JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

10 May 2009

Jenis-jenis Pendapatan...........dan cara menabung

Kita patut tahu, kita perlu ada 3 jenis income untuk hidup dengan lebih baik. Masalah kita selama ini adalah anda hanya bergantung kepada 1 jenis income sahaja yang dikenali sebagai active income.

i. Pendapatan Aktif (Active Income)

Ini lah yang kita dapat hasil daripada gaji kita dan komisyen. Kebanyakan daripada kita hanya mengetahui untuk mendapat pendapatan aktif kerana anda diajar untuk bekerja keras dan kuat untuk orang lain.Ramai orang mempunyai pendapatan bulan-bulan yang tinggi. Sales RM 1 juta, 3% komisyen sahaja sudah dapat RM 30,000. Wowowowo. Siapa tak syooook.

Permasalahan utama pendapatan aktif adalah, kita perlu sentiasa aktif untuk terus mendapat gaji. Sekiranya kita tidak aktif, maka anda tiada pendapatan. Kalau kita memang enjoy dengan pekerjaan kita tidak mengapa, tetapi sekira ia sebaliknya? kalau kena buang ker....downsize...VSS...paycut(mcm kitaorg skrg kena..huhuuhu..)

ii. Pendapatan Portfolio (Portfolio Income)

Pendapatan yang kita perolehi dari EPF, ASB, Koperasi Felda, Koperasi Bank Rakyat, Tabung Haji, saham amanah, saham syarikat,EMAS dan lain-lain. Ia juga disebut paper assets. Bahasa yang lebih berbunyi financial savvy, ekuiti.....so dah ada peluang tu....cuba la FOCUS.....penuhkan ASB...Koop....Tabung Haji.....pulangan thn lepas....ASB 7%...Tabung Haji 5%.....Saham Bank Koperasi 15%...Saham Bank Persatuan...10%...wowowowo

iii. Pendapatan pasif (Passive Income)

Pendapatan yang anda jana melalui asset yang anda bina sendiri. Sama ada hartanah atau perniagaan. Anda tidak perlu aktif selama-lamanya untuk meraih pendapatan pasif. Anda perlu bekerja untuk satu tempoh masa, dan kemudian aset yang anda bina akan menjana pendapatannya sendiri.

Masalah 90% daripada kita

Majoriti daripada kita hanya tahu untuk mempunya pendapatan aktif, tetapi tidak tahu bagaimana menukar pendapatan aktif kepada pendapatan portfolio dan pendapatan pasif. Sedangkan kerusi pun tidak boleh berdiri dengan 1 kaki, bagaimana anda boleh mengubah kedudukan kewangan kita sendiri sekiranya kita hanya tahu 1 cara menjana pendapatan?
Asas untuk mengubah situasi kewangan kita ini hanya satu. Active savings. Dengan mula menyimpan paling sedikit 30% daripada pendapatan aktif kita, kita akan mendapati kedudukan kewangan kita bakal berubah menjadi lebih baik.
Hah.., sekiranya kita berpendapatan bersih RM 2000 sebulan, kita masih mempunyai RM 1400 untuk dibelanjakan bukan? Rm600 kita simpanla dalam ASB....

Ada di antara segelintir kita apabila ditanya kenapa tidak menyimpan! Ada-ada saja alasan yang diberikan.
“Tak cukuplah.. Mana nak bayar loan kereta, sewa rumah, bil air, letrik, loan study lagi, hutang kad kredit pastu nak hantar duit belanja kat mak abah aku. Ishh.. mana cukup..!”
Tak pun alasan yang biasa kita dengar!
“Keja makan gaji, macam mana nak buat saving.. Asal dapat gaji, duit dah habis bayar segala hutang! Mana nak duit belanja lagi!!
Orang lain pun keja makan gaji. Jika mereka boleh buat simpanan/saving setiap bulan kenapa pula kita menjadikan pelbagai alasan untuk tidak mahu melakukan simpanan! Amalan menyimpan bukanlah sesuatu yang membebankan bahkan ianya dituntut di dalam Islam supaya kita hidup berjimat-cermat.

Menyimpan~

Kebanyakkan daripada kita sering salah erti akan konsep menyimpan yang sebenar. Tradisi pengurusan kewangan yang biasa kita lakukan ialah setiap kali memperolehi duit gaji setiap bulan, perkara yang sentiasa diutamakan adalah untuk melangsaikan hutang dan seterusnya untuk tujuan perbelanjaan. Simpanan! Jika ada lebih, adalah..! Kalau tak dapat buat bulan ni, bulan depan boleh lagi kot!!!

Sepatutnya : Setiap kali memperolehi duit gaji, perkara yang harus diutamakan terlebih dahulu adalah menyimpan, manfaatkan sekurang-kurangnya 30% dari duit gaji yang diperolehi setiap bulan untuk tujuan simpanan. 30% dari duit gaji bukannya banyak sangat pun! Anggaplah ia sebagai sebuah sedekah untuk penat lelah kita bekerja. Takkanlah nak kedekut dengan diri sendiri!...(aka pay to yourself...cakap omputeh skit...heheehe....bukannya pay to yourself tru makan sedap2 di Restoran ternama...5*......beli kereta mewah...dan rumah mewah)

Malas hendak berbaris kat bank! Pulak dah!! Ini bukannya alasan yang munasabah, buatlah potongan gaji setiap bulan, terbaik adalah dengan memilih bank yang ‘memaksa’ kita melakukan pengeluaran hanya melalui buku simpanan sahaja...untuk pengetahuan melalui Maybank2u.com skrg dah boleh transfer duit ke akaun ASB kita.....mudah kan? jimat dah bil parking & petrol...jimat masa beratur kat bank/pejabat pos..Manakala selebihnya barulah digunakan untuk tujuan melangsaikan hutang dan untuk tujuan perbelanjaan.

~ Hanya menyediakan satu akaun bank sahaja. Di situ juga duit gaji masuk, di situ juga duit gaji dikeluarkan untuk tujuan bayar hutang dan duit belanja, dan seterusnya di situ jugalah duit disimpan. Dalam erti kata lain, ‘3 in 1′. Ingatkan hanya minuman segera yang 3 in 1.
Sepatutnya : Bukalah sekurang-kurangnya 3 akaun di bank yang berbeza. Asingkan peranan akaun tersebut. Akaun di bank pertama boleh dijadikan sebagai medium untuk duit gaji masuk, manakala akaun di bank kedua pula boleh digunakan untuk ‘transaksi sibuk’ iaitu transaksi keluar dan masuk seperti pembayaran hutang dan perbelanjaan. Yalah! Kemudahan ‘online’ dan ATM turut disediakan. So, nak bayar hutang pun blehlah melalui internet, kalau nak beli barang pun blehlah singgah ke mesin ATM.

Dan seterusnya akaun di bank ketiga(ASB ker...emas public gold ker....), disiplinkan diri untuk tujuan simpanan semata-mata. Seboleh-bolehnya pilihlah bank yang hanya menyediakan kemudahan pengeluaran hanya melalui buku simpanan sahaja. Dan seterusnya, buatlah potongan gaji sekurang-kurang 30% dari duit gaji dimasukkan terus ke dalam akaun tersebut.

~ Ada juga segelintir dari kita menganggapkan simpanan itu tidak penting! Yalah! Zaman bujang, kita mesti ‘enjoy’. Bila dah nak kahwin, barulah sibuk-sibuk nak buat saving. Tu belum masuk lagi bab lepas kahwin!
Sepatutnya : Kesedaran menyimpan harus ada di dalam diri semua orang. Kita telah dipupuk semenjak kecil agar menyimpan. Sungguhpun didikan ketika itu sebenarnya disalahertikan iaitu hanya menyimpan jika ada duit belanja yang tidak dibelanjakan. Namun, setelah memiliki pendapatan sendiri, amalan ‘hanya menyimpan’ seandainya jika ada duit belanja yang tidak dibelanjakan adalah merupakan konsep pengurusan yang salah. Perkara yang seharusnya yang diutamakan terlebih dahulu adalah menyimpan kemudian barulah digunakan untuk tujuan perbelanjaan dan melunaskan segala hutang.

Ingat! Hidup itu tak selalunya indah. Kita tidak tahu bagaimanakah keadaan kehidupan kita di masa hadapan! Ntah senang! Ntah susah! Kita sentiasa berusaha dan berdoa agar dimurahkan rezeki dan hidup senang lenang. Namun, seandainya kesenangan yang telah dilimpahkan menjadikan kita lupa dan kita lalai untuk beringat sebelum terkena. Maka ingatlah, tidak mustahil juga satu hari nanti kita akan diuji dengan musibah.

Amalan menyimpan bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. Seharusnya kita tidak menjadi pelbagai alasan untuk tidak menyimpan. Manfaatnya bukan untuk dirasai pada hari ini tapi pastinya untuk di hari-hari yang mendatang. Ingat, seandainya kita masih gagal untuk menyimpan usahlah bermimpi untuk melompat ke dunia pelaburan pula..! Kenapa? dan Mengapa?

6 Komen:

sourplum May 11, 2009 at 2:17 AM  

kalau la sy menyimpan sejak awl msuk universiti kn bgus..
ni x. asek pk nk beli ape je ng duit tu
-buat downpayment beli kete la
-msuk mlm la

da 3rd year baru sedar
alhmdulillah la sedar jgk
klu x. smpai bile2 pon hidup mcm dlu

blogresipi.com May 11, 2009 at 5:38 AM  

Baguslah sourplum masih belum terlewat. Saya lepas 3rd kahwin baru sedar dan insaf.

Matlamat pertama langsaikan hutang kad kredit menjelang Disember 2009.

juruukur,  May 11, 2009 at 9:56 AM  

pokli.. hebat mu.. ha ha ha

pokli May 11, 2009 at 10:40 PM  

takde la hebat.sekadar berkongsi.saya ni mmg suka menyimpan.

ayip May 13, 2009 at 10:46 AM  

pokli...suka nasihat awak...

alhamdulillah..sy celik kewangan masa 4 thn sudah...masa tu umo..25 thn..target 2 thn masa tu nak kawen dan beli umah..

jodoh xsampai..jadi..duit yg ada..p beli umah..kalau ikut ckp nafsu..memang duit tu wat muka beli keta...tp Allah gerakkan hati sy tuk beli umah..

alhamdulillah..dengan gaji ciput..keje kerani..sy dapat membina sket2 kekuatan kewangan..

t/kasih pokli...penambahan info yg berguna ini...

pokli May 14, 2009 at 1:54 AM  

sharing is caring.anda berjaya siapa yg gembira?awak dan keluarga awak jgk.kalau harta dah byk.berlungguk beratur nak tackle anda.tak caya penuhkan dulu pasif income anda

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP