JURNAL JUTAWAN PELABURAN EMAS, PERAK , PELABURAN HARTANAH,ASB,TEKNIK KEBEBASAN KEWANGAN & TIPS
Pokli = Portfolio + Passive
Pencetus Evolusi Jutawan Emas & Perak di Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan

09 June 2022

Pendaftaran Kelas Mengaji Dewasa & Kanak² Telahpun Dibuka !!! RUMAH NGAJI POKLI

Majlis Perasmian Rumah Ngaji Pokli 
Alhamdulillah majlis berjalan seperti yang dirancang...tujuan adalah memandaikan masyarakat setempat dengan kalam Allah..Al Quran
Dengan kerjasama pelbagai pihak...kami telah berjaya menganjurkan program mengaji quran yang terdiri dari pelbagai pendidik yang mahir dalam bidang tersebut..berkongsi ilmu untuk berjaya dua dunia



Pendaftaran Kelas Mengaji Dewasa & Kanak² Telahpun Dibuka !!!

🔥❗Kemasukan Bulan Jun & Julai 2022❗🔥

Jom sama² bantu hebahkan poster ini semoga kita sama² dapat membantu kawan² kita untuk mempelajari ilmu kalamullah 🌹

🌸 Untuk mengetahui info mengenai kelas mengaji boleh klik link dibawah okey 👇🏻👇🏻

𝑨𝒅𝒎𝒊𝒏  
#𝐉𝐨𝐦𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞

terima kasih
support anak bangsa nak celik quran
guru guru ngaji
boleh ngaji secara online, berkumpulan dan one to one
apa2 roger den

Pokli
0196645066
Ramzi
+6010-214 7065
Ustaz Hanafi
013-616 5038

Read more...

26 May 2022

Pembukaan Rasmi Rumah Ngaji Pokli

Jom kita pakat tambah lagi ilmu tahannuts quran
Jom kita pakat tambah lagi ilmu tahannuts quran
Jom kita pakat tambah lagi ilmu tahannuts quran

Tambah ilmu Allah yang maha besar

Daftar kehadiran nama

010-214 7065
013-616 5038
010-3307 916

JANGAN CARI ORANG BAIK, 
TAK JUMPA
JADILAH BAIK, JUMPALAH ORANG BAIK.
JANGAN CARI ULAMA, CARILAH ILMU, NANTI JUMPALAH ULAMA...


Read more...

30 April 2022

wajib bayar hutang walau tidak di tagih

ADAB HUTANG PIUTANG⁣
1. Jangan pernah tidak mencatat hutang piutang. “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kalian menuliskannya..” (QS Al Baqarah 282)⁣
2. Jangan pernah berniat tidak melunasi hutang. “Siapa saja yang berhutang, sedang ia berniat tidak melunasi hutangnya, maka ia akan bertemu Allah sebagai seorang PENCURI..” (HR. Ibnu Majah, hasan shohih). “Siapa yang berhutang dan berniat tidak membayarnya, maka Allah akan membinasakannya.” (HR. Bukhari)⁣
3. Punya rasa takut jika tidak bayar hutang, karena sebab tidak diampuni dan tidak masuk syurga. “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni KECUALI hutang.” (HR.Muslim)⁣
4. Jangan merasa tenang kalo masih punya hutang. “Barangsiapa mati dan masih berhutang satu dinar atau dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan (diambil) amal kebaikannya, karena disana (akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah, Shohih)⁣
5. Jangan pernah menunda-nunda membayar hutang. “Menunda-nunda (bayar hutang) bagi orang yang mampu (bayar) adalah ke-Zholiman..”⁣
(HR. Bukhari dan Muslim)⁣
6. Jangan pernah menunggu ditagih dulu baru membayar hutang. “Sebaik-baik orang adalah yang paling baik dalam pembayaran hutang..” (HR Bukhari dan Abu Daud)⁣
7. Jangan pernah mempersulit dan banyak alasan dalam pembayaran hutang. “Allah ‘Azza wa jalla akan memasukkan ke dalam surga orang yang mudah ketika membeli, menjual, dan melunasi hutang..” (HR. Ahmad, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah)⁣
8. Jangan pernah meremehkan hutang walaupun sedikit. “Ruh seorang mukmin itu tergantung kepada hutangnya hingga hutangnya dibayarkan..”⁣
(HR. Ahmad, at-Tirmidzi)⁣
9. Jangan pernah berbohong kepada pihak yang menghutangi. “Sesungguhnya, apabila seseorang berhutang, maka bila berbicara ia akan dusta dan bila berjanji ia akan ingkari..” (HR. Bukhari dan Muslim)⁣
Dan yang paling penting..⁣
JANGAN PERNAH…⁣
LUPA BAYAR..!!⁣

Read more...

25 April 2022

tips mencari malam lailatul qadar. doa qiyamullail

Tips Doa Qiyamullail 10 malam terakhir


Bahagian 1
Pengampunan Dosa

1-Minta ampun keatas dosa2 diri sendiri
2-Minta ampun keatas dosa ibu bapa 
3-Minta ampun keatas dosa pasangan 
4-Minta ampun keatas dosa anak2 & cucu2
5-Minta ampun keatas dosa keluarga (sanak saudara adik beradik) 
6-Minta ampun keatas dosa guru2/ustaz/ustazah 
8-Minta ampun keatas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia) 

Bahagian 2
Keperluan Masa Kehidupan
1-Dimurahkan rezeki 
3-Diberi sakinah (ketenangan) dalam keluarga 
3-Anak2 diperlihara oleh Allah 
@Minta rezeki diberkati . dikurniakan 7 keturunan alim ulamak.
4-Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit 
5-Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk kita tanggung.
6-Minta hati anak2 kita tidak berpecah belah 
7-Minta orang lain kasih kpd keluarga dan diri kita 
8-Dijauhkan dari orang lain dengki khianat, iri hati, cemburu kpd kita 

Bahagian 3 
Urusan Ketika Kematian
1-Mohon Mati dalam husnul khatimah 
2-Mohon Mati dijauhkan dari fitnah 
3-Mohon Dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, muhammadur rasulullah” 
4-Minta mati sedang dalam beribadah 

Bahagian 4
Alam Barzakh
1-Jadikan kuburku nanti dari TAMAN 2 syurga
2-Jangan jadikan kuburku dari lubang, lubang api neraka 
3-Ya Allah, aku takut gelap (terangkanlah kuburku) 
4-Ya Allah, aku takut sempit (luaskanlah kuburku) 
5-Ya Allah Engkau lapangkanlah kuburku sejauh mata memandang 
6-Engkau berikanlah rezeki pada ku didalam kubur nanti 
7-Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat dudukku di dalam syurga 

Bahagian 5
Ketika di Padang Mahsyar

1-Ya Allah, selamatkanlah aku di padang mahsyar 
2-Jadikan aku duduk di maqam mahmudah (kedudukan yg terpuji) 
3-Jadikan aku orang yg duduk dibawah perlindungan arashmu 
4-Ya Allah, jangan Engkau seksa aku di PANDANG mahsyar 
5-Berikanlah suratan amal dari tangan kanan 
6-Padamkan dosa2ku di dalam kitab2 amal 
7-Jangan Engkau tunjuk/tayang dosa2ku yg dulu aku lakukan di tayangan amal 
8-Tutup dan lindungilah aib2ku,dosa2ku dan kesilapanku dulu 
9-Beratkan timbangan amal di sebelah kananku!    
10-Masukkan aku di dalam golongan yg masuk syurga tanpa hisab 

Bahagian 6
 Lintasan Titian Sirat
1-Permudahkanlah aku milintasi titan sirat 
2-Jangan jatuhkanku ke dalam lubang neraka ketika melintas titian sirat 
3-Ya Allah, tolonglah aku ketika melintas titian sirat 
4-Ya Allah, percepatkanlah aku melintas titian sirat sepantas kilat.

Bahagian 7
Masuk Syurga Allah
1-Ya Allah, kurniakan aku syurga firdaus 
2-Bangkitkan aku bersama nabi Muhammad saw di syurga firdaus 
3-Berilah aku dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad SAW 
4-Ya Allah, jauhkanlah aku dari azab api neraka.

Selamat beramal.

Read more...

20 April 2022

KWSP OH KWSP DAH RM31,000 withdraw sejak pkp

KE MANA HILANGNYA DUIT ANDA?

Alhamdulillah, pertamanya tahniah kepada pihak kerajaan kerana memberi kebenaran kepada penyimpan KWSP untuk mengeluarkan duit mereka lebih awal di saat negara kita dilanda kegawatan ekonomi sejak tahun 2020 dan kesannya masih berpanjangan hingga sekarang.

Sedar tak sedar pihak kerajaan telah membenarkan penyimpan untuk mengeluarkan simpanan duit mereka hingga berjumlah RM31,000. Dengan jumlah tersebut, teringat saya buku bertajuk Ke Mana Wang Anda?, karya oleh Puan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir.

Dalam buku tersebut diperincikan 'dosa-dosa' kewangan yang menyebabkan duit atau pendapatan kita hilang dalam masa yang singkat sehingga menyebabkan ramai dikalangan kita perlu mendapatkan khidmat nasihat dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Tidak terlepas juga ramai yang mendapat status bankrap di awal usia.

Namun begitu, di sudut yang lain, tahniah kepada teman-teman yang dapat memanfaatkan jumlah duit tersebut ke arah penambahbaikan pengurusan kewangan keluarga agar menjadi lebih baik.

Kesimpulannya, ayuh menjadi bijak kewangan agar dapat bebas hutang di usia muda.
tulisan asal padaini gold
16 Ramadhan 1443H

Read more...

12 February 2022

www.pokli.com.my

#Cerita motivasi


Nak dekat tiga hari sebelum hari jadi saya. Saya beli satu kad ucapan selamat hari jadi. Saya tulis sesuatu dalam kad tersebut.

Saya tinggalkan kad itu dalam laci opis.

Keesokan hari, di hari jadi saya. Saya buka sampul dan baca kad itu. 

Walaupun sendiri tulis, perasaan membacanya memberi kesan yang amat besar.

Dalam kad itu tertulis, 

“Haji Mohd Fazli Ismail, suatu hari nanti kamu akan berjaya. Teruskan berjuang. Jangan putus asa!”

Sehingga hari ini saya ingat perasaan membaca pesanan itu. 

Saat kita baru bermula, kita keseorangan. 

Tiada siapa yang menyokong, tiada siapa yang faham hasrat dan impian kita. 

Kitalah yang memberi dorongan kepada diri sendiri.

Kitalah yang memujuk diri sendiri untuk terus berjuang tanpa putus asa walau berkali kali jatuh terluka.

Kepada rakan2 seperjuangan yang sentiasa gigih berusaha, tanpa penat, tanpa jemu, tanpa berputus asa, saya doakan anda semua berjaya di dunia dan akhirat.

Jadi orang pertama yang mendorong diri sendiri ke arah kejayaan!

Terus berjuang!


Read more...

08 December 2021

cukup cukup makan je sebenarnya

Masih ingat lagi 7 tahun pertama berniaga, 7 tahun tu la cukup-cukup makan jer.. 
.
Sampai isteri tanya, "Kita buat apa ni bang? Macam tak ada makna jer"
Mana tidaknya.. meniaga dapat untung, 

👉 bayar gaji, 
👉 bayar sewa, 
👉 bayar ansuran, 
👉 bayar bil,
👉 bayar hutang, 

➡️ Last, langsung tak tinggal apa-apa..
.
Benda sama berlaku selama 7 tahun. 

Setiap bulan sama jer. Selepas jer bayar overhead, bayar bil, dan tak tinggal apa-apa, maka keluarlah ayat penyedap hati macam ni -> "InshaAllah bulan depan aderlah bahagian aku tu.." Walaupun hakikatnya bulan depan perkara sama juga akan berlaku..
Sesekali terdetik, 

"Bilerla masa aku nak sampai ni? Setiap bulan setiap tahun sama jer, tak kaya-kaya lagi ni.. Sampai bila agaknya macam ni..?"
.
Ada ketika datang rasa seperti buat kerja sia-sia. Asyik bayar gaji orang jer, bayar sewa kat orang jer selepas buat kerja letih-letih.. "Mana bahagian aku?"
.
Selepas sebulan berhempas pulas kerja siang malam keluar peluh jantan dan betina, hujung bulan semua bayar kat orang.. Penat rasa.. Rasa macam tak berbaloi dan tak adil..
.
Selepas satu masa,
.
Sekarang baru saya faham, dengan MEMBERI baru kita akan MENERIMA..
.
Gaji-gaji yang dibayar selama 7 tahun, sewa-sewa yang dibayar selama 7 tahun, zakat zakat yang dikeluarkan selama 7 tahun, sedekah-sedekah yang diberi selama 7 tahun, sakit-sakit yang dirasai selama 7 tahun itu TAK SIA-SIA..!
.
Allah Maha Adil.. 

Yer Maha Adil..  Tiada yang berlaku dengan sia-sia.. sezarah pun tak sia-sia.
.
Di saat kita rasa ianya tidak berbaloi, sia-sia dan tiada makna, di saat itulah, terkumpulnya asbab-asbab kekayaan dan kejayaan kita pada hari ini.. Hanya masa penentunya..
.
.
"Barangsiapa yang meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah melipatgandakan gantinya dengan gandaan yang banyak. Dan Allah menyempit & melapangkan (rezeki), dan hanya kepadaNya kamu dikembalikan" ~ (Surah Al-Baqarah: 245)
.
.
Bersabarlah yer...
#tahannuts #quran #teampokli #pokliwealth

Read more...

28 August 2021

MyUncangEmas cara mudah simpan emas fizikal

APA ITU AKAUN EMAS MYUNCANGEMAS ?
(MYUNCANGEMAS : Program Menyimpan Emas Secara Akumulasi)
.
.
.
Myuncangemas ini macam akaun bank kita seperti Maybank2u tetapi Myuncangemas ini kita simpan gram-gram emas. 

Semua proses jual beli boleh dibuat secara online dan akaun Myuncangemas ini adalah PATUH SYARIAH. 
Simpan emas dapat emas fizikal. Boleh buat pengeluaran emas fizikal bermula 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 1000g atau coin dinar 1, 5, 10 dinar emas 999.9. 
Nak jual emas pula kami akan bayar emas tersebut yang disimpan dengan harga semasa dan transfer ke akaun bank anda. 

Kami juga dah beroperasi sejak 2009 lagi. Pengalaman luas dalam bidang emas dan perak menyebabkan kami ingin memberi Perkhidmatan yang terbaik  buat anda. 
.
Terdesak nak pakai duit atau nak kembangkan perniagaan boleh ar rahnu kan Myuncangemas ini dengan kami. 
.
Akaun Myuncangemas ini boleh dibuka dengan belian emas serendah RM 100 ataupun 1 gram dan tiada maksimanya. 
Rujukan harga di website www.pokli.com.my atau install apps kami Apps kami https://play.google.com/store/apps/details?id=com.newandromo.dev7850.app639204 
APA MANFAAT AKAUN MYUNCANGEMAS ?
.
.
.
Pihak Pokli Wealth Management Sdn Bhd boleh simpankan emas kita tanpa had dan tanpa apa-apa kos simpan. Percuma peti besi (safe box) 
.
.
.
Kepada yang berada di perantauan juga boleh menabung emas. Jauh dari bandar dan kawasan terpencil. 
.
.
.
Boleh buka akaun bersama anak untuk tabungan masa depannya.
.
.

Gold Saver dapat menyimpan dengan lebih sistematik. Lagi senang nak jual balik boleh maklumkan kepada kami ikut harga semasa. Jika terdesak dan tidak mahu menjual emas jadi anda boleh pajak emas tersebut dengan kami. 
.
.
.
Kepada Gold Investor, boleh mula dengan modal invest serendah 1 gram ataupun RM 100. 
.
.
.
Mudah untuk kumpul aset. Jika target nak kumpul 1000 gram, kita boleh mula menabung dengan 1 gram. Nanti bila dah capai 1000 gram, boleh keluarkan emas fizikal gold bar 1000 gram seketul. 
Apps kami
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.newandromo.dev7850.app639204
.
#myuncangemas 
#JomSimpanEmas
#teampokli
#pokliwealth

Read more...

Kata-kata hikmah

PROF.DR HAMKA,

“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG TIDAK MENENTU MASA.DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”

T. Harv Eker
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

$ I'm Excellent Money Manager $
$ I Pay My Self First $
$ I Put My Money Into My Financial Freedom Fund Every Day $
$ My Money Work Hard For Me & Make More & More Money $
$ I Earn Enough Pasive Income To Pay My Desired Lifestyle $
$ I am Financial Free,I Work Because I Choose To,Not Because I Have To $
$ My Part Time Business is Managing & Investing My Money & Creating Passive Income Streams $
$ I Create My Life,I Create The Exact Amount Of My Financial Success $
$ I Play The Money Game to Win,My Intention Is TO Create Wealth & Abudance $
$ I Admire & Model Rich & Successful People $
$ I Belieave Money Is Important,Money Is Freedom & Money Makes Life More Enjoyable $
$ I Get Rich Doing What I Love $
$ I Deserve To Be Rich Because I Add Value To Other People's Lives $
$ I Am A Generous Giver & An Excellent Receiver $
$ I Am Truly Grateful For All The Money I Have Now
Lucrative Opportunities Always Come My Way $
$ My Capacity To Earn, Hold & Grow Money Expands Day By Day $

I Am Retire Rich & Retire Young NOW

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP