Emas Berguna Waktu Kecemasan
Salam
Minggu lepas pokli baru je balik ke Kelantan sempena cuti panjang Merdeka...sebelum terlambat Pokli nak ucapkan selamat Hari Kemerdekaan dan tema tahun ini adalah Rakyat Didahahulukan dan Pencapaian Di utamakan......sama macam Pokli...Tema untuk tahun ini adalah.."Agen didahulukan Pencapaian diutamakan"...Pokli Target nak suruh Agen-agen Pokli KAYA..banyak simpan EMAS...dan KEBEBASAN KEWANGAN....
selepas balik daripada Kelantan...pokli sampai di Seremban pada hari Isnin 31 Ogos.......tetapi ada berita tergempar yang telah berlaku dalam hidup pokli......pada pagi selasa 1 September 2009 adik Pokli telah ditimpa musibah..adik pokliyang bermotorsikal telah dilanggar oleh sebuah kereta Kancil ketika dalam perjalanan daripada rumah di Pasir Tumboh ke Politeknik Kota Bharu.....wahhhh..teruk sungguh keadaan adik pokli.....Doktor memberitahu yang Tulang Punggungnya Patah/Retak......Gigi Patah...Dahi Luka dan ada 10 jahitan...adusss.........kasihan pokli tengok adik Pokli yang baru berusia 21 tahun nih....di masukkan ke Hospital HUSM dan disebabkan oleh kesesakan kes H1N1...adik pokli di hantar ke Hospital Kota Bharu.....selepas 13 jam berada di dalam Wad Kecemasan.....barulah dipindahkan ke dalam Wad 28....itu pun masih tidak sedarkan Diri.....huhuhuhu.....kasihan sungguh.....
Apabila mengetahui berita tersebut....Pokli mesti balik ke Kampung......Family diutamakan....Kalau nak drive dari Seremban memang tidak larat sebab bulan puasa..lagipun baru je semalam sampai...so Pokli pun beli tiket Flight last minit AirAsia....waduhhh...mahal sungguh tiket beli last minit nih...RM250 untuk perjalanan satu hala......tapi disebabkan kecemasan....Pokli beli jugak...takkan nak biarkan macam tu jer.........duit boleh cari...saat2 kecemasan Keluarga Pokli memerlukan support daripada kita.....untuk memberi kekuatan moral & emosi...maklumla....Maa Pokli sedih sangat melihat anak yang tersayang masih tidak sedarkan diri di Wad Kecemasan.....huhuhuhuhuh....Alhamdulillah...sebelum pokli nak beli dan beli tiket AirAsia...ada pembaca blog ini yang call Pokli nak beli 3 keping Jongkong Emas Public Gold....20 gram.......harga sekeping adalah RM2305 (Terima Kasih En Shahidan).....so........Emas ni telah menyelamatkan saat2 kecemasan....kita boleh cairkan emas untuk digunakan pada waktu2 kecemasan.......kalau takde orang nak beli pun Pokli boleh Gadaikan di Pajak Gadai Ar Rahnu Bank Rakyat.....setakat nak beli tiket yang mahal tu takde masalah...sbb Duit yang kita simpan adalah untuk digunakan pada saat2 yang diperlukan? kan duit banyak2 pun nak buat apa? bukan nak bawak ke kubur....so....kita gunakan untuk Di jana dalam pelaburan Emas dan hasil keuntungan digunakan untuk kehidupan kita disamping membayar Zakat Emas.....duit yang ada dilaburkan untuk saham akhirat...spt bersedekah...buat masjid..majlis ILMU....
semoga entry kali ini dapat menyedarkan pembaca blog perlunya kita menyimpan emas bagi membantu di saat-saat kecemasan....Emas ini adalah Aset Cair/Liquid.....boleh cairkan pada bila-bila masa dan ketika.....kalau tak dapat pajak pun anda boleh pinjam duit dengan kawan-kawan anda dan bagi Emas anda kepada mereka sebagai cagaran....kan best kawan2 nak bagi pinjam duit pun tak risau untuk membayar balik.....Okla...selamat melabur dalam emas
Semoga Adik Pokli Aimi Suriani Bt Ismail cepat sembuh dan dapat kembali sihat seperti selalu....mohon pembaca blog pokli pun turut berdoa untuk kesihatan beliau.......pada saat pokli update blog ni pun beliau dah sedarkan diri.........dapat gerakkan tangan....kaki....mata....Beliau berasa kesedihan sbb mungkin terkenangkan saat2 kemalangan tersebut....terima kasih atas Doa-doa pembaca blog dan kawan-kawan di Facebook.
Ingat Emas Ingat Pokli
19 Komen:
Semoga adik pokli cepat sembuh & moga keluarga sentiasa tabah menghadapi ujian dariNYA
terima kasih bro
Saya doakan adik pokli segera sembuh. Kesian dia. Rasa sedih tengok gambar adik pokli. Semoga Pokli sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.
Semoga adik pokli cepat sembuh... Amin
salam bro..
aku doakan agar selamat semoganya
insyaALLAH.. semuanya akan ok..
sy doakan adik pokli segera sembuh..
amin...
silent reader
salam pokli..
insyaallah, mudah2an adik pokli cepat sembuh..
alhamdulillah dah sdar, semuga dia cepat sembuh.. harap2 dia selamat, dan tak ada cacat celanya drp accident ni..
medical card sgt penting pada ketika kecemasan tu..
just to share, HUSM panel prudential, kemudahan untuk pokli dan pemegang kad perubatan prudential
terima kasih kawan-kawan.....
nasib baik pokli dah ada Prudential Cover Hospital Rm1 juta...TQ Tuah Rimbun tolong ajarkan.....MTLA
terima kasih semua
semoga adik pokli cepat sembuh dan pokli sekeluarga tabah menghadapi dugaan nie..
sabar ye pokli....
Saya ucapkan seluruh keluarga Pokli bersabar di atas ujian ini dan berdoa semoga adik pokli cepat sembuh..aminn
Muga cepat sembuh adik pokli...
ada amik insuran/takaful mana2 ko..?
tq pokli kerna call tmpoh hari..
-MAt-..
Semoga adik pokli cepat sembuh...Amin!
Bersabarlah pokli. Semua ini dugaan. Saya doakan adik pokli segera sembuh. Berilah kekuatan untuk dia bersemangat. Bersemangat untuk sembuh.Kesian dia.
tu la.....terima kasih..kita pakat doa moga2 thn ni adik pokli tak berhari raya di Hospital Kota Bharu.....huhuhuuhuhu..sedih beraya di hospital nih.....2 thn lepas terpaksa beraya di hospital sbb ayah pokli Xcident dan meninggal 3 bulan selepas itu....Alfatihah buat arwah ayah pokli Hj Ismail Bin Ideris 1957-2007
salam..
amin ni..
baru tau jah kak cik excdnt..
khmis ni blik klate..
w'salam
sabar la amin
semoga kakcik cepat sembuh
tu msg adik saya dari Sek Sains Kuala Trg
sbb x dpt contact dia..suruh jer dia masuk dalam www.pokli.com tgh gambar kakak nya
Salam pokli, Semoga adik saudara cepat sembuh..insya Allah...
semoga tabah menhadapi ujiannya.
Post a Comment