JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

10 June 2009

Kelapa Tua.........:) sedihnya

Kelapa tua. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.


Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topic perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Buka
nnya selesa kena jolok-jolok macamtu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki Bunyinya berdentum sampa
i ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu
menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di ten
gah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah
tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang du
lunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau
harumnya merebak keseluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

Kari apa tu? Sedap sangat baunya?
Orang di dapur hanya menjawab, Kari Kepala Ikan .Kari dapat nama.

Kepala Ikan dapat nama.Orang kata, Oh! Sedap Kari ni.Oh! Sedap Kepala Ikan ni.

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini.
Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk taabbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!
Begitulah juga jasa kedua orang tua kita. Janganlah kita lupa sebenarnya seorang anak yang berjaya adalah titik peluh ibu bapa yang melahirkan,membesarkan,mengasuh kita dan doa mereka agar kita berjaya. Kita hendaklah mengenang nasib dan pengorbanan yang dilakukan oleh kedua ibu bapa kita semoga.semoga sama-sama pokli dan kawan-kawan pembaca blog ini call ibu bapa di kampung agar mereka tidak risau dan minta mereka doakan kita menjadi orang yang berjaya,kaya dan JUTAWAN.....:) AMIN

3 Komen:

i follow,  June 11, 2009 at 11:05 AM  

ai..mcm perli bos hang ja.. takkan kena buat kerja kat sabah, sampai jadi mcm nie

kari kepala ikan,  June 11, 2009 at 11:07 AM  

rasanyalah dlm kes nie sapa jadi kari kepala ikun tu..haha cube teka..

pokli June 11, 2009 at 6:04 PM  

jom sama-sama call ibu bapa kita kat kampung..minta ampun dan maaf...walaupun bukan hari raya....

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP