JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

13 May 2015

10 Sebab Kenapa saya tidak Melabur di Unit Amanah, Tabung Haji dan ASB?

Disclairmer : Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemahaman diri sendiri....tidak mempengaruhi orang lain atau mendorong anda mengeluarkan deposit di Tabung Haji @ PNB

KENAPA SAYA TAK MELABUR DALAM UNIT AMANAH,  TABUNG HAJI ATAU ASB
Minggu lepas, saya dijemput untuk buat perkongsian berkenaan ilmu pelaburan di dalam sebuah MD forum yang dianjurkan oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd. Antara pelabur lain yang dijemput adalah :
1. Mahaguru Syukor Hashim dari Jutawan Emas Trading Sdn Bhd, Pengasas blog www.jutawanemas.com dan juga General Manager Public Dina Sdn Bhd.
2. Dato' Wira Louis Ng, yang telah membina empayar perniagaan beliau dengan beberapa buah syarikat di bawah Public Gold Group yang yang beliau berjaya mempunyai 18 cawangan termasuk Singapore, Kedai Pajak Gadai Seluruh Penang & Muzium Emas Terbesar di Asia Tenggara...The Only Gold Museum in Malaysia......mempunyai lebih ratusan pekerja seluruh Malaysia...
3. Blogger tersohor En Zulkifli dari blog www.mohdzulkifli.com penulis buku Zero Hutang & En Wazir Tauke Emas tersohor dari Terengganu link FB beliau  ...antara tops Tauke Emas di Malaysia dgn turn over Rm200k-500k sebulan.
Kesemua ahli hari itu, seperti saya juga tidak melabur dalam pelaburan berbentuk unit amanah. Ada seorang kawan yang bertanya dengan saya kenapa saya tak melabur dalam ASB atau Tabung Haji.
Saya jelaskan kepada yang bertanya yang saya ini tak dilahirkan kaya. Jadi duit saya tak banyak dan saya tak percaya orang lain untuk jaga duit dan masa depan saya. Jadi saya dapati pelaburan hartanah/Emas/Perak adalah paling sesuai untuk saya yang tiada wang yang banyak.yang ada cukup2 untuk belanja.....kasi pagi makan pagi..kais petang..makan petang....

Berikut merupakan sebab  :
1. Saya mahu kawal pelaburan saya (Control Measure) Dalam semua pelaburan jenis unit amanah contohnya, saya tidak dapat nak kawal pelaburan saya.... Semua wang yang saya letak dalam unit amanah akan dijaga oleh “fund manager” atau pengurus pelaburan. Kalau pengurus pelaburan saya tak betul, maka habislah wang penat lelah saya....huhuhuhu.....ibarat ikan yg dipancing dan tali pancing dipegang oleh ejen2 Unit Amanah / Unit Trust....teringat kata kata Robert Kiyosaki- Unit Cannot Trust
2. Saya mahu kawal keputusan pelaburan saya dan impian saya.Dalam pelaburan hartanah atau emas atau perak, saya boleh kawal waktu pembelian dan jualan saya. Saya boleh kawal siapa yang akan sewa atau beli hartanah saya.Saya boleh letak berapa % keuntungan yang saya nak dapat...saya tahu berapa persent yang saya boleh merasai....kalau pelaburan dgn orang lain seperti Tabung Haji @ Unit Amanah ditetapkan oleh syarikat...biasa 4-10% setahun....huhuhuhuhuhu...buat apa pulangan sikit????
Dalam pelaburan unit amanah, semua ni akan dikawal oleh orang lain yang majoritinya makan gaji. Mereka tak kisah sama-ada saya ada wang yang cukup untuk bersara. Mereka tak kisah kalau saya mahu hantar anak saya belajar keluar negara dan saya perlukan dana minimum RM1 Juta untuk tujuan ini.
3. Saya tak mahu bayar yuran pengurusan. Dalam pelaburan jenis unit amanah, pihak pengurusan biasanya menggaji berpuluh/beratus orang makan gaji yang bijak pandai untuk menguruskan pelaburan ini. Gaji mereka ini dibayar oleh yuran pengurusan (Management Fee) yang berkadar 1%-6%. Orang yang tak punya duit besar macam saya, akan rasa yang management fee ini mahal.....kan?? tu belum Gaji Pengerusi & top management...dengar kata RM400k sebulan....huhuhuhuhuhu
4. Lebih percayakan diri sendiri dari org lain. Saya belajar banyak untuk pastikan saya boleh uruskan harta sendiri. Saya beli hartanah pertama lepas belajar 2 tahun secara sendiri. Saya mula belajar dari tahun 2000 dan beli rumah pertama tahun 2002. Saya mula melabur hartanah secara besaran dan berani membeli lebih dari 10 hartanah hanya mulai dari tahun 2008...begitu jugak EMAS.....tahun 2008 saya belajar...dan henjut kaw kaw lepas tu.....alhamdulillah tahu la pahit maun keuntungan dan kerugiannya.... Dah 5-6 tahun belajar baru berani melabur besar-besaran. Kalau saya letakkan duit dalam pelaburan jenis unit amanah, saya tak tahu siapa yang uruskan wang saya, kredibiliti mereka atau prestasi masa lampau mereka. Saya hanya boleh letak dan berdoa sahaja yang mereka tidak akan buat kesilapan....Park & Pray

5. Saya boleh dapatkan pulangan lebih 100-200% jika buat sendiri dalam pelaburan hartanah & Emas. Ada hartanah yang saya beli pulangannya lebih dari 50% tiap-tiap tahun, ada yang lebih dari 100% setahun. Rezeki tu datang dari Allah dan so far masih belum pernah ada kerugian melabur dalam pelaburan hartanah & Emas sebab saya buat banyak kajian sebelum membeli setiap hartanah & Emas. Alhamdulillah....kalau nak tahu pasal emas...boleh jumpa saya...lagi banyak...
Post ini bukan dibuat untuk cemuh mana-mana pihak. Sekadar perkongsian pendapat peribadi dari saya. Bila kita melabur dalam unit amanah, nasib pelaburan kita jatuh ke tangan orang yang bantu kita buat pelaburan itu. Memang di luar kawalan kita. Benda ni (unit amanah) dah lama ada, cuma yang saya tak faham kenapa baru-baru ini sahaja ramai yang mula nak meraung dan jadi pakar ekonomi di Facebook.
Saya ni jenis yang lebih rela rugi duit kerana kesilapan sendiri, dari orang lain yang buat silap dan merugikan saya. At least saya dapat belajar dari kesilapan saya dan melabur lebih baik pada masa akan datang. Untuk SEMUA jenis pelaburan, kita kena buat 3 step ini:
BELAJAR, FAHAMKAN, DAN BARU MELABUR.
Kalau anda belum belajar dan tak faham, jangan melabur. Takut melebur nanti.....berapa ramai yang tersontot baru baru ni....

lagi 5 hujah seperti gambar di atas, 
1. Ada yang kata pulangan saya yang lebih 30% tu tinggi sebab saya ambil risiko yang tinggi. Ini tak benar. Pada saya, risiko saya lebih rendah dari pelaburan unit amanah seperti ASB atau Tabung Haji. Kalau ada ilmu, anda boleh mengurangkan risiko anda seminima yang boleh. Risiko kita akan tinggi bila kita tak tahu apa jenis pelaburan yang kita buat.
2. Ada yang kata pelaburan hartanah adalah untuk orang yang bermodal tinggi sahaja. Kalau anda pernah datang seminar saya, anda akan tahu yang saya dah beli lebih dari hartanah dan emas secara PERCUMA. Kalau ada ilmu bukan susah nak beli hartanah tanpa pakai duit...OPM...popit
3. Majoriti pelaburan saya (99%) adalah dalam hartanah & Emas. Baki 1% dalam saham yang dibeli sendiri. Portfolio saham saya kecil sahaja, pulangan saya tahun lepas dari pembelian saham adalah 40%. Main saham secara suka-suka. Saya percaya kalau kita nak pandai dalam suatu ilmu, kena ada fokus. Saya tak percaya kepada pemecahan aset ( asset diversification ) kerana kalau anda tengok mana-mana pelabur bertaraf dunia, mereka pun tak suka asset diversification. Warren Buffet pernah cakap yang asset diversification adalah untuk mereka yang tak pasti apa mereka tengah buat. Siapa beliau? Dia adalah pelabur nombor 1 di dunia.
4. Saya pilih hartanah & emas sebab saya nak kawal pelaburan dan duit saya. Kalau anda tak setuju dan masih mahu melabur dalam unit amanah, terpulanglah kepada anda. Itu duit anda. Tapi jangan bising pula apabila fund manager anda pergi membeli tanah/aset/saham pada harga yang anda sendiri rasa melampau....kikiki
5. Kalau anda melabur dalam unit amanah sebab tiada masa untuk belajar sendiri, saya faham. Ramai client saya di Pokli Wealth Management Sdn Bhd juga meminta saya melabur untuk mereka kerana mereka sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing. Tapi saya akan jelaskan kepada mereka kenapa, di mana, dan sebab saya melakukan pembelian emas & hartanah tersebut untuk mereka. At least mereka faham apa yang saya beli, SEBELUM saya buat pembelian. Fund manager unit amanah anda sekarang ada buat penjelasan sebelum mereka beli?
Belajar dahulu, baru melabur. Saya doakan anda semua lebih kaya dan berjaya.

Anda boleh ikuti berbagai komen dan pandangan di seminar pokli & komen2 whatsapp saya 019-6645066



kawe copy dan edit....
http://thevocket.com/10-hujah-tak-melabur-dalam-tabung-haji-dan-asb/

0 Komen:

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP