JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

21 September 2019

Tauke Emas bina Masjid

Assalamualaikum wbt


alhamdulillah last week pokli dan geng2 pelabur tegar berpeluang ke bumi Acheh atau dikenali serambi mekah melawat negeri yang telah di uji oleh Allah swt dgn ujian yang berat. pada 15 tahun lepas bumi acheh telah di landa tsunami 26 disember 2004. trip ini kami panggil "mencuci kolam jiwa" yang terdiri dah geng geng investor #teampokli seramai 7 orang....mmg balik dari acheh kolam jiwa kami dah dibersihkan oleh pengalaman dan kesan tsunami yang telah membadai hati kami....kesan dia amat menyentuh perasaan dan mengisnsafkan kami.terima kasih ketua trip Abang Emsen yang bersusah payah menganjurkan trip ini dan bawa kita semua tempat2 bersejarah untuk kita kenal each other.

ok...apa yang paling saya teruja adalah apabila Allah turunkan ujian pada kita.....Allah nak test bagaimana kita terima ujian yang Allah bagi..Allah ambik orang yang kita saya....Allah ambik harta yang kita kumpul selama ini...Allah uji dengan mematikan kawan kawan dan saudara mara kita. Peristiwa Acheh tu telah meragut lebih 230,000 nyawa .Ibarat padang jarak padang terkukur jadinya.
bagaimana kalau Allah uji kita dengan ujian yang besar ini.  Hanya ALlah je yang tahu ujian yang diberikan dan biasanya ujian yang diberi adalah mengikut kemampuan hambanya.......bersabarlah
Apabila sampai di Acheh lepas turun dari pesawat kami terus pergi ke  bandar Acheh.....dalam perjalanan kami singgah ke kubur besar yang menempatkan warga acheh yang terbunuh ketika tsunami melanda. kubur massal ini adalah kubur 1 liang yang di gali sebanyak 3 lapis kubur yang menempatkan lebih 46 ribu orang sekaligus. mayat mayat yang mati shahid itu diletakkan di tepi jalan dan dipunggah ke liang lahad ramai2 ini...massal......menurut edi (tourist guide) ada lebih 8 kubur besar macam ini di acheh....pada ahli keluarga yang mengenali mangsa yang mati boleh ambik dan kebumi sendiri...kalau tak...semua di makamkan di sini beramai2...termasuk semua agama, bangsa dan lelaki perempuan....

ini andalah masjid yang pokli kunjungi yang mengikut apa yang diceritakan oleh tourist guide kami Abang Edi seorang pelajar tahfiz yang pernah berpraktikal di Damansara bahawa ombak setinggi 3 kali pokok Rhu.....huhuhuhuuhuhu telah memusnahkan banyak kediaman , rumah kedai, toko dan sebagainya..tapi masjid masih selamat...tapi sehingga harini.....arah kiblat dalam masjid telah berganjak...telah berubah sedikit ke arah kanan...jadi pihak masjid terpaksa tukar arah kiblat tidak mengikut arah masjid akibat dari peristiwa tsunami ini...ini menunjukkan kuasa Allah yang mampu mengubah masjid setinggi 4 tingkat teranjak arah kiblat.....macam mana perkara ini boleh berlaku? wallahualam

edi seorang pelajar tahfiz di acheh menjadi tourist guide kami
kat belakang pokli dan geng2 ini adalah aras tinggi ombak tsunami di kawasan ini.....ombak ini telah menghayutkan kapal penjana elektrik yang berlabuh di tepi sungai...tapi di hanyutkan ombak sampai ke tengah tengah kampung...menurut penduduk..kapal ini adalah penjana elektrik kepada warga acheh selama ini....

sebesar kapal ini boleh hanyut ke daratan dan kata Edi....ada rumah warga Acheh di bawah kapal ini. Mungkin arwah dah tertimbus oleh kapal ini dan bersemadi di bawahnya.....wallahualam...sedih sungguh........skrg kapal ini tak boleh pindah..kalau nak pindah kena buat satu saliran sungai untuk membawa ke laut....atau....tarik dengan krem besar? boleh ke? atau potong kecik kecik besi ni dan jual besi buruk...atau berlaku tsunami sekali lagi dan dapat alihkan kapal ini...ataupun.... biarla kapal ini berakhir di sini menjadi muzium tsunami buat pelancong pelancong yang melawat bumi acheh. semoga ikhtibar ini menjadi pengajaran buat kita semua...tiada yang mustahil di sisi Allah swt.

kubah ini juga yang berada di atas sebuah masjid telah di hanyutkan oleh ombak tsunami ke tempat lain yang jaraknya beberapa km dari masjid. menurut Edi... ada warga acheh yang menyelamatkan diri di masjid berada di dalam kubah ini semasa di badai tsunami...mereka turut di bawa arus sekali.....macam mana kubah berat ini boleh diangkat Air??? perrrhhh mcm tak logik tapi..tula kenyataan.....
Masjid yang di bina oleh seorang tauke emas di acheh bernama Haji Keuchik Leumiek di kampung Lamseupeung telah membina sebuah masjid.... Perhhh ni salah satu impian den..... nak bina masjid sendiri hasil pelaburan dan perniagaan suatu hari nanti......

Doakan yer..saya berimpian untuk membina masjid seperti ini insha Allah lepas ni........

Bina masjid hasil dari perniagaan dan pelaburan yang di buat selama ini. baru ada keberkatan rezeki yang kita dapat dan sumbangkan ke jalanNya...insha allah..
Den berpeluang bersolat jamak magrib dan isyak di masjid ni.. Yang best penuh jemaah dari warga setempat dtg ke masjid..

pengalaman membina masjid dengan sendiri milik tauke emas acheh ini menjadi inspirasi buat kami uantuk buat benda yang sama... nak berjaya..kena follow orang berjaya....kita buat duit dan duit banyak banyak nak buat apa? semua adalah HAK orang..kita di pinjamkan.....best betul kalau pokli meninggal dunia dan ada masjid sendiri yang setiap waktu ada orang sedekahkan pahala berterusan buat kita di kubur kelak.....doakan yer....semoga impian ini tercapai...........
memang trip mencuci kolam jiwa yg telah kami rancangkan ini bersolat berjemaah dan melawat masjid masjid sekitar Acheh......ada yang tenggelam di landa tsunami tapi langsung tidak terjejas...malah masih boleh digunakan sampai sekarang...
kami tidur bertiga bersama abang emsen dan ustaz raisol......kat sini mengamalkan undang undang islam....baguss........... amalkan HUDUD demi kemaslahatan ummat yang semakin teruk di landa badai akhir zaman ini....dengan pergaulan bebas... aktiviti sosial yang mendorong sex bebas dan zina...wallahulam...moga Allah lindung kita dari maksiat yang hina ini agar menjadi orang orang yang soleh beramal kebajikan...
ini antara peraturan yang di buat di Acheh.........buat silap akan kena rotan...sesuai dgn undang2 Islam
kalau di tangkap khalwat boleh di denda maksima 300g emas atau sekarang bersamaan RM60k.....

kapal ni adalah yang dihayutkan oleh ombak tsunami dari tengah laut dan pergi ke kampung berdekatan sungai....parking atas rumah orang kaya tauke pertamina (stesen minyak). orang kampung yang sedang menyelamatkan diri di rumah tu ingat ada kapal datang membantu mereka....rupanya kapal tu hanyut di bawa ombak dan pemandu bot tu sedang tidur...apabila kapal tu berlabuh di atas rumah ini.orang kampung seramai 59 orang tumpang menyelamatkan diri dari menjadi mangsa tsunami dan berteduh di atas kapal ini.mereka semua terselamat...dan pemandu bot terpinga pinga kenapa ramai orang atas kapal......
makcik yang terselamat menceritakan kepada kami peristiwa 15 tahun lepas dengan penuh keinsafan....beliau sekarang yang terselamat sekarang dah berumur 75 tahun.........bayangkan masa berlaku ttsunami dia berumur 55 tahun dan berusaha memanjat kapal ini untuk meyelamatkan diri..air di tingkat 2 rumah dah dipenuhi dan nyaris2 nak tenggelam rumah 2 tingkat tu.....tapi bila ada bot sampai.mereka anggap tu adalah bantuan dari Allah yang menyelamatkan mereka seramai 59 orang..... alhamdulillah...skrg makcik ni menjadi official speaker untuk bot atas rumah yang menjadi tinggalan sejarah buat warga pelancong yg melawat acheh nak tahu kisah sebenar....boleh la kita sedekah buat beliau dan penduduk kampung masa melawat tu...dia siap ada buku yang diceritakan pengalaman semasa tsunami

semoga pengalaman yang kami kutip selama 3 hari 2 malam ni Acheh dapat menjadikan bekal untuk kami meneruskan hidup selepas ini......rasa insaf dan bertaubat sentiasa ada dalam hati kami...setiap hari kena bertaubat.....

jutawan hartanah ada berpuluh2 buah rumah pun naik ekonomi class je.....bonding dgn kitaorang...sambil2 share ilmu pengetahuan pinjaman allah swt...



Kita kena amalkan zikir penghulu istifar 2x sehari waktu pagi dan magrib....anda dah baca penghulu istifar? mohon allah ampunkan dosa dosa kita.......yang mana kita kena sentiasa mengucap kalimah shahadah setiap kali solat......memperbaharui shahadah kita kadang kadang kita murtad kerana menyekutukan Allah dan membesarkan benda lain selain Allah...........astarfirullah hal azim....moga Allah jaga akidah kita dan sentiasa beriman pada Allah swt
semoga kalau kita mati dimasukkan allah ke dalam syurga apabila mengamalkan doa ini....aamiin...

semoga lepas ni kita tanam impian nak tambah ASET kekal buat kita di akhirat kelak....cari pasif income yang akan menjadi amalan dan pahala berganda ganda di akhirat nanti...jangan lupa setiap hari amalkan membaca Surah Al Mulk sebelum tidur.....moga Allah lindung kita dari fitnah kubur.......baca Surah Al Kahfi...10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir....untuk elak fitnah Dajjal....amalkan baca Surah Waqiah....semoga mendapat keberkataan rezeki dan amalan....serta baca Surah Al Baqarah pada waktu lepas subuh dan mahrib.....5 ayat pertama baqarah...ayat qursi dan 3 ayat terakhir....moga Allah sentiasa bagi kita protection dan taufik hidayah mendapat kebahagian dunia dan akhirat....aamiinnnn

semoga bermanafaat

1 Komen:

yeLLoWguRLz April 14, 2020 at 9:32 PM  

Alhamdulillah... perkongsian yg hebat. Tq tuan haji

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP