JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

05 May 2015

Cara Memulakan Pelaburan Emas Modal Kecil

Assalamualaikum w.b.t

Tak perlu modal besar untuk mulakan pelaburan emas. Kalau ada bajet sekitar RM200 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Bagi saya, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.


Sebelum melabur, saya memang syorkan simpan duit kecemasan dalam bentuk tunai (di bank) at least 3 bulan pendapatan. Tapi bagi siapa yang belum cukup 3 bulan pendapatan, beli dulu at least 1 dinar atau gold bar 1 gram. Lepas tu baru cukupkan 3 bulan pendapatan. Mulakan dulu sebagai motivasi menyimpan emas dan kumpul harta.
Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;

#1 – Beli Emas Secara GAP

Sekarang, Public Gold keluarkan produk terbaru yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP) untuk memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal sekecil RM150. Ini kaedah simpan emas paling mudah buat masa ni di Malaysia. Kaedah belian GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Kita boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram. Yang paling best, emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma! Untuk faham lebih lanjut tentang skim pembelian secara GAP, boleh baca artikel saya Mudahnya GAP dengan Pokli Wealth Management Sdn Bhd

Gold bar 1 gram Public Gold.

#2 – Beli Gold Bar 1 Gram

Selain gold bar 1 gram keluaran Public Gold, boleh juga beli gold bar 1 gram yang ada di pasaran. Harganya sekitar RM200 sekarang ni. Ia confirm lebih mahal dari gold bar 1 gram Public Gold yang dibeli melalui kaedah GAP. Buat masa ni yang famous di Malaysia ialah gold bar 1 gram keluaran Gold Crest Pavilion (GCP) , Gold Silver Resources (GSR) atau kedai emas seperti Poh Kong.
Mulakan dengan gold bar 1 gram jenama lain pun boleh, tapi secara jujurnya, saya tak galakkan sebab kebanyakkan gold bar 1 gram jenama selain Public Gold, harga per gramnya mahal, dan susut nilainya tinggi. Kalau nak jual balik emas tu nanti, susut nilainya mencecah 20%! Lambat untung berbanding emas yang susut nilainya rendah. Melainkan anda beli emas untuk dijadikan ‘harta karun’, dan tak fikir langsung untuk jual, itu ok.
gold bar 1 gram PGCP 
Gold bar 1 gram lebih mahal sebab minting cost-nya mahal

#3 – Beli Syiling Emas 1 Dinar

Kalau ada bajet dalam RM600 – RM700, boleh beli syiling emas 1 dinar. Beli dan simpan sendiri. 1 dinar tu emas berketulenan 99.99%, beratnya 4.25 gram.
1 dinar lbma 
Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ni, tapi coin 1 dinar Public Gold yang terbaik buat masa ni sebab harga per gram lebih murah, dan susut nilainya cuma 8% i.e. antara terendah di Malaysia. Dan paling penting, ia bebas GST 6%. Nak beli pun senang sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia. Dan ada 7 lagi kelebihan lain..nak tahu boleh PM saya atau datang seminar percuma bersama saya di seluruh malaysia.

#4 – Kumpul 10 Dirham (Silver), Tukar Kepada Emas

Siapa yang bajetnya sekitar RM100 sebulan (tak cukup beli gold bar 1 gram), boleh juga kumpul syiling 10 dirham (silver). Sebulan beli beli sekeping. Cukup 7 keping 10 dirham, jual kesemua syiling 10 dirham tu dan beli satu syiling 1 dinar.

Kaedah ni agak merugikan dari sudut kira-kira, tapi sesetengah orang, rugi begini lebih baik berbanding duit tu habis dibelanjakan sebab susah disiplinkan diri menyimpan wang. Susut nilai silver lebih tinggi dari emas. 10 dirham susut nilainya 16%, dan ada caj tambahan RM5 sekeping yang Public Gold kenakan iaitu “caj premium”.


Cukup 7 keping coin 10 dirham (silver), ‘tukar’ kepada 1 dinar emas.

Kalau nak kurangkan kerugian bila jual coin 10 dirham tu, cuba jual kepada kenalan terdekat yang belum pernah simpan silver. Jual pada harga diskaun. Kaedah tu dua-dua pihak untung. Anda untung sebab jimat susut nilai, pembeli tu pun untung sebab dapat beli pada harga diskaun.
Mudah-mudahan dengan tips ni, semua orang boleh mulakan langkah pertama menyimpan emas. InsyaAllah.



7/5/2015 Khamis - Public Gold Ipoh
8/5/2015 Jumaat - Public Gold Relau
15/5/2015 Jumaat -Kuantan Pahang - Public Gold Kuantan, Jalan Beserah
19/5/2015 Selasa -Melaka- Public Gold Batu Berendam Melaka
20/5/2015 Rabu -Johor Bharu- Public Gold Taman Perling JB
28/5/2015 Kamis - Kajang- Public Gold Kajang
 
Alamat Penuh tempat seminar boleh tengok SINI

Atau jadual rasmi di SINI

Waktu - 8.30mlm - 10.30mlm

Daftar Nama ke seminar boleh SMS/Whatsapp Nama, Tarikh & Tempat Seminar ke 019-6645066
masuk percuma



0 Komen:

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP