ASET DAN LIABILITI
APA YANG DIKATAKAN ASET DAN LIABILITI ?
Salam
Ok... Kali ni, pokli akan berkongsi ilmu tentang macam mana nak kenal ASET dan macam mana nak kenal LIABILITI. Tahukah anda apabila kita dapat mengenal pasti dan memahami apa itu ASET dan apa itu LIABILITI, maka kita berpeluang mencapai "TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN"... Ini kerana 99% manusia di dunia ini telah MEMBAZIRKAN USIA mereka dengan membeli LIABILITI. Hanya 1% manusia sahaja yang BETUL-BETUL membeli ASET dalam hidup mereka. Dan golongan 1% ni benar-benar memahami apa yang dikatakan ASET dan apa yang dikatakan LIABILITI.
Apa yang dikatakan ASET adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :
(1) wang tunai anda bertambah
....CARANYA adalah dengan MENYIMPAN WANG TUNAI ANDA DI BANK / KOPERASI yang dapat MEMBERI PULANGAN FAEDAH MELEBIHI KADAR INFLASI SEMASA
(2) harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai dalam tempoh tertentu
....CARANYA adalah dengan MEMBELI DAN MENYIMPAN EMAS
(3) perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai positif
....CARANYA adalah dengan MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI dan TIDAK BERUBAH
(4) pelaburan yang anda buat memberi pulangan keuntungan yang positif
....CARANYA adalah dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG POSITIF
(5) hutang yang anda buat menambahkan harta atau simpanan wang tunai
....CARANYA adalah MENGGUNAKAN TEKNIK PENGUMPILAN
Apa yang dikatakan LIABILITI pula adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :
(1) wang tunai anda berkurangan
...CONTOHNYA dengan berbelanja boros @ berbelanja tanpa beringat
(2) harta yang anda beli itu menjadi semakin menurun nilai dalam tempoh tertentu
...CONTOHNYA dengan membeli RUMAH @ KERETA yang tidak sesuai dengan perolehan pendapatan anda
(3) perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai negatif
...CONTOHNYA dengan TIDAK MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI DAN TIDAK BERUBAH
(4) pelaburan yang anda buat memberi aliran tunai negatif
...CONTOHNYA dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG NEGATIF
(5) hutang yang anda buat mengurangkan harta atau simpanan wang tunai
...CONTOHNYA dengan 'mengikat diri' pada SKIM BAYARAN MUDAH, KAD KREDIT dan PINJAMAN PERIBADI
Kesimpulannya, jika anda ingin mencapai "TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN", anda mesti MEMBELI ASET YANG BETUL dan MENGELAKKAN DIRI daripada terperangkap dengan MEMBELI LIABILITI. Ingat !!! Ini adalah SYARAT UTAMA jika anda serius nak mencapai kebebasan kewangan yang sebenar.
"ORANG MISKIN ( 99% ) membazirkan umur dengan MEMBELI LIABILITI. Manakala ORANG KAYA ( 1% ) pula memanfaatkan nikmat umur yang diberi untuk MEMBELI ASET yang betul. Inilah SEBAB UTAMA yang menjadi punca mengapa orang kaya menjadi semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin "
9 Komen:
Kalu kita sendiri asyik generate negative cashflow (hutang/rugi)..jadilah kita Liabiliti, menghabiskan beras jer..
Kalu kita sudah dapat generate positive cashflow (income/untung)..jadilah kita Aset, boleh digelar sifu, mentor dan jutawan. Macam Pokli sekarang :)
Salam bro.
Kete yang ko tengah berposing tu kategory Liability tahap gaban
hahahaha...aku posing jer.....kena +ve cash flow aku melebihi installement baru bleh beli.......skrg pasif income dah rm10k.....kereta tu installment rm6500....so.....still ada lagi duit lebih...:)
buat la what ever yg anda tahu dan faham...jgn buat sesuatu yg anda tidak tahu dan tidak paham
dalam investment, of course we should study the risk n return. For something call liability, ni lebih kepada kehendak, mcm memiliki alphard. kalau dgn income yang ada mampu, boleh laa proceed. isunya skrg, even tak mampu, masih nak menambah liability. Pada aku biar seimbang, sepanjang hayat invest jer, tak tuai2 pun takde life jugak
Salam pokli,
tujuan aku leave comment kali ni nak mintak your opinion. aku buat perbandingan ASB ngan Unit trust.
Memang circle of investor yang aku kenal melalui blog langsung xde mention pasal unit trust. hope bleh share opinion at my latest post here:
http://matjoe9498.blogspot.com/2009/12/asb-or-unit-trust-part-1.html
mat joe.....aku suka invest dlm benda yg fizikal....contoh beli rumah.....kita boleh sewa...atau jual pada sapa2 yg kita nak
begitu juga pada emas.....ada emas fizikal...ada org nak beli kita jual....tu la gunanya ....kita boleh letak mana yg kita suka...event emas + hartanah menjadi pilihan aku sampai bila2
robert kiyosaki kata dlm buku dia..unit trust adalah unit cannot trust.....kena kaji la apa yg dimaksudkan oleh RK
thanks pokli for leaving the comment. RK to robert kiyosaki rupanya....
my intention tak lain nak bandingkan head-to-head which on is better.
like me, aku pun prefer emas n property.
alhamdulillah
tu je ILMU yang cuba aku sampaikan
Post a Comment