Projek 2017
Assalamualaikum wbt
terima kasih pada yang sudi buka blog ini. walaupun saya tahu anda mesti lama dah tak tengok pokli update berita kat blog....maaf...skrg Instagram dan FB lagi laju......blog ini lebih perlahan dan nak kena ruang masa utk menulis...layan je yg mana senang......
tapi takpe...apabila ada ruang saya mmg suka menulis dan kongsi cerita2 pasal pelaburan, perniagaan dan agama..... jurnal dalam kehidupan yang mana boleh memberi manafat kepada warga Maya.... org panggil netizen....
OK..... nak share cerita tahun 2017 ini pokli dipelawa oleh #teampokli utk melebarkan sayap ke luar negara.....wowoowowow bunyi macam best je...maklum la market malaysia dah sesak ke dengan peniaga2 emas?...hehehe takdela....sebenarnya menerima undangan teman saya Dr Zulfifli utk menghantar anaknya belajar "sanad" di pasentren Darul Quran (daQu). Anak Dr Zulkifli iaitu Umar berumur 18 tahun baru lepas habis tahfiz dah telah menghafal al quran akan sambung bersanad dengan Sheikh Ahmad Al Khannas dari Syiria......wowoowowo.....benda ini adalah impian setiap bapa nak sekolahkan anak dan menjadi bekal anak2 yang soleh apabila kita meninggal dunia kelak...kita akan ada harta yang akan sentiasa menghadiahkan pahala kepada kita walaupun kita telah tiada.... kubur kita menjadi taman2 syurga yang mana semasa kita hidup kita kena usaha utk mendidik anak2 kita menjadi anak2 yang soleh dan solehah.. dekatkan diri mereka dengan Al Quran dan Hadis di mana amalan ini berterusan sehingga mereka pun dapan melahirkan generasi yang #celikquran. Alhamdulillah...itu perjuangan saya selepas ini..... terima kasih kepada pembaca blog yang feedback kepada saya dan berdasarkan entry lepas saya dah dapat jawapan kepada persoalan yang bermain di minda ini.
ok pada 13 Jan 2017 kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Jakarta..... berangkat jam 7 pagi menaiki pesawat Air Asia bersama dengan Ustaz Khalil dan Dr Zul ke sana utk menimba ilmu dan kalau ada rezeki dapat berjumpa dengan Pengerusi Yayasan Darul Quran...
plannya apabila sampai nak hantar Umar masuk pasentren dan kami akan lepak2 di hotel sambil2 jalan2 tapi petang lepas jumaat kami tunggu KH Ustadz Yusuf Mansur. berdebar2 nak jumpa agamawan dan billionaries kat Indonesia ini... bila sampai ke pasentren baru saya tahu latar belakang beliau.... riki2 kat fb tgk beliau ada 6.7juta fan page......wowowowoowowo power orang ini...public figure....nak ke dia ber"silaturrahim" dengan pokli yang biasa2 ini...tapi melalui cerita2 Dr Zul insha allah ada rezeki boleh jumpa bersalam2 dan belajar ilmu2 beliau..... sebab ada peniaga dari Malaysia pernah nak datang jumpa hari tunggu 7 hari tak jumpa2...last last balik semula....kena sabar......
apabila sampai sana baru dapat feedback Ustaz tiada di Jakarta....pagi baru bertolak ke tempat lain.......mana tah....sulawesi ke mana...saya pun tak tahu....takpela....malam ini kita plan nak tidur di rest house milik pasentren....sambil2 ambil aura pasentren yang penuh dengan 1200 orang pelajar tahfiz yang 24jam dengan membaca Al Quran dan mengaji ilmu2 agama.....tapi yang best kat sini dekat je dengan airport lebih kurang 2-3 km tapi disebabkan jalan jem kami nak sampai ke sini drive ambik masa 2-3 jam.....owowowowo ujian betul la....
Hari Kedua
pengalaman berada di pasetren ini memberi ketenangan yang luar biasa........bangun tidur malam tu selepas dinner makan nasi ayam penyek tempe goreng dan teh manis betul2 menyebabkan mata mengantuk awal..... hehehhehe sedap la makan sini..maklumla kaki makan........ malam itu kami di temani Ustaz Osman pusing2 pasentren jumpa dengan pak sheikh al khannas (harap betul ejaan)..... mmg kami berpengalaman dapat membaca quran dari Al Fatihah hingga surah Al Nas dengan betul dan bertalaqi dgn Sheikh..... tgk sini la maksud SANAD.
harini kami berjalan2 sekitar Tanggerang sambil beli barang2 keperluan Umar dan tunggu kehadiran Pak Ustaz balik ke pasentren...ada rezeki boleh belajar ilmu2 dari beliau...tapi hampa kami tunggu sampai malam pun pak ustaz tak sempat bersama kami...di khabarkan pesawat tiba waktu malam dan beliau agak capek utk jumpa kami malam tu....... wowowowo sabar kami nak jumpa seorang ustaz yang mempunyai ilmu tinggi dan rangkaian perniagaan yang luas...saya ingat beliau cuma guru agama tetapi menerajui rangkaian beberapa buah pasentren di sekitar indonesia yang belanja yayasan darul quran lebih kurang setahun USD20juta.....wowowowowowo....beliau menginfak harta dan hasil dari perniagaan demi utk agama......wowowowowowowo jarang2 anak2 muda berusia 42 tahun berfikiran jauh macam beliau...... saya kena istiqamah sabar utk jumpa beliau.......selain tu beliau ada pesawat dia sendiri...rangkaian television sendiri...macam kita kat malaysia ada Al Hijrah....dan byk2 la......
1 Komen:
comprare patente
führerschein kaufen
führerschein kaufen
comprar carta de condução
Post a Comment