Sesi Kelas Pelaburan Emas Bersama Pokli
Assalamualaikum....
Alhamdullilah...Pokli dah selesai semua seminar pelaburan emas bersama Public Gold dan Jutawanemas.Sepanjang berlangsungnya RoadShow....penat giler...tiap2 minggu akan ada seminar...Kelantan, Terengganu, Kuantan,Melaka, Seremban, Johor, Ipoh dan Paka. Belah Utara Pokli tak pergi.....sebab minggu ni rasanya nak spend masa dengan family...minggu depan nak balik Raya Haji pulak...
Penat tu memang penat...tetapi akan hilang bila melihat silauan emas...berkilau-kilau...dan duit pun masyukk...Alhamdulillah.
Pokli bukannya apa....Pokli nak memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya pelaburan...tak kiralah emas atau hartanah. Antara emas dan hartanah, masing-masing ada kelebihannya.....Pokli dah lalui semuanya.....nak cepat...pilihlah untuk melabur dalam EMAS .... kalau nak every month ada passive income, pilihlah hartanah. Dua-dua untung......harga sentiasa naik.
Kalau kita lihat sepanjang tempoh dua minggu...trend harga emas menaik jer....Isnin minggu lepas, bila stok Pokli tinggal satu, ingat nak hold dulu beli stok.....tapi tengok harga makin naik, jadi Pokli tambah lagi stok pada hari Ahad lepas(masa tu harga sekitar USD 1118)....tup-tup hari Isnin Pokli tengok harga dah naik disekitar USD1130 ..nasib baik beli...terima kasih pada wife Pokli...dia yang suruh Pokli beli hari Ahad tu. Itu pentingnya antara suami isteri perlu ada kerjasama dan saling memberi sokongan...barulah berkat dalam mencari rezeki.
Jadi, bila orang tanya Pokli, bila masa yang sesuai nak beli emas....Pokli bleh katakan di sini...beli masa ada duit....sebab kalau kita asyik tunggu bila harga nak turun....harga semakin naik...tak turun-turun.
Masa Raya yang lepas...duit raya anak-anak semua Pokli beli 1 dinar seorang...masa tu harga baru RM492.... tapi harga hari ini dah RM570...cuba Pokli simpan 10 tahun lagi....bayangkan masa...berapa nilai 1 dinar tersebut......Pokli bukannya apa...semua untuk simpanan anak2....cuba kalau simpan duit....kalau tahun ni nilainya RM500....10 tahun yang akan datang...berapa nilainya??? Anda kiralah sendiri....Tapi jangan lupa zakat tahu...bila dah cukup haul....barulah berkat rezeki kita...
InsyaAllah...lepas Raya nanti (Disember), Pokli akan adakan kelas pelaburan emas dan juga TT emas. Tempat dan tarikh akan ditentukan kemudian. Mungkin di Putrajaya atau Seremban. Pokli akan maklumkan kemudian. Mungkin di dalam kelas ini, kita boleh buat sesi mengenali potensi diri melalui tarikh lahir, macam mana nak melabur dalam emas dan macam-macam lagi.
Jumpa nanti...........
1 Komen:
kalau dah bermula TT tu sy sgt berminat nak join ye Pokli...:)
Post a Comment