JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

09 November 2016

ASET UTAMA KITA

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi

ASET UTAMA KITA ADALAH MASA, MAKSIMAKAN MASA KITA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT DAN IMPIAN KITA.


terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog pokli, maklum la dah lama tak update. agak bz dgn tangungjawab dalam mendidik masyarakat yang ini menimba ilmu pelaburan, perniagaan & macam2 lagi yang datang jumpa saya meminta nasihat, idea, tips, teknik dan macam2.

pertama2 sekali saya rasa bersyukur sebab asal kejadian saya adalah untuk untuk beribadat kepada Allah swt. focus kepada mencari redha Allah dan rahmatnya agar diberi peluang untuk menjadi penghuni syurga Firdaus. Insan yang bertaqwa dan takut kepada larangan Allah & menjalankan segala suruhanNya. itu adalah tujuan asal apabila di pindahkan kebumi diberi hayat utk mencari sebanyak2 bekalan ke sana kelak. contoh ilmu yang saya belajar adalah membawa bekal amalan yang istiqamah, ilmu yang bermanafaat dan anak2 yang soleh. tu tujuan sebenar.tapi apabila kita berniat ibadah dalam melakukan semua kerja kita akan diberi kekuatan oleh Allah swt untuk istiqamah. antara bentuk2 ibadah seperti menggunakan tubuh (solat, puasa, haji,baca quran dsb), ibadah melalui ilmu (tarbiah @ menyampaikan ilmu yg betul) , ibadah (hati- lillahitaala) & ibadah (harta)...

teringat pesan beberapa orang mentor yang saya jumpa beberapa minggu lepas, dalam kehidupan ini kita belajar ilmu al quran bermula dengan huruf alif, ba, ta sha, jin , ha dan sampailah ke ya. dala banyak2 huruf hijaiyah.... yang mana paling betul? sebab kalam Allah ini ada banyak...dan semua betul...... kata mentor saya yang paling betul adalah Alif.... sebab apa alif...sebab hurufnya lurus...tegak.....satu.....apa maksud tersirat tu? sebenarnya Alif adalah Allah.... Alif Lam Lam Ha.....Allah.... jadi huruf Alif adalah ilmu yang paling betul sekali.... untuk panduan saya... buat apa2 pun letak Allah dalam hati kita...Insha Allah.. kita takkan kecewa. begitu juga saya dah buat bisnes emas dan perak sejak tahun 2009 lagi.... belajar melabur dalam hartanah sejak 2004 lagi..... belajar berniaga sejak bangku sekolah & universiti lagi...saya letak Allah sebagai tujuan.....Allah yang betul....Allah yang SATU....insha Allah.....tenang. dan kita akan dapat kejayaan dan kekayaan yang Allah berikan kepada kita. aamiin

OK. beberapa minggu ni jadual pokli agak padat. maklum la sekarang lagi FOKUS kepada pembangunan perniagaan dan sama2 team syarikat membuat penstrukturan dalam organisasi yang besar. syarikat Pokli dan Pengeluar Emas terbesar Malaysia - Public Gold sama2 berbincang dalam era yang 9 tahun berniaga emas...macam2 isu, cabaran, cadangan, feedback dan mcm2 benda yg berlaku terlalu cepat. hingga sekarang pengedar & pelanggan di bawah rangkaian pokli wealth management PG000079 di Public Gold ada seramai 15,000 orang... tahniah atas sokongan dan support anda selama ini...

antara aktiviti yang telah kami jalankan beberapa minggu lepas adalah mendaki puncak Broga di Semenyih yang ketinggian 400 meter dari aras laut.. xpdc mendaki Broga bermula jam 6.30 pagi hingga berakhir jam 12 tgh.... tahniah pada team2 yang dating support ada lebih kurang 25 orang...... selalu aktiviti tu di war warkan dalam FB, Group whatsapp. berminat nak join boleh ..tujuan xtvt ni utk kongsi ilmu leadership kepada dealer2 di bawah rangkaian pokli wealth management... jgn tak datang pulak...mmg khas utk anda. free je..

Selain itu juga, sejak berblog tahun 2006-2007 saya pun ada belajar ilmu2 kewangan dan hartanah... sambil2 tu tajamkan balik ilmu2 tu bersama mentor2 setelah tinggal dunia hartanah sejak 2011 lagi. maklumla lama tak jumpa peluang membeli hartanah apabila saya terlalu focus kepada emas dan perak....tak pe.....selalu di pesan oleh guru2 untuk teruskan misi dan visi POKLI = Passive + Portfolio. Jana pendapatan pasif yg extreme dan keuntungan dari portfolio income yang berlimpah2... Alhamdulillah skill dan strategi yang saya dapat...belajar akan saya kongsi pada mereka yang NAK... sebagai amal jariah untuk bekalan di akhirat kelak. Mencari TAQWA dan REDHA ALLAH..........Allah tak pandang sedekah, solat, umrah, haji,  yang BANYAKKKKK tapi dengan RAHMAT Allah satu kebaikan yang kita buat. RAHMAT Allah akan mendorong untuk membuat kebaikan...

"Sesungguhnya Allah hanya menerima (Amal Ibadah) dari orang-orang yang bertaqwa" Al Maidah :27.

antara TIPS yang saya nak share kepada pembaca2 blog pokli adalah 7 habit yang kena BUAT untuk BERJAYA (saya pun cuba utk istiqamah)

#TIP 1. Berdoa kepada ALLAH - connecting to Allah. apabila ambil 1 langkah untuk jalan Allah, Allah akan beri 10 langkah ke arah mengenal Allah. Mohon dengan Allah untuk bantu dekat denganNya utk terima segala perbuatan kita. Allah akan turunkan ilham.

#TIP 2. Buat banyak kebaikan yang di rahsiakan - sorokkan dari pandangan umum segala kebaikan yang kita buat. buat kerana Allah, Insha Allah...Allah Nampak Kebajikan yang kita buat....Allah pandang HATI kita.

#TIP 3. Ingat mati. tujuan kehidupan kita adalah MATI...destinasi selepas ini.....YAKIN..PERCAYA...MATI tu benar.....perbanyakkan persiapan MATI...Ingat malaikat akan Tanya kita apabila masuk kubur nanti...ingat amalan yg kita bawa...dan bayangkan berada di hadapan Allah pada hari Pembalasan.. tips ustaz saya kongsi kena amalkan bacaan subhanallahwabihamdih 100x , 3x qul huallah & surah al mulk. KLIK SINI

#TIP 4. Cari NAMA-NAMA ALLAH dan SIFAT-SIFATNYA. lagi banyak kita kenal Allah, lagi banyak Hati kita lebih attached/dekat dengan ALLAH. Belajar ilmu2 dan dalami kehidupan Rasulullah saw dan para sahabat.

#TIP 5. Cari Kawan YANG BAIK - Rasulullah saw bersabda : Manusia akan ikut agama kawan baiknya, jadi setiap orang perlu cari sapa2 yang jadi kawan baik mereka terdiri dari mereka yang soleh. Adalah penting bergaul dengan mereka yang tolong anda dekat kepada ALLAH. jgn lepaskan mereka.. mereka akan pimpin anda ke syurga ALLAH....Insha ALLAH

#TIP 6. Dekatkan diri dengan Al QURAN setiap hari. Quran mengandungi kalam ALLAH yang BENAR DAN TEPAT. FOLLOW JE... COMFIRM BERJAYA - ingatan utk diri sendiri. semoga diberi kekuatan. Quran juga UBAT utk jiwa kita. cuba untuk belajar bahasa Arab dan terjemahan walaupun dalam jumlah yang kecil...satu ayat satu hari... baca ayat dan faham erti. biasa tuan2 boleh gi masjid/surau selalu ada kelas2 baca terjemahan / tafsir Quran. Online pun ada.. saya selalu follow Ustaz Ahmad Dusuki kat FB dia...tgk live update di SINI.  antara ayat2 yg Ustaz suruh saya amalkan adalah Surah Al Baqarah, Al Kahfi, Al Waqiah & Al MULK....huhuhuhuhuu...doakan semoga istiqamah beramal dgn ilmu tu......sama2 kita yer!

#TIP 7.Fahama apa yang kita baca dalam solat. apabila kita faha bacaan dalam solat. pasti solat kita akan khusyuk. contoh mula2 dgn fatihah dulu...maksud fatihan setiap bait bait ayat dan masuk.... saya selalu ingat ih dinassiraatolmustaqem... tunjukkan jalan yang lurus.....sentiasa ingat jalan tegak....jalan terus....jalan ALLAH.....aaamiin...apabila kita faham...hati kita pun faham.....paling best dapat menangis dalam solat.....huhuhuhu...semoga Allah memberi saya dan awak semua taufik dan hidayah utk laksanakan tips ini...sama2 kita berpesan2 ke arah kebaikan.....

Sekian terima kasih

Dari Stering
Admin

Sebarang persoalan boleh PM - Inbox admin@pokli.com
Whatsapp - 011-11514 916 / 06-6030 916 / 06- 6307797
019-6645066





0 Komen:

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP