EMAS ADALAH MATAWANG ANTARABANGSA.
EMAS ADALAH MATAWANG ANTARABANGSA.
Duit tunai satu-satu negara sudah pasti tidak laku di negara yang lain. Sebab itu apabila kita melancong ke luar negara, kita mesti tukar tunai kita kepada matawang antarabangsa seperti USD dan EURO atau matawang negara yang kita lawati.
Negara-negara yang bergolak seperti Palestin atau negara miskin dan bergolak, matawang mereka sendiri pun tidak laku di negara mereka kerana nilai yang sangat rendah dan tidak selamat. Mereka biasanya bersandar pada matawang yang lebih kuat.
Emas boleh dibawa ke mana sahaja dan laku apabila dijual. Kadang-kadang dengan kadar pertukaran wang asing yang tidak menentu, bawa emas lebih baik dari bawa wang tunai.
Kisah pelarian warga asing seperti dari negara Vietnam, Acheh dan lain-lain yang membawa emas bersama-sama apabila berpindah ke negara lain bukan lagi rahsia. Mereka memulakan hidup dengan emas yang dibawa.
Orang akan mula beli emas apabila mula rasa tidak selamat kesan ketidakstabilan ekonomi dan pergolakan politik. Apabila musibah mula melanda -seperti perang dll - harga emas akan mula naik mendadak.
Dan musibah ini tidak akan pernah ada amaran. Buka mata pagi esok, apabila ia berlaku, maka ia telah berlaku.
Jadi, pilihan di tangan anda sekarang. Simpan tunai banyak-banyak atau simpan emas banyak-banyak!
Ingin mendapatkan emas boleh hubungi kami
019-6645066
06-6030916
06-6307707
admin@pokli.com
Credit : Ustaz Khairul Anuar
Credit : Ustaz Khairul Anuar
0 Komen:
Post a Comment