JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

13 September 2019

Jangan Baca Rahsia Orang Berjaya Ada 70 Rumah

JANGAN BACA INI RAHSIA ORANG BERJAYA?
Sekian lama sepupu aku yang berada di lembah klang, dia pulang bercuti 3 hari awal muharam ke kota bharu, setelah bertahun aku tidak bertemu dengannya. Itupun sebab ada urusan keluarga terjumpa kat kampung. Rezeki boleh la sembang sembang share kenang nostalgia mandi tali air kat kampung. Dan dulu nyaris nyaris aku mati sebab lemas dalam tali air. Kalau tak dah arwah aku dulu. Maklumla buas sangat.. Kikikikiki
Jadi rezeki aku pada hari tu, sempat juga aku berbual panjang dengannya, yalah aku dengan dia memang rapat sejak aku kecil lagi. Cuba sejak dia berhijrah ke lembah klang menyebab kami cuti tak sama dan ada komitment keluarga menyebab kan jarang berjumpa. Walaupun kat lembah klang tapi jarang jumpa. Yela semua sibuk dengan hal duniawi... Nak menimbunkan harta yang tak pernah cukup. Keh keh keh..
Kazen aku sebelum ni, adalah bekas seorang usahawan yang memiliki aset 70 buah rumah sekitar lembang klang. Dia masa dia ada bisnes dia pergi beli rumah banyak2... Maklumla kemudahan kredit dari bank dia apply loan beli kedai, rumah pangsa, apartmentkondo.. . Bila bisnes tu dan tutup. Dia makan sewa hasil dari sewa, jual beli rumah sebijik setahun dan homestay air bnb la... Hari hari biasa pergi berjalan seluruh dunia sambil layan ride motor harley dia dan selalu hobi memancing dia yang selalu dia buat tu isi masa yang ada. Maklumla dah tak kerja.
Dari cerita kazen aku, dia ada 'tanam' RM200k setiap anaknya dalam ASB. Anaknya ada sebaya anak sulong aku.ko bayangkan semua anak dia dah penuh tu akaun remaja.
Bayangkan, lepas anaknya 18 tahun berapa ribu dah beranak duit tu. Agak2 korang berapa? Huhuhuhuhu dapatlah seorang Rm1juta SEORANG.huhuhu
Bila dah lama tak jumpa, aku ambil peluang lah nak korek-korek ilmu ni dari sepupu aku ni. Bukan orang lain. Saudara mara dia jugak kan. Aku pun tadah telinga dan dada kosong sebab nak isi dengan ilmu ilmu power yg mungkin aku tak pernah tau.
Kazen aku bukak 1 persoalan,
"Li. Katakan, kau ada RM10,000. Katakan lah kau jumpa satu kaedah yang untung 10% sehari. So, hari pertama, kau dah untung RM1000. Ok, esoknya kau nak buat macam mana?"
- "Standard. Esok kawe ganda lagi. 1 kitaran Cycle. Labur RM11,000. Kalau ikut 10%, lusa tu kawe dapat RM1,100. Senang kan." sekali harvest.
Ini mindset aku lah, apa orang panggil tu, 'Snowball effect'. Atau orang sebut 'compounding'. Selalu tengok Zaidi Urusinsan selalu tulis kat wall dia. Dan kawan2 yg penah personal coaching dgn dia pun ada la bagi tips2 skit..
Kazen aku bagi pen, suruh aku conteng hasil memukat 1 minggu.
Case Study 1:
Hari 1 = Modal RM10,000, untung RM1000
Hari 2 = Modal RM11,000, untung RM1100
Hari 3 = Modal RM12,100 untung RM1210
Hari 4 = Modal RM13, 310, untung RM1331
Hari 5 = Modal RM14, 641, untung RM1464
Pada hari ke-5, jumlah duit di tangan kawe, akan dapat RM16,105. Kan?
Kiranya, dalam 5 hari, aku dapat lebihan RM6105.
"Ok, berapa lama demo nak konsisten?" Dia tanya lagi.
- "Selagi untung, ambo tambah lagi modal. Bukan senang nak untung 10%. Harian tu"

"Cara tu tak salah li. Ok, kau tengok pulak method aku ni. Ni teknik TOP SECRET YER!" jangan ajar orang lain.. Rahsia
Ok, aku dah excited nak timba ilmu power. Tak sabar nak tengok teknik dia.
Kazen aku pun sambung lukis di bawah apa yang aku tadi lukis tadi,
Case Study 2:
Hari 1 = Modal RM10,000, untung RM1000
Hari 2 = Modal RM10,000, untung RM1000
Hari 3 = Modal RM10,000, untung RM1000
Hari 4 = Modal RM10,000, untung RM1000
Hari 5 = Modal RM10,000, untung RM1000
Aku cam pelik... Aik? Apa yang powernya? Boring je hari-hari untung sama. Kan?
So, kiraan boring tu, pada hari ke-5, jumlah duit di tangan aku, akan dapat RM15000.
Nampak beza dia?
Case Study 1  = Untung RM6150
Case Study 2  = Untung RM5000
Aku balas seloroh,  "TOPPP SECRAT lah sangattt... Choiii.." << Kami memang selalu berseloroh ala poyo macam tu ;) MAPUH ore kelate kato
Dia pun senyum je.
Dia buka henpon huawei p30 pro , dia buka akaun maybank2u dia, tunjuk duit dia dalam tu.
Terdiamlah aku. Aku tak sebutlah berapa angka yang aku nampak, tapi kalau kau tengok pun boleh terdiam. Nate sungguh.. Panas ni.. Kalau aku nampak dah masa depan.
Dia tunjuk semua log transaksi dia dalam sistem accounting . HARI-HARI. (Belas-belas % pun ada juga).
Ada juga yang dia rugi, tapi biasanya tak lebih lah daripada hari sebelum tu.
Dalam diam, aku faham akhirnya.
Teknik dia tak gempak pun. Tapi pesanan dia ni lah bagi aku mindset yang bagus bagi pelabur top secret
1. Li, bila kau boleh buat untung RM1000 setiap hari, kau mesti akan terfikir yang cara kau trading tu dah cukup bagus.
2. Esok, lusa, tulat, tubing, tungging demo ulang sampai seminggu. Nampaknya cara kau tadi dah cukup terbukti berjaya dalam seminggu.
3. Orang biasher-biasher, apa dia akan buat lepas tu, dia akan tambah lagi jumlah modal dia. Buat loan, jual rumah, jual aset, jual EMAS, JUAL PERAK, JUAL JAM ROLEX Inilah masalah COMPOUNDING KAN?
4. Ia akan buat demo TAMAK dan pemalas NAK MAMPUS. Demo nak lebih di hujung, tapi kadang-kadang kat tengah-tengah demo akan keluarkan juga. Sebab demo rasa dah cukup banyak. Last-last, bila kena uji sikit, terduduk terus. UJIAN 3 TA
5. Demo tahu tak, orang kaya-kaya top top secret  yang kau nampak berjaya tu, dia tak tamak.
6. Sahabat baik orang berjaya, adalah RUTIN YANG MEMBOSANKAN. Kita kan buat benda yang sama setiap hari. Setiap minggu. Setiap bulan. Malah setiap tahun
7. Orang berjaya ni, dia cipta kejayaan (untung) kecil untuk satu hari, itu dah cukup bermakna bagi dia. Yang penting setiap hari dia UNTUNG
8. Sebab, dia akan ulang-ulang setiap hari kejayaan kecil tu. Tak tahulah, mungkin bertahun. Berdekad. Berabad. Bosan gila. Atau yang orang putih sebut domino effect.
9. Dia tak pernah impikan kejayaan yang besar pun. Baginya, dia rasa dirinya paling berjaya kalau dia dapat bertahan lebih lama. Tu je. Istiqamah setiap hari. Macam yang ustaz ajar kat masjid hussin. Tak perlu baca, sedekah atau zikir yang banyak sekali GUS buat arini.. Pastu takde buat dah esok.LUSA.. TULAT. Paling bagus buat benda yang sama biar SIKIT TAPI istiqamah setiap hari membuatnya. Itu lagi dipandang Allah swt. Walaupun baca 1 muka quran sehari dan wirid yg sama je setiap hari. Huhuhuhu
10. Hidup ni bosan sebab Tak ada TV, tak tengok wayang, tak makan kat luar. Tak suka bercuti. Dahlah BOSAN hidup dia, BODOH pulak tu.
11. Bodoh, sebab dia tak tahu pun banyak teknik. Dia cuma tahu 1 atau 2 cara je untuk mencapai 1 matlamat.
12. Dari BOSAN dan bodoh itulah, dia terima ketenangan. Kerana tenang, maka semua keputusannya menjadi RASIONAL. Tak terganggu dengan dunia sekarang yang banyak fitnah akhir zaman.. Amalkan baca surah al kahfi setiap hari. 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir secara istiqamah.
13. Akhirnya, dia menang dalam permainan yang dia saja pemainnya.
Kerana, yang lain,telah bungkus di tengah jalan. Dari takde hutang kepada sifat tamak yang pergi galas beban baru. Buat pinjaman baru. Gali lubang tutup lubang dan tamak nak untung banyakk..
Klik SHARE, sebab anda telah belajar sesuatu yang lebih mahal daripada seminar motivasi berbayar. Ada kawan fb saya buat seminar kena caj rm3000.. Yang datang 2000 orang... Perrhh patut dia kaya.. Pandai buat duit.. Pandai dia buat peluang kat orang malaysia yang malas dan banyak tengok tv drama melayu yang acah acah kaya. Tu belum. Layan istagram kaya ala ala mewah giler.. Keta mewah.. Mcm2 la... Pening tengokkk.. Riak dan ujud je setiap hari pamer kekayaan.. Pamer kereta.. Pamer aset2 yg dia ada... Phuiiiii.. Semoga hari jumaat yang barakoh ni kita banyakkan amalan yang istiqamah. Baca surah al kahfi. Selawat atas baginda rasulullah saw. Bersyukur dikurniakan nikmat iman. Nikmat hidup yang tenang. Di beri ilmu yang bermanafaat yang boleh dikongsi pd orang lain. Ilmu yang bermanafaat boleh menjadikan saham kita.. Bekalan kita di akhirat kelak. Walaupun kita tulis di fb, ig, wasap, telegram, blog tapi ilmu yang disampaikan dapat "reach" ramai orang seluruh pelosok dunia. Ko bayangkan bila dah mati kelak. Orang amalkan ilmu yg kita kongsi. Ilmu jangan TAMAK. iLMU JANGAN takut. Ilmu baca surah Al Kahfi. ILMU PELABURAN, ilmu mind setting, tu belum yang kocing one tu one. Yang belajar kot wasap dan tak pernah jumpa. Dia sembang dgn kita macam kenal dan baik giler. Tapi profile wasap dia gambar kucing.. Tapi jenis saya ni layan je semua orang. Malas nak musuh dan dendam dengan sapa2. Orang buat jahat ke kita pun.. Kita move on.. Maafkan dia.. Bukan buat jahat dibalas jahat tapi.. Kota balas dgn senyuman. Best kan hidup yang tenang.. Sifu sayabpun pernah ajar.. Kalau orang baling ko dengan pasu bunga... Ko siap bagi dia duit lagi.... Jgn la ko baling dia dgn pasu juga.. Bagi dia bunga (interest).. Hehehee ajar dia. Sebab hidup kita ni indah sebenarnya.. Ko bayangkan kalau amalkan surah al mulk setiap hari. Dalam kubur esok. Malaikat tak soal banyak ko. Ada quran yg akan protect ko bila di sana. Fitnah kubur oun takde... Hrrmmmm amalkan yer... Setiap hari... Ko yang untung 10% setiap hari ko ambik ilmu tu.. Tapi yang untung kekal di sana sehingga masuk syurga ko tak buat.. Buat yer.. Semoga sesiapa yang pernah buat benda tak baik pada saya, dengki pada saya, fitnah saya macam macam.. Saya maafkan.. Saya redha dengan ketentuanNya. Sebab anda buat saya begini.. Hidup saya makin tenang. Tak perlu saya nak cari compounding interest yang terlalu banyak dan tamak untuk jadi lagi HALOBA. Syukur alhamdulillah.. Saya setiap hari sebelum tidur mmg maafkan semua orang... Takde salah apa pun. Biasa la dalam kehidupan ni kita nampak orang punya memang sedap... Semua yg orang ada sgt mengiurkan..sebab apa... Hati ko penuh dgn bisikan syaitan... Ko tak pagarkan hati ko dengan amalan berzikir....Kadang2 zikir tak perlu panjang.. Cukup yang paling ringan dibibir tapi paling berat amalan di akhirst kelak.... Subhanallah wabihamdih.. Subhanallah hilazim..... Amalkan tu je.. 100 pagi.. 100 petang..... Penghulu istifar.. 2x sehari.. Selawat 80x selepas asar....
Bila syaitan dah tak bertenggek kat hati ko.. Jiwa ko TENANG... senang ko nak buat popit hari2.... Hehehehe.. Takperlu nak memimjam bagai semata2 nak compounds interest... Ingst tu......... Isitqamah.. Apa2 x paham pm pokli
Jazakallahu khairan khatira

0 Komen:

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP