JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

14 April 2016

Teknik Pemasaran

Hari ini, saya nak kongsi teknik pemasaran yang telah saya gunakan sejak tahun 2009. Saya banyak guna cara berkongsi ilmu bersama orang ramai



1.  Blog – saya dah wujudkan blog www.pokli.com . Pada mulanya, saya wujudkan blog hanya untuk kongsi aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada 2008, bermula dengan aktiviti membeli rumah lelong, pengalaman membeli pelbagai jenis emas. Tetapi , sejak mula mengenali Public Gold pada tahun 2009, melalui Encik Syukor Hashim, saya menggunakan blog saya untuk berkongsi ilmu tentang pelaburan emas dan juga dealer-dealer di bawah saya. Di blog ini juga, saya gunakan sebagai alat untuk memasarkan produk-produk emas Public Gold dan juga seminar emas yang dijalankan setiap bulan di bawah anjuran Public Gold selain memberitahu aktiviti seminar bulanan saya.



2. Facebook – saya mula aktif di facebook sejak 2009 sehingga sekarang .Di sini saya berkongsi ilmu tentang pelaburan-pelaburan yang saya buat untuk menjana pendapatan pasif saya iaitu hartanah dan juga emas. Saya banyak berkongsi tentang ilmu-ilmu di dalam pelaburan emas dan juga seminar pelaburan emas yang saya buat setiap bulan bersama Public Gold.
3. Youtube – Melalui youtube, saya banyak berkongsi tentang hasil yang dapat sepanjang saya bersama Public Gold dengan mendapat banyak insentif seperti melawat kilang-kilang emas dan melancong di Perth(2012), CapeTown(2013), Tokyo(2014), Switzerland(2015), dan inshaAllah hujung bulan April ini saya ke Turkey(2016).



4. Yahoo Messenger – pada tahun 2009, ini adalah cara yang popular yang digunakan untuk berkomunikasi dengan pengedar dan pelanggan selain daripada sms dan telefon. Tetapi, sekarang cara yang popular adalah melalui aplikasi WhatsApp dan PM di Facebook. Dengan menggunakan cara ini, ia paling digemari oleh pelanggan kerana ia percuma dan mudah, hanya memerlukan talian internet sahaja. Kita boleh dihubungi pada setiap masa dan setiap tempat walaupun kita berada di luar Negara sekalipun.

5. Buka Kedai Emas – Alhamdulillah pada 18 Januari 2014, saya berjaya membuka pejabat urusan untuk urus-niaga emas, personal coaching mengenai pelaburan emas dan hartanah. Boleh datang ke pejabat saya di Wisma Pokli, 101, Jalan S2f2, Garden Homes 70300 Seremban 2.


6. Mulut Ke Mulut – Saya percaya, jika orang berpuashati dengan servis yang kita berikan kepada pengedar dan juga pelanggan kita, mereka akan sampaikan kepada rakan yang lain. Dengan ini, ramai pelanggan dan pengedar yang akan datang kepada kita. Contohnya, layanan, stok sentiasa ada, sedia untuk terima buy back


7. Media massa – Alhamdulillah saya pernah ditawarkan untuk berkongsi tentang ilmu emas di dalam rancangan TV iaitu Bijak Wang (TV3) dan juga  Prosperk Emas Dan Pelaburan (TV Bernama). Di samping itu, saya juga berkongsi kejayaan di surat-suratkhabar dalam usaha mempromosi nama saya.


8. Buku / Ebook / DVD– buat masa sekarang, saya di dalam proses untuk menulis buku untuk berkongsi pengalaman  setelah hampir lapan tahun berada di dalam pelaburan emas ini. Doakan agar saya Berjaya.





9. Seminar PERCUMA - Setiap bulan memang saya akan mengadakan seminar percuma emas di seluruh malaysia, sabah dan sarawak sejak 2009 lagi. malah lebih 100,000 orang telah datang ke seminar percuma saya dan kenal dgn saya sebagai pelabur emas dan masa sama master dealer Public Gold



Ini berdasarkan slaid yang saya gunakan pada awal perlibatan saya untuk memberi seminar kepada orang ramai pada tahun 2009.Alhamdulillah, tujuh cara telah berjaya saya gunakan sehingga hari ini (2016), hanya tinggal penghasilan buku atau ebook sahaja yang di dalam proses penghasilannya.

0 Komen:

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP