KWSP OH KWSP DAH RM31,000 withdraw sejak pkp
KE MANA HILANGNYA DUIT ANDA?
Alhamdulillah, pertamanya tahniah kepada pihak kerajaan kerana memberi kebenaran kepada penyimpan KWSP untuk mengeluarkan duit mereka lebih awal di saat negara kita dilanda kegawatan ekonomi sejak tahun 2020 dan kesannya masih berpanjangan hingga sekarang.
Sedar tak sedar pihak kerajaan telah membenarkan penyimpan untuk mengeluarkan simpanan duit mereka hingga berjumlah RM31,000. Dengan jumlah tersebut, teringat saya buku bertajuk Ke Mana Wang Anda?, karya oleh Puan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir.
Dalam buku tersebut diperincikan 'dosa-dosa' kewangan yang menyebabkan duit atau pendapatan kita hilang dalam masa yang singkat sehingga menyebabkan ramai dikalangan kita perlu mendapatkan khidmat nasihat dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Tidak terlepas juga ramai yang mendapat status bankrap di awal usia.
Namun begitu, di sudut yang lain, tahniah kepada teman-teman yang dapat memanfaatkan jumlah duit tersebut ke arah penambahbaikan pengurusan kewangan keluarga agar menjadi lebih baik.
Kesimpulannya, ayuh menjadi bijak kewangan agar dapat bebas hutang di usia muda.
16 Ramadhan 1443H
0 Komen:
Post a Comment