JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

26 May 2009

Jadi Jutawan atau Jadi Kaya?

Apa beza antara jutawan dengan kaya?.. kalau dah jadi jutawan tu.. maknanya kaya
lah!.. kalau dah kaya tu pula.. maknanya jutawan lah!..

Itu pendapat orang.. tapi bagi saya.. kaya dan jutawan itu adalah 2 perkara yang berbeza.Bagi saya.. jutawan itu membawa maksud, seseorang yang mempunyai nilai bersih aset yang terkumpul, bernilai sekurang-kurangnya RM1 juta.

Manakala.. kaya pula, bermaksud, seseorang yang merasakan duit di dalam hidupnya lebih dari cukup. Ini juga bererti, orang yang kaya tidak perlu memiliki harta atau wang sebanyak RM1 juta.. jika anda adalah merupakan seorang pekerja makan gaji dan berpendapatan sebanyak RM2,000 sebulan, dan anda merasakan pendapatan itu sudah lebih daripada mencukupi, maka, anda layak di panggil orang kaya. Jadi, tidak salahlah jika rakan-rakan anda memangil anda.. “Hai orang kaya..!!” wowowo

Manakala, bagi orang yang hidupnya hanya cukup-cukup makan sahaja. Iaitu, orang-orang yang cukup bulan.. duit habis… cukup bulan .. duit habis.. cukup bulan.. duit habis.. maka, orang itu tergolong dikalangan orang-orang yang sederhana hidupnya.

Orang miskin?.. orang miskin ialah orang yang asyik tak cukup duit je memanjang dalam hidupnya.. awal bulan tak cukup duit, tengah bulan tak cukup duit, hujung bulan pun tak cukup duit… pendek kata.. memang sepanjang masa lah tak cukup duit. Oh!.. sedihnya.

Kesimpulannya…. orang yang kaya tidak semestinya merupakan seorang jutawan… dan seorang jutawan pula.. tidak semestinya seorang yang kaya.

Untuk jadi jutawan… anda perlukan nilai bersih (aset-liabiliti) sebanyak RM1 juta..Untuk jadi kaya……. anda perlukan hati yang gembira dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.

Saya?.. saya ingin menjadi seorang jutawan yang kaya!amiiinnn…..

8 Komen:

merdeka May 26, 2009 at 5:05 AM  

Dalam tahun ni emas pernah turun usd 880 per ounce. Sekarang dan usd 950 per ounce. Wow, banyak naik tu..

Saya ni masih kategori miskin sebab dapat gaji bayar hutang je. Kena usaha kuat lagi untuk jadi kaya dan jutawan.

pokli May 26, 2009 at 11:11 AM  

ok...let say emas skrg USD950...tapi sebulan dua lepas tu naik kepada USD1000...camna?sib baik saya ada sekilo

sourplum May 26, 2009 at 1:10 PM  

sy nk jadi org kaya la cmtu
berbelanja di bwh kemampuan sndr
xde la asek xckup dt je
btul x
=)

naem May 26, 2009 at 7:44 PM  

alhamdulillah..

saya ni rupanya dlm golongan sederhana...hoho..Tapi sedang merasa tempias golongan kaya la..hahaha..( impian nk jd jutawan )

Mungkin sbb xde lagi liabiliti2 tahap gaban..( keta xde, rumah xde ..)

insyaAllah tahun ni, tahun saving ( RM30K dlm ASB ...dividen blh buat byr liabliti ptptn setiap bulan )

tahun depan, tahun create "good debt"...( ASB OD +Hartanah+bisnes )

Tahun yg ntah berapa depan, dah xjadi tikus miskin lagi.( Duk makan angin...)


Tapi sebelum tu...MESTI kunjung blog ni setiap hari! korek ilmu hartanah pokli sedalam-dalamnya...hoho

Anonymous,  May 26, 2009 at 10:19 PM  

senang je nak jadi jutawan...beli lah POWER ROOT....hehehe.....3.6juta utk dimenangi..tak caya tgk tv3

cdanhash May 26, 2009 at 11:01 PM  

t/kasih pokli... rupa2nya den ni ribuan, sbb aset bersih lebih 1 ribu.. hu..hu...

ade ke gelaran tuuuu......

MattDemon May 27, 2009 at 12:22 AM  

beli power root boleh..itu beli harapan namanya..tak menang beli lagi dan lagi..sampai bila nak invest kepada benda2 yg diluar kawalan kita..kenapa tidak pilih invest kepada sesuatu yg kita boleh nampak dan kawal..

Anonymous,  May 27, 2009 at 11:34 AM  

tapi power root ada khasiat.boleh jadi power ranger mcm En Mattdemon.mana tau ada rezeki boleh jadi jutawan segera

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP