Best ke SIMPAN EMAS
"Aku risau ni bro, dah 6 bulan emas yang aku beli tu tak naik-naik harga"
"emas aku dekat ar rahnu pulak nak kena bayar upah simpan banyak juga ni"
"stok emas takde la sekarang ni, ramai orang borong ke. Dah dekat 4 minggu tak sampai stok balas sadiq kat aku"
Allahuakbar, bukan pertama kali saya berdepan dengan luahan rasa yang macam ini
Yang belum beli emas risau takut tak mampu beli emas
Yang dah beli emas bimbang tidak ada kenaikan
Yang ada simpanan takut kena bayar zakat.. Takut nak simpan kat mana
Bimbang sokmo 

Itulah kita manusia yang Allah ciptakan dengan fitrah cenderung kepada keluh kesah
Abang kakak
Jom kita muhasabah diri
Allah adalah sebaik-baik pengatur segala ciptaan dan kejadian
Tengoklah macam mana hebatnya Allah mengatur kejadian langit dan bumi, malam dan siang
Tidak ada yang mendahului sesiapa
Macam itu juga takdir yang ditetapkan ke atas diri kita
Semuanya kemas teratur dan kita percaya bahawa apa yang berlaku itulah yang sebaik-baiknya
Kita sebagai hamba mesti terus berdoa, terus ikhtiar dan terus positif
Pada waktu yang sama, kita perlu mencari apakah panduan-panduan yang pernah digariskan oleh Rasulullah. Hadis dan Al Quran yang ditinggalkan buat kita agar menjadi panduan hidup
Insyaallah pasti ada pencaturan yang
terbaik
yang Allah dah rancang buat kita semua. Redha dengan ketentuanNya.
0 Komen:
Post a Comment