jelas,itu hujah yang ke empat bosku!
.

Hujah yang ke empat, tekan sekali di atas mana-mana perkataan yang anda tidak tahu bacaannya, Apps akan perdengarkan bacaannya kepada anda.
.

Yang kelima, jika anda tidak pandai baca mana-mana ayat,tekan saja butang Play yang ada di belah kiri atas, anda akan diperdengarkan bacaan penuh dengan sempurna.
.

Yang keenam, anda boleh tanda ayat terakhir atau ayat penting yang anda baca, dan terus buka pada ayat tersebut mengikut menu di bahagian setting.
.

Oh ya,yang ketujuh,anda juga boleh pilih mana-mana Surah dan ayat yang nak dibaca dengan pilihan Menu yang sangat mudah dan simple. Swipe je kiri kanan. Memang sgt mudah. 
.

Yang kelapan, jika bacaan secara satu ayat ke satu ayat menyukarkan anda untuk baca Al-Quran,jangan risau bosku, anda boleh paparkan secara muka Surat mengikut Mushaf Uthmani seperti kebanyakan Al-Quran di Malaysia. 
.

Yang kesembilan,terjemahan secara penuh dan juga secara perkataan bagi memudahkan anda bertadabbur. Jangan baca tulisan Arab saja ya,baca juga terjemahan.
.

Bonus,jika anda baca penulisan saya sampai habis, saya ucapkan tahniah! Dan kalau anda kongsikan di Wall FB, Instagram, Whatsapp anda ,kemudian ada kawan anda baca,terus Install dan bertilawah, Insya Allah anda juga akan dapat pahala daripada bacaannya.
.

Oleh sebab itu, walaupun kita 'malas' baca Al-Quran, viralkan Post ini supaya Pahala kita berganda-ganda seperti ganjaran dalam sistem MLM. Makin ramai orang tahu dan buat disebabkan satu klik share yang kita buat, makin banyak pahala digandakan.
.

Ayuh, klik share sekarang.
.

Dan ayuh! 
.

Baca Al-Quran sempena Ramadhan ini. Semoga Allah redha dengan kita semua.
.

Terima kasih Allah sebab izinkan kita hidup di zaman yang sangat senang dengan teknologi dan terima kasih kepada pengusaha Apps ini yang bangunkan Apps secara PERCUMA. Semoga Syurga Firdaus buat kita semua.












Read more...

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP