JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

22 September 2019

Memberi hutang lebih baik dari sedekah?



:: MEMBERI HUTANG LEBIH BAIK DARI MEMBERI SEDEKAH?! ::
Assalamualaikum semua.
Hari ni nak berkongsi tentang persoalan di atas. Saya pasti ramai orang yg mula dilanda dilema apabila datang 2 pihak pada waktu yang sama dengan hajat yang besar. Satu pihak membuka ruang untuk kita bersedekah manakala satu pihak yang lain ingin meminjam sedikit lebihan rezeki kita untuk meneruskan hidupnya.
Ini juga yang berlaku kepada saya dalam 3 hari lepas. Bersyukur kepada Allah kerana dengan berbisnes sekarang, sudah semakin hilang rasa 'berkira' dengan rezeki Allah ini. Datang seorang memohon sedekah manakala yang lain memohon hutang. Terbelenggu sekejap saya dalam dilema. Akhirnya, saya pilih untuk memberi hutang :)
BERSEDEKAH VS MEMBERI HUTANG
Para ulama berselisih pendapat di dalam masalah ini tetapi kita sebagai orang awam hendaklah merujuk kepada pandangan jumhur/majoriti ulama yang menyatakan bahawa memberi hutang kepada orang lain adalah lebih diutamakan berbanding memberi sedekah.
Ini berdasarkan beberapa sebab:
1. Orang yang membantu saudara muslimnya yang susah dengan memberikan hutang dan pinjaman adalah satu perbuatan yang mulia di sisi Allah berdasarkan firmanNya:
.
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya?......" (Surah al-Baqarah ayat 245).
.
Orang yang membantu saudaranya walaupun tanpa melibatkan soal kewangan akan dibalas oleh Allah dengan balasan yang besar seperti yang diceritakan dalam hadis Nabi SAW ,"Barangsiapa yang melepaskan saudaranya dari kesusahan di dunia nescaya Allah lepaskannya dari kesusahan di akhirat". Maka, bagaimana pula dengan orang yang sanggup memberikan hutang atau pinjaman kewangan kepada saudaranya demi meringankan beban hidupnya?
2. Memberi hutang lebih besar ganjaran pahalanya daripada bersedekah kerana orang yang meminta sedekah hanya ingin mencukupkan keperluan hidupnya, sedangkan orang yang ingin berhutang dan meminjam adalah untuk keperluan hidupnya bukan semata-mata kemahuan. Tiada orang yang akan menjatuhkan maruah dirinya dengan meminta hutang dari orang lain melainkan ia berada dalam keadaan yang benar-benar sempit. Sabda Nabi SAW:
“Pada malam aku diisra’kan (Mikraj) aku melihat tulisan di atas pintu syurga, ‘Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda‘. Aku bertanya Jibril kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah? Jawabnya, kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan” (Hadis Riwayat Ibn Majah dan Baihaqi)
.
3. Jika dilihat dengan lebih mendalam, ternyata kesan sedekah dan pinjaman memiliki pengaruh yang berbeza tingkatannya. Tidak sama dengan kesan bersedekah dari segi keutamaannya. Mungkin kesannya tidak terasa dan kurang mendalam, baik di hati pemberi maupun penerima ataupun hanya salah satu daripada keduanya sahaja yang terkesan dengan pemberian tersebut.
Sebabnya pemberian sedekah cenderung bersifat instant dan tidak adanya perjanjian antara si pemberi dan si penerima. Pemberian sedekah kurang kuat dalam membangkitkan rasa tanggungjawab dan berdikari si penerima. Sebaliknya, sistem pinjaman dan hutang akan mencipta kesan moral untuk bersikap jujur, bersungguh-sungguh, bertanggungjawab dan bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang maksima demi melunasi hutangnya. Walau bagaimana pun, tidak kita nafikan bahawa ada juga sesetengah manusia yang tidak bersikap seperti ini pada zaman sekarang.
Sistem pinjaman dan hutang juga akan tetap menjaga harga diri dan kemuliaan kedua belah pihak serta menjaga diri kedua belah pihak dari jatuh sifat-sifat mazmumah. Berbeza dengan sedekah yang kadang-kala dapat mendatangkan riya, sum’ah, dan takbur bagi si pemberi sedekah, nauzubillah dan timbul rasa 'pengemis' dalam diri si penerima.
Tanpa disedari, sedekah akan mengajarkan dan membentuk “mental pengemis”. Posisi penerima sedekah seolah selalu berada di bawah sehingga dapat menurunkan darjatnya. Sedangkan sistem pinjaman dan hutang lebih berorientasi pada kesamaan darjat, karena posisinya berada di bawah transaksi kesepakatan (akad). Penerima pinjaman akan berusaha menjaga komitmennya untuk mengembalikannya pada tempoh tertentu sambil berusaha dan bekerja.
SIKAP ORANG YANG MEMBERI HUTANG
Berdasarkan dalil di atas, tentulah kita bersetuju bahawa memeberi hutang itu lebih utama di samping kita tidak menolak bahawa bersedekah juga adalah sangat baik dan mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu. Walau bagaimana pun, amalan yang baik tidak menjadi amalan yang diterima Allah jika tidak disertai syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.
1. Ikhlas dan redha
Ini merupakan syarat utama dalam muamalat atau sistem ekonomi Islam, saling meredahai antara kedua belah pihak dalam satu akad yang difahami. Jangan dihinakan si peminta hutang kerana mungkin rezeki kali ini rezeki kita dan siapa tahu ke depan nanti kita pula yang meminta hutang darinya.
2. Kadar hutang diketahui ketika hutang dibuat
Sama ada dalam bentuk sukatan, timbangan, bilangan atau ukuran supaya barangan ini boleh dipulangkan seumpama dengannya atau lebih baik daripadanya. Dalil tentang cara mengurus hutang ini seperti menulis jumlah hutang, tempoh hutang dan mengadakan saksi telah digariskan dengan jelas oleh Allah dalam surah Al Baqarah, ayat 282.
3. Hutang sunat ditulis
Ini bukan syarat tetapi tambahan hukum dalam masalah hutang yang saya lihat sangat patut diamalkan pada zaman sekarang. Ramai orang kini lebih senang meminta hutang dan kurang yang suka untuk memulangkannya walaupun akad dan janji telah dimeterai suatu ketika dahulu. Hukuumnya jatuh kepada wajib jika dikhuatiri menimbulkan permusuhan dan perselisihan pada masa akan datang.
4. Tidak boleh mengenakan bayaran tambahan ke atas hutang
Jumlah tambahan ke atas hutang itu dikenali sebagai 'riba' yang amat dilarang dalam Islam. Apa sahaja nama yang digunapakai seperti bunga, faedah, premium dan sebagainya adalah termasuk dalam kategori riba selagi mana ianya menepati definisi riba yang dimaksudkan.
Jika orang yang berhutang hendak memberikan lebihan saguhati kepada pemberi pinjaman ketika pemulangan hutang, maka perkara ini adalah dibenarkan dalam Islam tetapi tidak boleh dijadikan syarat dalam pinjaman itu sedari awal.
5. Melonggarkan syarat hutang:
Islam adalah agama yang sangat memahami kedudukan ekonomi manusia dan yang paling baik, Islam menggariskan panduan yang bersifat manusiawi atau keinsanan dalam menguruskan masalah yang kompleks ini. Sebaiknya kepada pemberi hutang untuk melonggarkan jumlah hutang dan tempah pembayaran semula hutang tersebut.
Rasulullah SAW bersabda; “Barang siapa yang memberikan kelonggaran waktu pada hutangnya orang fakir dan miskin atau membebaskannya, maka Allah memberikan kepadanya naungan di hari kiamat di bawah naungan arasyNya, ketika tidak ada naungan kecuali naunganNya .” Riwayat Imam Al Tirmizi.
SIKAP ORANG YANG BERHUTANG
1. Berhutang untuk keperluan hidup bukan kemahuan.
Islam membenarkan hutang dengan syarat ia mestilah suatu keperluan hidup seperti makanan, tempat tinggal, kenderaan dan pakaian. keperluan ini adalah mengikut uruf/keadaan sesuatu zaman. Berhutang untuk kemahuan dan kemewahan adalah makruh dan sangat-sangat tidak dianjurkan oleh Islam kerana persoalan hutang berkait dengan hidup mati roh seorang manusia.
Nabi SAW bersabda,"”Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya”.
2. Wajib berniat untuk membayar hutang tanpa menangguhkannya sekiranya telah berkemampuan.
Rasullullah SAW mengecam orang-orang yang menangguhkan bayaran hutangnya sedangkan mereka itu kaya atau berkemampuan untuk menjelaskan hutang mereka. Tindakan melewatkan bayaran hutang ini seolah-olah menafikan hak orang yang memberikan pinjaman, kerana mungkin mereka memerlukan pula wang tersebut untuk tujuan kemaslahatan yang lain.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Menunda-nunda orang kaya untuk membayar hutang (memberi hak kepada orang lain) adalah zalim”  Hadis riwayat Imam al- Tirmizi
Sabda Rasulullah: Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar adalah satu kezaliman, halallah maruahnya dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya)". Riwayat Ibnu Majah.
Rasulullah SAW juga bersabda; “Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya di hari kiamat:"Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku? Maka diambillah amal kebaikan orang itu, dan diberikan pada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu, diberikan pada orang-orang yang berhutang.”
Mengambil kira dari nas di atas, adalah lebih baik bagi orang yang berkemampuan untuk memberi hutang kepada saudara seIslamnya yang memerlukan dan meringankan bebanan orang lain dengan jalan hutang atau pinjaman ini. Sekiranya seorang itu benar-benar berkemampuan, maka buatlah kedua-duanya, memberi hutang dan bersedekah sesuai dengan pendapatan yang diperoleh.
Pesanan saya juga, pilihlah orang yang hendak berhutang itu, selidiki sikit sebanyak latar belakangnya agar tidak timbul sesalan di kemudian hari. Jika ia satu keperluan, berikanlah. Jika hanya untuk penuhi kemahuan, elakkanlah.
*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

0 Komen:

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP