JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

28 May 2015

Risiko ada di mana-mana

Simpanan TH dan ASB Juga Berisiko !!!!
.
Kekadang kita rasa simpan duit dalam Tabung Haji dan ASB lebih selamat dan tak ada risiko. Tak ada turun naik. Yang kita perlu tunggu cuma dividen yang diumumkan setiap tahun sahaja.
.
Sebenarnya itu silap. Duit Tabung Haji dan ASB pun menyusut juga (tapi kita tak sedar). 
.
#1 - DI MAMAH INFLASI
.
Kalau kita bandingkan dengan kadar sebenar kenaikan harga barang (inflasi), sebenarnya dividen 8% itu tak berbaloi. Inflasi itu menandakan KEJATUHAN KUASA BELI duit simpanan kita. Saya rasa untuk tempoh setahun, kadar sebenar kenaikan harga barang sekitar 8% - 10%. Boleh sahkan andaian saya ini dengan statistik yang dikeluarkan oleh persatuan pengguna (jangan pakai kadar inflasi yang dikeluarkan oleh kerajaan).
.
#2 - PENYUSUTAN RINGGIT
Yang kedua ialah penyusutan ringgit. Dalam tempoh setahun ini, Ringgit Malaysia telahpun jatuh sekitar 15%! Siapa yang keluar negara, pastinya terasa kesan ini. Dan perkembangan ekonomi dan kewangan negara menunjukkan ringgit akan terus jatuh.
.
Jadi kalau faham tentang ekonomi dan sistem kewangan, duit simpanan di bank itu juga berisiko. Orang yang faham tentang kewangan, mereka tak akan biarkan duit itu disimpan TERLALU BANYAK di bank. Mereka akan DIVERSIFY bentuk aset yang mereka miliki. Dan mereka laburkan dan pusing duit itu melalui bisnes. Barulah berbaloi dengan risiko-risiko yang menyusutkan duit simpanan kita dalam tak sedar...
.
Beberapa lagi risiko duit simpanan, boleh datang jumpa saya malam ni di Public Gold Kajang jam 8.30mlm-10.30mlm..full address.Public Gold Kajang No 19B , Jalan M/J1, Tmn Majlis Jaya, Sg Chua 43000 Kajang
.
Mudah-mudahan bermanfaat dan memberi ilmu , insyaAllah.
.
p.s. kalau duit simpanan belum cukup 3 - 6 bulan pendapatan, fokus simpan duit dahulu. Jangan sibuk nak labur sana sini.....


dapat menang 1gram raya tu.....nilai RM180....tahniah


mana tahu anda layak terima cabutan bertuah malam ni di Kajang


rezeki ayam nampak di kaki...rezeki anda??
brother ni dari segamat datang......dapat hadiah seutas key chain public gold
datang berdua dgn brother di atas dari segamat...bertuah dapat lucky draw key chain jugak



Read more...

19 May 2015

Seminar Emas Bersama Pokli

Assalamualaikum

minggu ini saya akan ke Melaka 19/5/2015 dan Johor Bharu 20/5/2015 dan mingu depan 28/5/2015 di Kajang
Seminar Emas bersama pokli berlangsung jam 8.30mlm-10.30mlm

alhamdulillah support yang bagus dan membanggakan kepada warga kuantan minggu lepas....almost full house....40 orang peserta....
tahniah

selesai berkongsi ilmu..kami mesti snap gambar buat kenang-kenangan....lepas ni boleh berhubung lagi melalui whatsapp & FB

Sesi kelas selama 2 jam yang memang masa tak cukup...saya di ajukan banyak persoalan tentang emas dan perak........kalau boleh sebelum kelas anda sediakan soalan sorang satu....
tahniah kerana terpilih mendapat cabutan bertuah...ada banyak hadiah yang disediakan....paling utama....EMAS
dapat key chain pun ok jgk bang......10 dinar emas tu......hehehehe
wahh ..dapat 1g emas wedding bernilai RM180...bertuah sungguh badan...duduk rumah sekadar tgk tv..baik datang ke seminar....ada rezeki dapat emas

semua orang lelaki je yang bertuah malam tu....
pemenang 1gram hari raya LBMA keluaran Public GOLD.....waaahh bestnya dapat duit raya...tahniah
abang ni tunjuk kat poket dia dah ada key chain bunga emas....tapi malam ni bertuah lagi dapat sat key chain.....alhamdulillah....rezeki bang...ilmu dapat...key chain emas pun dapat.... ;-)

okla jumpa lagi di MELAKA 19/5, JB 20/5 dan KAJANG 28/5....ada cabtan bertuah emas utk anda

Read more...

13 May 2015

10 Sebab Kenapa saya tidak Melabur di Unit Amanah, Tabung Haji dan ASB?

Disclairmer : Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemahaman diri sendiri....tidak mempengaruhi orang lain atau mendorong anda mengeluarkan deposit di Tabung Haji @ PNB

KENAPA SAYA TAK MELABUR DALAM UNIT AMANAH,  TABUNG HAJI ATAU ASB
Minggu lepas, saya dijemput untuk buat perkongsian berkenaan ilmu pelaburan di dalam sebuah MD forum yang dianjurkan oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd. Antara pelabur lain yang dijemput adalah :
1. Mahaguru Syukor Hashim dari Jutawan Emas Trading Sdn Bhd, Pengasas blog www.jutawanemas.com dan juga General Manager Public Dina Sdn Bhd.
2. Dato' Wira Louis Ng, yang telah membina empayar perniagaan beliau dengan beberapa buah syarikat di bawah Public Gold Group yang yang beliau berjaya mempunyai 18 cawangan termasuk Singapore, Kedai Pajak Gadai Seluruh Penang & Muzium Emas Terbesar di Asia Tenggara...The Only Gold Museum in Malaysia......mempunyai lebih ratusan pekerja seluruh Malaysia...
3. Blogger tersohor En Zulkifli dari blog www.mohdzulkifli.com penulis buku Zero Hutang & En Wazir Tauke Emas tersohor dari Terengganu link FB beliau  ...antara tops Tauke Emas di Malaysia dgn turn over Rm200k-500k sebulan.
Kesemua ahli hari itu, seperti saya juga tidak melabur dalam pelaburan berbentuk unit amanah. Ada seorang kawan yang bertanya dengan saya kenapa saya tak melabur dalam ASB atau Tabung Haji.
Saya jelaskan kepada yang bertanya yang saya ini tak dilahirkan kaya. Jadi duit saya tak banyak dan saya tak percaya orang lain untuk jaga duit dan masa depan saya. Jadi saya dapati pelaburan hartanah/Emas/Perak adalah paling sesuai untuk saya yang tiada wang yang banyak.yang ada cukup2 untuk belanja.....kasi pagi makan pagi..kais petang..makan petang....

Berikut merupakan sebab  :
1. Saya mahu kawal pelaburan saya (Control Measure) Dalam semua pelaburan jenis unit amanah contohnya, saya tidak dapat nak kawal pelaburan saya.... Semua wang yang saya letak dalam unit amanah akan dijaga oleh “fund manager” atau pengurus pelaburan. Kalau pengurus pelaburan saya tak betul, maka habislah wang penat lelah saya....huhuhuhu.....ibarat ikan yg dipancing dan tali pancing dipegang oleh ejen2 Unit Amanah / Unit Trust....teringat kata kata Robert Kiyosaki- Unit Cannot Trust
2. Saya mahu kawal keputusan pelaburan saya dan impian saya.Dalam pelaburan hartanah atau emas atau perak, saya boleh kawal waktu pembelian dan jualan saya. Saya boleh kawal siapa yang akan sewa atau beli hartanah saya.Saya boleh letak berapa % keuntungan yang saya nak dapat...saya tahu berapa persent yang saya boleh merasai....kalau pelaburan dgn orang lain seperti Tabung Haji @ Unit Amanah ditetapkan oleh syarikat...biasa 4-10% setahun....huhuhuhuhuhu...buat apa pulangan sikit????
Dalam pelaburan unit amanah, semua ni akan dikawal oleh orang lain yang majoritinya makan gaji. Mereka tak kisah sama-ada saya ada wang yang cukup untuk bersara. Mereka tak kisah kalau saya mahu hantar anak saya belajar keluar negara dan saya perlukan dana minimum RM1 Juta untuk tujuan ini.
3. Saya tak mahu bayar yuran pengurusan. Dalam pelaburan jenis unit amanah, pihak pengurusan biasanya menggaji berpuluh/beratus orang makan gaji yang bijak pandai untuk menguruskan pelaburan ini. Gaji mereka ini dibayar oleh yuran pengurusan (Management Fee) yang berkadar 1%-6%. Orang yang tak punya duit besar macam saya, akan rasa yang management fee ini mahal.....kan?? tu belum Gaji Pengerusi & top management...dengar kata RM400k sebulan....huhuhuhuhuhu
4. Lebih percayakan diri sendiri dari org lain. Saya belajar banyak untuk pastikan saya boleh uruskan harta sendiri. Saya beli hartanah pertama lepas belajar 2 tahun secara sendiri. Saya mula belajar dari tahun 2000 dan beli rumah pertama tahun 2002. Saya mula melabur hartanah secara besaran dan berani membeli lebih dari 10 hartanah hanya mulai dari tahun 2008...begitu jugak EMAS.....tahun 2008 saya belajar...dan henjut kaw kaw lepas tu.....alhamdulillah tahu la pahit maun keuntungan dan kerugiannya.... Dah 5-6 tahun belajar baru berani melabur besar-besaran. Kalau saya letakkan duit dalam pelaburan jenis unit amanah, saya tak tahu siapa yang uruskan wang saya, kredibiliti mereka atau prestasi masa lampau mereka. Saya hanya boleh letak dan berdoa sahaja yang mereka tidak akan buat kesilapan....Park & Pray

5. Saya boleh dapatkan pulangan lebih 100-200% jika buat sendiri dalam pelaburan hartanah & Emas. Ada hartanah yang saya beli pulangannya lebih dari 50% tiap-tiap tahun, ada yang lebih dari 100% setahun. Rezeki tu datang dari Allah dan so far masih belum pernah ada kerugian melabur dalam pelaburan hartanah & Emas sebab saya buat banyak kajian sebelum membeli setiap hartanah & Emas. Alhamdulillah....kalau nak tahu pasal emas...boleh jumpa saya...lagi banyak...
Post ini bukan dibuat untuk cemuh mana-mana pihak. Sekadar perkongsian pendapat peribadi dari saya. Bila kita melabur dalam unit amanah, nasib pelaburan kita jatuh ke tangan orang yang bantu kita buat pelaburan itu. Memang di luar kawalan kita. Benda ni (unit amanah) dah lama ada, cuma yang saya tak faham kenapa baru-baru ini sahaja ramai yang mula nak meraung dan jadi pakar ekonomi di Facebook.
Saya ni jenis yang lebih rela rugi duit kerana kesilapan sendiri, dari orang lain yang buat silap dan merugikan saya. At least saya dapat belajar dari kesilapan saya dan melabur lebih baik pada masa akan datang. Untuk SEMUA jenis pelaburan, kita kena buat 3 step ini:
BELAJAR, FAHAMKAN, DAN BARU MELABUR.
Kalau anda belum belajar dan tak faham, jangan melabur. Takut melebur nanti.....berapa ramai yang tersontot baru baru ni....

lagi 5 hujah seperti gambar di atas, 
1. Ada yang kata pulangan saya yang lebih 30% tu tinggi sebab saya ambil risiko yang tinggi. Ini tak benar. Pada saya, risiko saya lebih rendah dari pelaburan unit amanah seperti ASB atau Tabung Haji. Kalau ada ilmu, anda boleh mengurangkan risiko anda seminima yang boleh. Risiko kita akan tinggi bila kita tak tahu apa jenis pelaburan yang kita buat.
2. Ada yang kata pelaburan hartanah adalah untuk orang yang bermodal tinggi sahaja. Kalau anda pernah datang seminar saya, anda akan tahu yang saya dah beli lebih dari hartanah dan emas secara PERCUMA. Kalau ada ilmu bukan susah nak beli hartanah tanpa pakai duit...OPM...popit
3. Majoriti pelaburan saya (99%) adalah dalam hartanah & Emas. Baki 1% dalam saham yang dibeli sendiri. Portfolio saham saya kecil sahaja, pulangan saya tahun lepas dari pembelian saham adalah 40%. Main saham secara suka-suka. Saya percaya kalau kita nak pandai dalam suatu ilmu, kena ada fokus. Saya tak percaya kepada pemecahan aset ( asset diversification ) kerana kalau anda tengok mana-mana pelabur bertaraf dunia, mereka pun tak suka asset diversification. Warren Buffet pernah cakap yang asset diversification adalah untuk mereka yang tak pasti apa mereka tengah buat. Siapa beliau? Dia adalah pelabur nombor 1 di dunia.
4. Saya pilih hartanah & emas sebab saya nak kawal pelaburan dan duit saya. Kalau anda tak setuju dan masih mahu melabur dalam unit amanah, terpulanglah kepada anda. Itu duit anda. Tapi jangan bising pula apabila fund manager anda pergi membeli tanah/aset/saham pada harga yang anda sendiri rasa melampau....kikiki
5. Kalau anda melabur dalam unit amanah sebab tiada masa untuk belajar sendiri, saya faham. Ramai client saya di Pokli Wealth Management Sdn Bhd juga meminta saya melabur untuk mereka kerana mereka sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing. Tapi saya akan jelaskan kepada mereka kenapa, di mana, dan sebab saya melakukan pembelian emas & hartanah tersebut untuk mereka. At least mereka faham apa yang saya beli, SEBELUM saya buat pembelian. Fund manager unit amanah anda sekarang ada buat penjelasan sebelum mereka beli?
Belajar dahulu, baru melabur. Saya doakan anda semua lebih kaya dan berjaya.

Anda boleh ikuti berbagai komen dan pandangan di seminar pokli & komen2 whatsapp saya 019-6645066



kawe copy dan edit....
http://thevocket.com/10-hujah-tak-melabur-dalam-tabung-haji-dan-asb/

Read more...

11 May 2015

PROMOSI BULAN MAY 2015 - Melabur Emas Dengan Pokli & Public Gold

Assalamualaikum w.b.t


Promosi Bulan May 2015

Selepas bermesyuarat di MD Forum yang Ke 9 Public Gold Penang minggu lepas 9/5/2015, Pihak Pengurusan bersetuju untuk melanjutkan tempoh promosi april kepada bulan may 2015.

Setiap 3 bulan pihak kami akan berkumpul untuk berbincang tentang perkara2 semasa dan xtvt perniagaan dan seluruh feedback dari customer akan diambil kira..dari kiri..Hj Wazir, Saya, Syukor Hashim , Mr Harrison & Mohd Zulkifli

sambil berbincang kami akan kongsi2 pengalaman dan idea2 baru.......
Peserta Forum terdiri dari Master Dealer Seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak
Forum ini memang nak eratkan silaturrahim & ukhwah dalam perniagaan

saya akan share berita gembira hasil dari forum md yg ke 9 dengan anda semua, jadi saya nak share sekarang bersama anda semua

========================================================
    PROMOSI DEALER UNTK KAKITANGAN SWASTA & KERAJAAN
========================================================

»belian Emas Fizikal pada kadar Rm5k (GAP) layak mendpt status Normal Dealer
syarat utama:
-belian Emas bernilai Rm5k dlm 1 resit melaui GAP
-pengesahan sebagai kakitangan Kerajaan & Swasta
(ID card / atau sebarang pengesahan yg SAH)
Promosi Ini dibuka untk 100org pertama shaja
jadi siapa cepat dia dpt
kepada yng bekerja dengan Company GLC sangat-sangat digalakkan
untk ambik peluang ini
kesinambungan dr Promosi Kakitangan Kerajaan
sbb banyak permintaan dr Kakitangan Swasta
maka Public Gold membuka Koata
maklumat lanjut boleh PM 
019-6645066, 017-6665497, 06-6307797



========================================================
                 PROMOSI DEALER UNTK STUDENT
========================================================

»belian Emas Fizikal pada kadar Rm5k (GAP) layak mendpt status Normal Dealer 
syarat utama:
-belian Emas bernilai Rm500 dlm 1resit melaui GAP
-pengesahan sebagai student  
(ID card / atau sebarang pengesahan yg SAH)
Promosi Ini dibuka untk 100 org pertama sahaja
jadi siapa cepat dia dpt
tukar duit PTPTN,  MARA,  JPA , Biasiswa, Loan kepada EMAS
untk ambik peluang ini
maklumat lanjut boleh PM 
019-6645066, 017-6665497, 06-6307797

Kelebihanya Emas keluaran Public Gold International Bhd. :
1- harga rendah
2- Emas berkualiti tinggi dan berketulenan 999.9 24k
3- Susut nilai yg kecil (4.5% - 10%)
4- Mudah didptkan kerana Public Gold mempunyai 18 cawangan seluruh malaysia
5- Public Gold sedia membeli semula jika ingin menjualnya
6- boleh upgrade status dari normal buyer kepada Dealer dan ada kelebihan sbgai Dealer
7- Emas keluaran Public Gold tak kn cukai GST
8- Emas Public gold laku di seluruh dunia dengan ada status LBMA

9.Insentif Jualan, Insentif Tabung Kereta & Insentif Percutian Luar Negara

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp kami 017-6665497 atau FB rasmi

Semasa di Muzium Emas Public Gold
Berpeluang memegang emas seberat 50kg

Jangan Lupa Seminar EMAS Percuma Pokli Di seluruh Malaysia
Jumpa anda di Kuantan, Melaka, Johor Bharu dan Kajang

tahniah kepada Saudari Nabilah pelajar dari Unisza Terengganu join program Dealer Student
 

Read more...

05 May 2015

Cara Memulakan Pelaburan Emas Modal Kecil

Assalamualaikum w.b.t

Tak perlu modal besar untuk mulakan pelaburan emas. Kalau ada bajet sekitar RM200 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Bagi saya, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.


Sebelum melabur, saya memang syorkan simpan duit kecemasan dalam bentuk tunai (di bank) at least 3 bulan pendapatan. Tapi bagi siapa yang belum cukup 3 bulan pendapatan, beli dulu at least 1 dinar atau gold bar 1 gram. Lepas tu baru cukupkan 3 bulan pendapatan. Mulakan dulu sebagai motivasi menyimpan emas dan kumpul harta.
Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;

#1 – Beli Emas Secara GAP

Sekarang, Public Gold keluarkan produk terbaru yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP) untuk memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal sekecil RM150. Ini kaedah simpan emas paling mudah buat masa ni di Malaysia. Kaedah belian GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Kita boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram. Yang paling best, emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma! Untuk faham lebih lanjut tentang skim pembelian secara GAP, boleh baca artikel saya Mudahnya GAP dengan Pokli Wealth Management Sdn Bhd

Gold bar 1 gram Public Gold.

#2 – Beli Gold Bar 1 Gram

Selain gold bar 1 gram keluaran Public Gold, boleh juga beli gold bar 1 gram yang ada di pasaran. Harganya sekitar RM200 sekarang ni. Ia confirm lebih mahal dari gold bar 1 gram Public Gold yang dibeli melalui kaedah GAP. Buat masa ni yang famous di Malaysia ialah gold bar 1 gram keluaran Gold Crest Pavilion (GCP) , Gold Silver Resources (GSR) atau kedai emas seperti Poh Kong.
Mulakan dengan gold bar 1 gram jenama lain pun boleh, tapi secara jujurnya, saya tak galakkan sebab kebanyakkan gold bar 1 gram jenama selain Public Gold, harga per gramnya mahal, dan susut nilainya tinggi. Kalau nak jual balik emas tu nanti, susut nilainya mencecah 20%! Lambat untung berbanding emas yang susut nilainya rendah. Melainkan anda beli emas untuk dijadikan ‘harta karun’, dan tak fikir langsung untuk jual, itu ok.
gold bar 1 gram PGCP 
Gold bar 1 gram lebih mahal sebab minting cost-nya mahal

#3 – Beli Syiling Emas 1 Dinar

Kalau ada bajet dalam RM600 – RM700, boleh beli syiling emas 1 dinar. Beli dan simpan sendiri. 1 dinar tu emas berketulenan 99.99%, beratnya 4.25 gram.
1 dinar lbma 
Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ni, tapi coin 1 dinar Public Gold yang terbaik buat masa ni sebab harga per gram lebih murah, dan susut nilainya cuma 8% i.e. antara terendah di Malaysia. Dan paling penting, ia bebas GST 6%. Nak beli pun senang sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia. Dan ada 7 lagi kelebihan lain..nak tahu boleh PM saya atau datang seminar percuma bersama saya di seluruh malaysia.

#4 – Kumpul 10 Dirham (Silver), Tukar Kepada Emas

Siapa yang bajetnya sekitar RM100 sebulan (tak cukup beli gold bar 1 gram), boleh juga kumpul syiling 10 dirham (silver). Sebulan beli beli sekeping. Cukup 7 keping 10 dirham, jual kesemua syiling 10 dirham tu dan beli satu syiling 1 dinar.

Kaedah ni agak merugikan dari sudut kira-kira, tapi sesetengah orang, rugi begini lebih baik berbanding duit tu habis dibelanjakan sebab susah disiplinkan diri menyimpan wang. Susut nilai silver lebih tinggi dari emas. 10 dirham susut nilainya 16%, dan ada caj tambahan RM5 sekeping yang Public Gold kenakan iaitu “caj premium”.


Cukup 7 keping coin 10 dirham (silver), ‘tukar’ kepada 1 dinar emas.

Kalau nak kurangkan kerugian bila jual coin 10 dirham tu, cuba jual kepada kenalan terdekat yang belum pernah simpan silver. Jual pada harga diskaun. Kaedah tu dua-dua pihak untung. Anda untung sebab jimat susut nilai, pembeli tu pun untung sebab dapat beli pada harga diskaun.
Mudah-mudahan dengan tips ni, semua orang boleh mulakan langkah pertama menyimpan emas. InsyaAllah.



7/5/2015 Khamis - Public Gold Ipoh
8/5/2015 Jumaat - Public Gold Relau
15/5/2015 Jumaat -Kuantan Pahang - Public Gold Kuantan, Jalan Beserah
19/5/2015 Selasa -Melaka- Public Gold Batu Berendam Melaka
20/5/2015 Rabu -Johor Bharu- Public Gold Taman Perling JB
28/5/2015 Kamis - Kajang- Public Gold Kajang
 
Alamat Penuh tempat seminar boleh tengok SINI

Atau jadual rasmi di SINI

Waktu - 8.30mlm - 10.30mlm

Daftar Nama ke seminar boleh SMS/Whatsapp Nama, Tarikh & Tempat Seminar ke 019-6645066
masuk percuma



Read more...

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP