JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

11 May 2009

Cerita Motivasi - Budak Pandai vs Budak Bijak..

Ini kisah terjadi dalam Kampung Ayer Deras, Wakaf Che Yeh. Terdapat 2 orang sahabat baik, seorang bernama Ali dan seorang bernama Kamal. Mereka ini sedang menunggu keputusan SPM. Masing-masing dah berangan untuk memasuki Universiti menyambung pelajaran dalam bidang Sains Angkasa. Nak ikut jejak Sheikh Muzafar kata mereka..

Semua orang kampung mengenali mereka kerana mereka ini baik dan suka menolong orang kampung. Mereka akan kelihatan selalu bersama dan petang-petang mereka selalu lepak di hujung tanjung sambil memancing..Ali dan Kamal suka berangan-angan bahawa mereka akan masuk satu Universiti yang sama, pergi kampus sama-sama, makan sama-sama, main bola sama-sama dan dating pun sama-sama..

Apabila tiba keputusan SPM diumumkan si Ali mendapat 10A dan si Kamal mendapat 3A 6B. Maka gembiralah mereka kerana penantian mereka berbaloi. Setelah 4 bulan menunggu panggilan Universiti maka si Kamal telah berjaya mendapat panggilan ke Universiti. Tetapi si Ali yang mendapat keputusan lebih baik, tidak mendapat panggilan ke Universiti. Orang kampong pun keliru, mengapa yang lebih pandai tidak mendapat panggilan ke Universiti? Lalu orang kampong pun berjumpa dengan si Ali dan si Kamal yang selalu lepak di hujung kampung. Lalu mereka bertanya pada si Ali, mengapa dia tidak dapat panggilan ke Universiti?

(Mengapa si Ali tidak mendapat panggilan ke Universiti? ) Ramai akan menjawab. Si Kamal ada orang dalam, ada yang menjawab sudah rezeki Kamal dan macam-macam lagi jawapan. Semuanya silap dan jawapannya cukup mudah. Iaitu si Ali itu TIDAK ISI BORANG..Samalah dengan tuan puan sekelian. Sebagus mana pun cerita dan penerangan saya tentang pelaburan ini kalau tuan puan TIDAK ISI BORANG(MULAKAN) dan mulakan maka ianya akan tinggal cerita dan angan-angan yang tidak kesampaian.

6 Komen:

sourplum May 11, 2009 at 9:52 PM  

emas ni bule cagar kt bank tak pok li?

pokli May 11, 2009 at 10:16 PM  

bank rakyak boleh.ar rahnu..ataupun agro bank

sepul_besut,  May 11, 2009 at 11:29 PM  

wahhhh.. btol tuh pokli.. insaf kawe dgr crito Ali n Kamal nie.. kawe mau isi borang jugak lahh..

ayip May 12, 2009 at 8:58 AM  

hehehehe...

input yg bagus...!!!kena mulakan sesuatu...jika tidak..berangan tak ke sudah lar jawabnya...

tQ pokli

pokli May 12, 2009 at 10:31 PM  

so.jom kita pakat beli rumah..aku dah shortlist 2 tempat hot..tunggu hari lelongan je

bird July 14, 2009 at 12:10 PM  

ye btul.. kene isi borang!!.. aku suka crita ni..

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP