JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

30 May 2019

Selamat Hari Raya 2019 . Selamat Memburu Malam Lailatul Qadar . Selamat Berpuasa

Selamat Hari Raya Aildil Fitri dari keluarga Pokli.com. Maaf Zahir dan Batin



Terima kasih pada anda semua yang support kami selama ini...sejak pokli dah berblog sejak 2008 lagi hingga ke sekarang.... banyak perkara pahit manis dan pengalaman yang telah pokli dan keluarga tempuhi...thanks semua... kesempatan ini saya sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang kami berinteraksi dgn anda samada di blog, fb, instagram, whatsapp, twitter...dan media sosial lain......

semoga kita dapat kejar pulun kaw kaw masa yang masih berbaki 5 hari lagi ramadhan...moga sama2 kita kejar malam lailalul qadar.....perbanyakkan amalan seperti berdoa yang disarankan oleh rasulullah saw "Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni..



Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (bahasa Arab: لَيْلَةِ الْقَدْرِ ) (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadan, yang dalam Al Qur'an digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkannya Al Qur'an


MALAM AL-QADAR: ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA?

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ ، فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ ، وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ ، وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ لِلَّهِ ، فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ، مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ “

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan ke atas kalian untuk berpuasa. Pintu-pintu langit telah dibuka, pintu-pintu neraka telah ditutup. Syaitan-syaitan telah dirantai kerana Allah. Padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan daripada kebaikannya, maka sesungguhnya benar-benar di haram daripadanya.
[Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Sughra, Kitab as-Siyam, hadis no : 2089]
Keampunan buat yang menghidupkan malam tersebut.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang menghidupkan malam lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan (pahala), diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sawm, hadis no: 1778]
Bilakah Lailatul Qadar Terjadi?
Malam 10 akhir Ramadhan khususnya malam-malam ganjil. Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari mengemukakan hampir lebih empat puluh pendapat tentang bilakah berlakunya malam al-Qadar. Dan yang paling hampir kepada kebenaran ialah ialah ia berlaku pada malam ganjil sepuluh akhir Ramadhan. Ini berdasarkan riwayat-riwayat berikut:

عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ ، وَيَقُولُ : ” تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ “

'Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sering mengasingkan diri (beri’tikaf) pada sepuluh akhir Ramadhan. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh akhir Ramadhan.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Solat at-Tarawih, hadis no : 1891]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ “

'Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam yang akhir di bulan Ramadhan [Sahih al-Bukhari, Kitab Solat at-Tarawih, hadis no : 1888]

” الْتَمِسُوهَا فِي تِسْعٍ يَبْقَيْنَ أَوْ فِي سَبْعٍ يَبْقَيْنَ أَوْ فِي خَمْسٍ يَبْقَيْنَ أَوْ فِي ثَلَاثِ أَوَاخِرِ لَيْلَةٍ “

Abu Bakrah radiallahu ‘anhu berkata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Carilah (Lailatul Qadar) pada sembilan malam yang akhir, atau tujuh malam yang akhir, atau lima yang akhir, atau tiga malam yang akhir.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab as-Sawm, hadis no : 723, hasan sahih]
Apakah hikmah waktunya dirahsiakan?

الحكمة من إخفاء ليلة القدر ليحصل الاجتهاد في التماسها بخلاف ما لو عينت لها ليلة لاقتصر عليها ، كما تقدم نحوه في ساعة الجمعة .

Para ulama berkata: Hikmah dirahsiakan malam al-Qadar ialah agar manusia berusaha mencarinya berbanding jika didedahkan secara khusus bilakah berlakunya malam al-Qadar, nescaya manusia akan tidak lagi berusaha.
Apakah yang perlu dilakukan?
• Bersungguh-sungguh beribadah

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، أَحْيَا اللَّيْلَ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ “

'Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam apabila masuk ke dalam sepuluh akhir (Ramadhan), baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan seksual dengan isteri-isterinya) [Sahih Muslim, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 2015]

عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ “

'Aisyah radiallahu ‘anha bekata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sering berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadhan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain. 

[Musnad Ahmad, Hadis as-Sayyidah ‘Aisyah, hadis no : 23968, Shaikh al-Arnaouth berkata: Isnadnya sahih]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَكِفُ فِي كُلِّ رَمَضَانٍ عَشْرَةَ أَيَّامٍ ، فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الَّذِي قُبِضَ فِيهِ ، اعْتَكَفَ عِشْرِينَ يَوْمًا “

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Baginda beri’tikaf selama dua puluh hari."

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 1913 ]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْج النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ” أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ” ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ .

'Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir daripada Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 1896]

Imam Sufyan at-Tsauri rahimahullah berkata:

أحب إلي إذا دخل العشر الأواخر أن يتهجد بالليل و يجتهد فيه و ينهض أهله و ولده إلى الصلاة إن أطاقوا ذلك

Apabila masuknya sepuluh akhir Ramadhan, aku suka untuk melakukan tahajjud pada waktu malam dan bersungguh-sungguh melakukannya. Sufyan at-Tsauri rahimahullah juga akan mengejutkan ahli keluarganya untuk mendirikan solat seandainya mereka mampu melakukannya.
[Lathoif al-Maarif m/s 160]
Imam Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah menyatakan:

و نقل بعض أصحابهم عن ابن عباس أن إحياءها يحصل بأن يصلي العشاء في جماعة و يعزم على أن يصلي الصبح في جماعة و قال مالك في الموطأ بلغني أن ابن المسيب قال : من شهد ليلة القدر ـ يعني في جماعة فقد أخذ بحظه منها و كذا قال الشافعي في القديم : من شهد العشاء و الصبح ليلة القدر فقد أخذ بحظه منها

Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhu bahawa menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jualah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya : Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya. [Lathoif al-Maarif m/s 159]
Doa Malam Lailatul Qadar

عَنْ عَائِشَةَ , أَنَّهَا قَالَتْ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو , قَالَ : ” تَقُولِينَ : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

'Aisyah radiallahu ‘anhu berkata Wahai Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, apa pendapat engkau, seandainya aku mengetahui malam yang manakah adalah malam Lailatul Qadar, apa yang patut aku baca pada di dalam doa?
Jawab baginda sallallahu ‘alaihi wasallam : Bacalah : Ya Allah, sesungguhnya Engkau Pemaaf, Engkau jua Mencintai Kemaafan, maafkanlah aku.
[Sunan Ibn Majah, Kitab ad-Dua', hadis no: 3848, Shaikh al-Albani mensahihkannya]

Dari Aisyah radhiallahu `anha : Wahai Rasulullah, menurut pendapatmu jika aku tahu bahwa malam terjadinya Lailatul Qadar, maka doa apa yg paling baik kuucapkan? Sabda Nabi shallallahu `alaihi wasallam : "Ucapkanlah olehmu, [Allahumma innaka `afuwwun, tuhibbul-`afwa, fa`fuanni] Ya ALLAH sesungguhnya ENGKAU adalah Maha Pemaaf, mencintai orang yang suka memaafkan, maka maafkanlah aku." (HR Ahmad, Ibnu Majah & Tirmidzi, di-shahih-kan oleh Albani dlm Al-Misykah, I/473 no. 2091)



Semoga kita tidak dihalangi dari kebaikan Lailatul Qadar
Allaahummantaj`alnaa min man qooma laylatal-qodari iimanan wah-tisaaban (Ya Allah jadikanlah kami sebagai bagian orang-orang yang menghidupkan lailatul-qadr dengan iman dan pengharapan kepada-Mu)

0 Komen:

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP